Header Ads

About Me


Pengenalan Blog

www.belangtarung.com adalah satu blog berkonsepkan pemyebaran informasi yang mengikut pancaindera penulis sendiri.Konsep baca, kaji dan sebar merupakan konsep dan prinsip penulis untuk blog belangtarung.com ini. Mula wujud di internet sekitar 2008 dan mula 'serius' dengan nama www.akumijae.com pada 2010 dan beralih kepada www.belangtarung.com pada 2016. Segala artikel adalah dari bacaan dan pengalaman serta pengetahuan penulis dengan bantuan sumber lain.


TravelFood

Biodata Penulis Blog

Penulis blog merupakan seorang Personel Minyak dan Gas di sebuah syarikat oleochemical di Shah Alam. 'Drop Out'er dari Universiti Malaysia Pahang a.k.a KUKTEM.Pernah menjadi seorang Cadet Pilot di sebuah Akademi Penerbangan di Ipoh. mengambil SPM di MRSM Kota Putra, Besut dan berjaya diterima masuk ke Kolej MARA Kulim, Kedah (matrikulasi) sebelum ke KUKTEM. Menjadikan dunia 'bacpacking travelling' dan menyertai pelbagai 'running event' sebagai hobi terluang. Selain dari menjadi modeller & pengumpul gundam kits, figura dan tamiya kits.

Traveler
Sukakan aktiviti mencabar selain dari melancong untuk review dan diletakkan pada label 'Travelog', mencari 'port' makanan untuk dimasukkan ke dalam label 'Food Review'. Gemar akan penampilan ber'snapback' dan ber'backpack' yang membawa kepada hashtag #SnapBacpacker


Food Hunter

Kenapa Belangtarung.com ?

Jika ada yang gemar mengikuti komik Pendekar Laut yang pernah menjadi kegilaan peminat komik termasuk penulis akan mengetahui akan belang tarung. Setiap watak pendekar dalam komik berkenaan memiliki belang tarung masing-masing. 

Belang tarung akan muncul apabila watak pendekar ini akan bertarung dengan pihak lawan. Selain kekuatan kuasa yang diukur dengan HP dan petala langit, belang tarung adalah ukuran kuasa watak tersebut.


Logo Rasmi Blog BelangTarung.com


Mengambil dari definisi ini, penulis mengandaikan blog ini sebagai 'kuasa' dan 'medium' untuk penulis memberikan pandangan dan ulasan dalam pelbagai jenis luahan. 'Belang tarung' dalam setiap ulasan dan penceritaan penulis mengikut label dan kategori yang telah dikelaskan dalam blog ini. Segala pandangan adalah dari penulis sendiri.

Ada masanya penulis akan menulis dalam tema serius, ada juga dalam sarkastik, perubahan ulasan ini adalah 'belang tarung' penulis yang diluahkan dalam bentuk perkataan di dalam blog ini.

Belang tarung pendekar laut berbentuk tiga jalur runcing ke bawah melambangkan tiga kategori utama dalam blog ini, iaitu TRAVELOG, FOOD REVIEW, dan LIFESTYLE.

p/s: dalam masa yang sama penulis memiliki sebuah motosikal Suzuki Belang R150 FU tahun 2013 hehe


-mizan yusof a.k.a mi jae 
admin/penulis belangtarung.com

Dikuasakan oleh Blogger.