Tips Sebelum Memilih Insurans Kesihatan yang Terbaik

 " Tips Memilih  Insurans Kesihatan "

Zaman sekarang memiliki polisi insurans kesihatan boleh dikatakan keperluan. Bab kesihatan dan penyakit serta kemalangan kita tidak boleh jangka.

tips sebelum memilih insurans kesihatan
tips sebelum memilih insurans kesihatan


Hari-hari datang bekerja dan balik kerja kita sentiasa terdedah bahaya. Apalagi jika kerja dalam suasana berisiko.


Kepentingan Insurans Kesihatan

Penyakit juga kita tidak tahu bila akan menyerang. Ketika sedang beriadah pun boleh rebah kerana masalah jantung.

Jadi, pengambilan insurans kesihatan adalah terbaik. Terdapat banyak polisi dan plan insurans kesihatan yang ada.

Agen dan Polisi Insurans Kesihatan Banyak Pilihan

Ramai juga menjadi agen insurans masa kini. Kawan tadika yang tiba tiba muncul tambah kenalan di media sosial, semata-mata untuk menjual insurans.

Maka, benda yang banyak selalunya ada yang terbaik dan ada yang mengecewakan. Jadi jom kita lihat apakah kriteria dan langkah awal sebelum memilih polisi insurans kesihatan yang ada.

Insurans Kesihatan Satu Pelaburan

Insurans kesihatan adalah pelaburan yang paling ketara dalam banyak jenis insurans yang ada.

Perkara utama yang perlu anda lihat adalah polisi yang meliputi banyak perlindungan denga jumlah wang perlindungan yang besar apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Checklist Langkah Langkah Sebelum Memilih Insurans Kesihatan

Polisi insurans kesihatan terbaik adalah polisi yang memberikan wang pampasan melebihi 90% dari jumlah bil hospital anda.

Walau bagaimanapun, anda perlu membuat penyelidikan untuk mendapatkan polisi yang benar-benar berharga dari segi liputan yang anda dapat dan premium yang anda bayar.

1. Rancang Bajet Kewangan untuk Bayaran Bulanan

Ini adalah faktor utama. Terdapat banyak sebenarnya polisi dan plan, maka bayaran bulanannya juga adalah berbeza.

Polisi plan insurans kesihatan ini sebenarnya antara komitmen seperti loan ASB, loan kereta dan loan rumah.

Pertama ekali anda perlu rancang berapakah julat wang minimum dan maksimum bayaran bulanan untuk insurans kesihatan.

2. Nilai Tertinggi Pampasan Insurans Kesihatan Dengan Inflasi Semasa

Apabila memilih polisi insurans kesihatan, pastikan jumlah wang perlindungan adalah yang tertinggi dalam carian polisi anda.

Nilai pampasan sekitar RM300,000 dan RM500,000 mungkin sudah tidak mencukupi sebenarnya. Ini adalah contoh amaun.

Dengan kenaikan harga prosedur perubatan, pembedahan dan alatan hospital, untuk pembedahan dan penyakit kronik, jumlah berkenaan mungkin tidak mencukupi.

Oleh itu, memilih polisi dengan jumlah yang lebih tinggi yang dijamin harus menjadi keutamaan anda dan anda harus mengambil kira kadar inflasi semasa.

3. Pertimbangkan untuk Melabur Dalam Polisi di Mana Anda Boleh Mendapat Liputan Maksimum

Jika anda membaca terma dan syarat yang ada dalam polisi insurans kesihatan anda pasti ada point point penting di dalamnya.

Terdapat minimum dan maksima wang pampasan yang akan anda perolehi jika berlaku sesuatu.

Contohnya, anda boleh mendapat perlindungan sewa bilik hospital dari hanya RM100 hingga RM500 sehari. Anda tidak dapat mengemukakan tuntutan jika anda menderita penyakit yang sudah ada sebelumnya.

Ada juga sesetengah polisi yang tidak 'cover' untuk bayaran ambulans dan macam macam lagi.

Jadi, ketika membaca polisi anda pastikan apa yang tidak dilindungi dan apa yang dilindungi. Pilih plan polisi insurans kesihatan yang banyak 'coverage' walaupun sekecil kecil pampasan.


4. Pertimbangkan untuk Melabur Dalam Polisi Penjagaan Kritikal Bersama Dengan Polisi Insurans Kesihatan Umum Anda

Terdapat dua jenis plan biasa dalam polisi insurans kesihatan, perlindungan kesihatan umum dan perlindungan kesihatan kritikal.

Polisi perlindungan untuk kesihatan umum (general) biasanya tidak akan melindungi untuk bahagian penyakit kritikal seperti seperti barah, tumor, kegagalan buah pinggang, dan lain lain.

Sebagai contoh, barah, jika anda memilih polisi umum kesihatan ia hanya kekal untuk seketika.

Memandangkan prosedur untuk penyakit kanser ini agak panjang. Secara normal, pembedahan sahaja tidak akan menyembuhkan kanser secara total.

Dengan ubatan dan kemoterapi pasti terdapat bayaran lain selain yuran berada di hospital.

Jadi, lebih baik dapatkan polisi yang 'cover' untuk penyakit kritikal.

5. Pertimbangan Rangkaian Hospital yang Memberi Perlindungan

Jika syarikat biasa ada klinik dan hospital panel. Begitu juga insurans kesihatan, terdapat rangkaian hospital yang berada di bawah polisi insurans kesihatan berkenaan.

Pastikan banyak rangkaian klinik, poliklinik dan hospital dalam perlindungan polisi insurans kesihatan tersebut.

Supaya mudah apabila berlaku apa apa kelak, tidak memerlukan bayaran tunai dan bayaran pada masa tersebut. Dengan menunjukan kad polisi insurans kesihatan sahaja boleh dimasukan ke wad hospital untuk rawatan lanjut.

6. Periksa Rekod Claim Settlement Polisi

Anda mungkin tidak mahu berlakunya kelambatan bayaran oleh pihak insurans ketika hospital meminta bil dari anda.

Apalagi apabila wang tuntutan tidak mencukupi nilai sebenar rawatan.

Jadi gunakan sedikit masa dan peluang membuat bancian sendiri pada laman sesawang pihak plan dan polisi insurans kesihatan terbaik apakah pihak insurans terbabit betul betul telus untuk bayaran tuntuan.

Seperti membeli rumah juga, adakah pemaju tiada sebarang perumahan terbengkalai dan projek sakit ?

Sebab itu agak penting melihat profil agen yang menceritakan mengenai pelanggan mereka yang berjaya 'claim' insurans mereka sebagai testimonial.

7. Baca Ulasan dan Review Tentang Polisi, Pihak Insurans Kesihatan 

Lihat rekod dengan pelanggan terdahulu adakah bayaran mencukupi dan tiada rekod kelewatan. Review dari pelanggan adalah kayu ukur terbaik dalam membeli insurans kesihatan.

Buat carian pada laman sesawang pihak polisi insurans kesihatan itu sendiri, melihat review di google dan facebook dan media sosial lain.

Lebih baik, cari pelanggan yang menggunakan polisi atau plan insurans kesihatan yang sama. Tanya pengalaman dalam berurusan dengan pihak insurans kesihatan terbabit, seperti prosedur penyelesaian tuntutan, masa yang diperlukan untuk menyelesaikan tuntutan, alasan penolakan tuntutan, dan betapa mudah atau sukarnya mengakses penyedia insurans.

8. Pertimbangkan Semua Penyertaan dan Pengecualian Dalam Polisi

Tanpa membaca terma dan polisi insurans kesihatan yang ingin diambil ini menjadi masalah kepada pelanggan insurans kesihatan kelak.

Kenapa ? Kerana di dalam terma dan syarat terbabit semestinya sudah ditulis ada penyakit atau kes kemalangan yang boleh dilindungi dan ada yang tidak dilindungi.

Contohnya, penyakit seperti HIV, AIDS dan PMS tidak dilindungi insurans. Anda juga tidak boleh mengemukakan tuntutan untuk rawatan kosmetik (tidak timbul akibat kecederaan atau kemalangan), pembedahan pergigian dan katarak.

 Adalah mustahak untuk memeriksa rawatan apa yang dilindungi dan tidak dilindungi agar anda tidak menghadapi masalah semasa mengemukakan tuntutan insurans.

Apabila berlaku kes yang tidak dilindungi maka ketika itulah masalah timbul apalagi ketiadaan simpanan yang banyak.

Panduan Dalam Memilih Polisi Insurans Kesihatan

Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit panduan kepada yang ingin mendapatkan perlindungan insurans kesihatan untuk diri sendiri dan keluarga.

Syarikat tempat kerja juga ada insurans, tidak semestinya individu maka buatlah pilihan yang bijak, pelbagai 'provider' insurans kesihatan yang ada kini.

Anda fikir anda tahu Tips Sebelum Memilih Insurans Kesihatan yang Terbaik ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan