Header Ads

Harga Ansuran Bulanan dan Kos Selenggara Honda CBR250RR Mengikut Mileage

 " Kos Penjagaan Honda CBR250RR "

Honda CBR 250 RR sudah muncul di Malaysia. Ramai peminat jenama motosikal Honda pasti akan teruja untuk memiliki motosikal ini.

Bayaran dan Kos Servis CBR250RR
Bayaran dan Kos Servis CBR250RR

Dengan spesifikasi yang lebih baik dari Yamaha R25, pasti CBR ini tidak perlu di bandingkan dengan R25.


Mengenai spesifikasi sudah banyak terdapat di Google, Facebook, youtube dan ramai yang sudah kongsikannya.

Kos dan Bajet yang Perlu Anda Tahu

Penulis akan memberikan info pula berapakah harga dan kos yang perlu untuk anda 'meminang' sehingga memiliki CBR 250 RR ini.

Selain bersedia dengan bayaran bulanan untuk yang membeli secara ansuran, kos selenggara (maintenance) juga anda perlu tahu.

Harga Pasaran Motorsikal Honda CBR 250 RR

Harga Kilang Motor 

RM 25,999

Harga Belian Tunai (Cash)

RM 27,021 (termasuk Insurans 'single party' dan cukai jalan (road tax)

RM 28,600 (termasuk Insurans 'all rider' dan extende 1 year waranty)

Bayaran Ansuran Bulanan Dengan Downpayment

Cengkeram (Downpayment) : RM 2900 

Bayaran Bulanan (interest average = 7.08%) : RM 866 (3 tahun), RM 580 (5 tahun), RM 456 (7 tahun)

Gaji minimum : RM 1500 (RM 1800 lebih baik)

Warranty : 2 tahun atau 20,000km

Kos Servis Honda CBR 250 RR Mengikut Mileage

1,000 km

Item Servis/Tukar/Tambah

- 3L Engine Oil 

- Engine Oil Filter

*3 botol minyak hitam 1L jika tukar oil filter


Harga Servis : RM 204


5,000 km 

Item Servis/Tukar/Tambah

- 2L Engine Oil


Harga Servis : RM 96


10,000 km

Item Servis/Tukar/Tambah

- 3L Engine Oil 

- Engine Oil Filter

*3 botol minyak hitam 1L jika tukar oil filter


Harga Servis : RM 204


15,000 km 

Item Servis/Tukar/Tambah

- 2L Engine Oil


Harga Servis : RM 96


20,000 km

Item Servis/Tukar/Tambah

- 3L Engine Oil 

- Engine Oil Filter

*3 botol minyak hitam 1L jika tukar oil filter


Harga Servis : RM 204


Servis Asas Sesebuah Motor Dengan Oil Filter

Bagi servis seterusnya ikut sahaja urutan di atas. Dua kali tukar minyak hitam satu kali tukar oil filter. Mana mana servis motosikal sama sahaja dari segi servisnya, minyak pelincir dan oil filter.

Bergantung kepada kapasiti enjin yang membezakan harga dan kos.

Tidak Termasuk Kos 'Wear and Tear' dan Modifikasi

Semua kos dan harga ini tidak termasuk alatan pada motor yang dalam kategori 'wear and tear' iaitu penukaran, pembelian alatan yang sudah rosak, haus atau sudah tidak boleh digunakan.

Berbaloikah untuk Pemula Motor 250cc ?

Secara peribadi jika ditanya penulis adakah berbaloi pembelian Honda CBR 250 RR untuk pemula 250cc ?

Bagi penulis, tidak begitu praktikal jika ia adalah motorsikal 250cc pertama anda.

Walaupun pada sekarang ia adalah motorsikal 250cc terbaik di pasaran Malaysia sebelum kehadiran pencabarnya, Kawasaki ZX25-R nanti.

Jika mahu menukar ke 250cc, penulis akan berjinak- jinak dengan Yamaha YZF-R25 dahulu memandangkan Suzuki 250cc belum muncul di Malaysia.

Tapi jika anda berkemampuan dan mahukan motor spesifikasi terkini, tiada masalah. Boleh sahaja dapatkan Honda CBR250RR ini. Lebih bagus.

Anda fikir anda tahu Harga Ansuran Bulanan dan Kos Selenggara Honda CBR250RR Mengikut Mileage ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.