Pasang Tinted Kereta Di House of Tinted Ken Rimba Cawangan Shah Alam

 " Pasang Tinted Di House of Tinted "

Pelindung cermin kereta atau lebih dikenali sebagai 'tinted' adalah aksesori kemestian untuk kenderaan.

Pasang Tinted Di House of Tinted Shah Alam
Pasang Tinted Di House of Tinted Shah Alam

Tambahan pula di Malaysia yang memiliki cuaca dan iklim panas sepanjang tahun walaupun ketika musim tengkujuh.


Panas dan bahang dari matahari boleh menyebabkan pengguna kenderaan seolah dibakar dalam ketuhar apabila tiada kelihatan tinted dipasang.

Tinted, Aksesori Penting Kenderaan

Ketika baharu dibeli kenderaan, kereta sebagai contoh. Memang sudah dipasang dengan tinted, namun, tinted yang dipasang seumpama akuarium ikan di mana anda boleh nampak orang diluar dan sebaliknya.

Isu nampak dan tidak nampak bukanlah suatu isu yang besar dalam aspek pemasangan tinted kereta.

Masalah yang biasa adalah haba dan cahaya yang masuk ke dalam kereta anda.

Sudah pasti di negara yang panas dan kesesakan trafik di mana-mana, tinted yang tidak memeberikan 'perlindungan' dari aspek keselamatan dan pancaran matahari perlu dipandang serius.

Spesifikasi Peratusan Kegelapan cermin Tinted JPJ

Ditambah pula dengan spesifikasi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Malaysia) yang sudah ada sedikit 'kelonggaran' mengenai peratus kegelapan cermin tinted dari 2019.

Depan 70%, Tepi Hadapan 50% dan selain itu (cermin penumpang belakang, cermin belakang) adalah bebas sehingga 100%.

Pasang Tinted Kereta Baharu

Sebagaimana penulis, yang baharu sahaja mendapatkan sebuat kereta Bezza Advance 1.3L 2020. Pastinya perkara pertama adalah memasang tinted kepada kereta baharu.

Bezza 2020 Pasang Tinted
Bezza 2020 Pasang Tinted


Di Malaysia terdapat banyak kedai tinted yang wujud. Oleh kerana banyak inilah amat sukar untuk mendapatkan kedai pemasangan tinted yang betul-betul terbaik.

Cara Pemilihan Tinted Terbaik

Beberapa kriteria yang penulis senaraikan sebelum memasang tinted pada kereta;

1. Keberkesanan tinted (pancaran haba, kegelapan dan Perlindungan UV)

2. Harga yang berpatutan

3. Jaminan dan kualiti. 5 tahun atau berapa.

Cara Memilih Kedai Tinted Terbaik

Dalam mencari sebuah kedai pemasangan tinted yang betul-betul menepati kriteria yang penulis senaraikan di atas, seperti biasa penulis akan membuat carian di Google Search dan Google Maps.

Apa yang penulis kaji dan selidik adalah;

1. Paling penting, reviews dan ulasan dan bintang dari pelanggan terdahulu

2. Berapa cawangan kedai yang ada

3. Kedudukan jauh dan dekat kedai tersebut

Baca Ulasan dan Reviews Pelanggan

Faktor pertama iaitu review dari pelanggan terdahulu penulis ambil kira. Ya lah, mana tahu layanan dan servis yang tidak elok boleh kita ketahuinya dari sini.

Kedai Tinted BMF
Kedai Tinted BMF


Boleh lihat review kedai tinted pada Google Maps, Facebook Page dan Instagram jika ada.

Dalam pada carian dan kajian penulis tertarik dengan ulasan diberikan oleh pelanggan yang telah menggunakan khidmat servis pemasangan tinted dengan satu kedai ini.

House of Tinted

Ulasan yang diterima agak menyakinkan untuk penulis mendapatkan khidmat pemasangan tinted untuk kereta Perodua Bezza penulis.

House of Tinted adalah nama kedai servis tinted ini. Dalam carian pertama penulis menemui lokasi House of Tinted ini terletak di Putra Heights, Puchong.

Cawangan House of Tinted Shah Alam

Agak jauh sebenarnya dari tempat kediaman penulis, oleh itu carian cawangan seterusnya adalah House of Tinted yang terletak di Ken Rimba Seksyen 16 Shah Alam

House of Tinted Cawangan Shah Alam
House of Tinted Cawangan Shah Alam


Cawangan ini baharu sahaja di buka untuk cawangan House of Tinted di Shah Alam, Selangor.

Dengan bantuan aplikasi Waze penulis menemui House of Tinted Ken Rimba Shah Alam.

Berada di depan pintu dengan menekan butang loceng, pintu dibukakan dan disapa oleh ketua  cawangan House of Tinted.

Briefing Pilihan Filem Tinted

Sebelum memilih pakej yang ditawarkan, ketua cawangan menjelaskan satu persatu mengenai pilihan jenis tinted yang ada. 

Jenis Filem Tinted Kereta
Jenis Filem Tinted Kereta


Dengan bantuan alat pemanas untuk memberikan lebih kefahaman mengenai rintangan haba dan cahaya pada tinted yang ditawarkan.

Jenis Filem Tinted
Jenis Filem Tinted


Pakej Tinted Nano Ceramic SFkool

Penulis memilih pakej SF Kool Series Nano Ceramic berharga RM800 RM 500 selepas harga promosi.

Pakej Nano Ceramic Tinted
Pakej Nano Ceramic Tinted


Pakej ini menawarkan tinted yang seperti;

1. Nano ceramic tinted film

2. 99% UVray Protection

3. 95% Infra Red Rejection IRR

4. 4 bintang rating penapis haba panas

5. Pilihan kegelapan : (30-50-65-80-95)%

6. Percuma pelindung matahari windshiled

7. Percuma Sticker 'House of Tinted'

8. Warranty 5 Tahun

Pilihan Kegelapan Tinted

Setelah melihat contoh kegelapan dan mengikut pembolehubah dari jpj penulis memilih;

Windshield : 70%

Tepi Pemandu (penumpang depan) : 65%

Keseluruhan belakang : 80%

Tempat Menunggu Disediakan

Berikan peluang kepada pekerja melakukan tugasan pemasangan tinted dan pelanggan boleh menunggu di satu sudut yang telah disediakan untuk menunggu. Dengan kerusi dan sofa beserta meja.

Tempat Pelanggan Menunggu
Tempat Pelanggan Menunggu

Dimainkan lagu untuk menghilangkan kesunyian dalam kedai.

Tempoh Pemasangan

Sekitar satu jam sehingga dua jam. Kurang pasti namun sekitar masa tersebut memandangkan penulis pelanggan pertama untuk hari tersebut.p

Servis Pemasangan Tinted Kereta
Servis Pemasangan Tinted Kereta


Layanan Staf

Dari masuk sehingga selesai tugasan, staf cukup baik hati dan sentiasa dengan senyuman. Pelanggan adalah keutamaan mungkin moto mereka.

Dari pertanyaan whatsapp lagi layanan terbaik diberikan.

Cara Kerja dan Hasil Kerja

Cukup berkualiti dan professional. Tiada sebarang kecacatan yang dilihat yang boleh menyebabkan penulis rasa ingin membuat aduan kepada tribunal pengguna.

Ulasan dan Review Dari Pelanggan
Ulasan dan Review Dari Pelanggan


Bagi yang ingin datang mendapatkan perkhidmatan pemasangan tinted dengan House of Tinted di Ken Rimba Seksyen 16 Shah Alam boleh rujuk Google Maps dibawah.

House of Tinted adalah syarikat bumiputera dan kena dengan slogan 'Buy Muslim First' (BMF).

Anda fikir anda tahu Pasang Tinted Kereta Di House of Tinted Ken Rimba Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan