Header Ads

Pengalaman Free Access MotoGP Sepang untuk Hari Jumaat


"MotoGP Free Access Jumaat"

Bagi kesekian kalinya MotoGP 2017 adalah edisi ke tujuh penulis menyaksikan perlumbaan motosikal peringkat dunia ini. Sepang International Circuit sudah bukan lagi begitu asing bagi penulis dan isteri. Namun, kali ini agak berbeza.


Free Access Jumaat MotoGP
Free Access Jumaat MotoGP
Perbezaan untuk musim ini penulis dan isteri menggunakan tiket dengan sepenuhnya. Jika pada musim-musim terdahulu, penulis hanya datang ke SIC pada sabtu dan ahad. Tahun 2017, cubaan penulis menggunakan tiket jumaat pula. Mungkin sudah sedia maklum bahawa tiket MotoGP yang di beli adalah boleh digunakan untuk tiga hari iaitu jumaat, sabtu dan ahad.


Ramai yang kurang tahu akan jumaat adalah hari percuma untuk semua tempat duduk (stands). Datang jumaat tidak kira anda memiliki tiket C2 Hillstand atau Shell Hillstand anda boleh memasuki mana-mana pintu (gate) pada jumaat.

Bagi penulis, penulis memanfaatkan kedatangan hari jumaat dengan menjenguk kawasan main grandstand. Selain kurang 'friendly' kepada fotografi, harga main grandstand agak mahal berbanding tempat duduk lain.

Memasuki perkarangan SIC seperti biasa akan disambut oleh abang-abang sekuriti yang menjaga mesin pengimbas ala-ala di lapangan terbang. Bagi mengelakkan terjadinya sesuatu yang tidak diingini memandangkan ini acara dunia.

Booth pada jumaat sudah didirikan namun tidak begitu sempurna lagi. Jualan baju atau t-shirt untuk sokongan pelumba tidak begitu banyak.

Booth Sudah Di Buka

Sebagai contoh, penulis tahun ini akan menjadi 'die-hard-fan' el-pescao 55 iaitu siapa lagi 
kalau bukan pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin. Bukan kerana ke podium di Misano, penulis sudah mengikuti perkembangan pescao ketika zaman Zulfahmi 63 lagi. Hampa, itulah satu perkataan untuk hari tersebut kerana datang ke booth petronas (penaja pescao) baju pescao belum lagi dijual.

Access Main Grandstand Percuma

Kembali kepada situasi di main grandstand yang percuma untuk masuk. Ini bukanlah kali pertama penulis memasuki kawasan grandstand.


Access Di Main Grandstand
Access Di Main Grandstand
Pada awal pembabitan penulis menyaksikan MotoGP di Malaysia, ia kali kedua. Oleh kerana, tidak begitu 'friendly' untuk mendapatkan gambar menarik penulis beralih kepada C2 Hillstand.

Dari booth jualan yang menghampiri bilangan kedai tiga digit itu, penulis, isteri dan adik ipar memulakan aktiviti memasuki main grandstand.

Pit lane Walk

Ketika itu sesi 'pit lane walk' untuk pemegang tiket main grandstand sedang melawat kawasan paddock atau garaj. Hanya 1500 orang pemegang main grandstand diberikan peluang untuk melihat dan bergambar dengan lebih dekat.


Pit Lane Walk Motogp Sepang
Pit Lane Walk Motogp Sepang
Penulis tidak berpeluang menikmati 'access' tersebut memandangkan tidak memiliki tiket grandstand. Hanya mampu menyaksikan dan mendengar dengan jarak yang lebih dekat ketika Free Practice dijalankan selain dari menikmati pizza hut offer sambil menyaksikan pelumba-pelumba idemitsu asia talent beraksi untuk pusingan kelayakan.

Informasi pengunjung

Masuk percuma Jumaat cukup menarik, boleh bebas ke mana-mana tempat duduk yang anda inginkan. Parkir juga tidak mengikut 'bay' lagi. Boleh parkir berdekatan dengan pintu masuk SIC.

Tunggu sehingga lewat petang, berkemungkinan pizza hut akan membuat jualan pizza semua saiz dengan separuh harga. Penulis berjaya membeli pizza hut perisa pepperoni bersaiz besar dengan harga RM 20 yang pada asalnya RM 40. 

Apa yang kurang adalah jualan booth masih belum di buka 100%. 

Anda fikir anda tahu Pengalaman Free Access MotoGP Sepang untuk Hari Jumaat ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.