Maksud dan Perbezaan Gred API (10W-40, 15W-50) Minyak Pelincir Motosikal dan Kereta


"Jenis Minyak Hitam"


Memiliki kenderaan bermotor sememangnya memerlukan penjagaan yang berkala. Paling kurang perlu tahu bahawa penukaran minyak hitam (minyak pelincir silinder) secara berkala. 

Minyak enjin datang dalam pelbagai jenis dan kegunaan. Tidak kurang juga pelbagai jenama.


Cara Pilih Minyak Pelincir yang Betul

Motul, bardahl, hi rev, liqui molly, sprinta, bel ray antara jenama minyak pelincir yang begitu dikenali. Itu perihal jenama, bergantung atas pengguna sendiri dalam mencuba minyak pelincir untuk motor atau kenderaan anda.




Penukaran Minyak Enjin

Kebiasaan penukaran minyak pelincir kenderaan adalah salah satu servis berkala yang wajib. Minyak enjin atau juga dikenali sebagai minyak silinder ini berfungsi sebagai agen penyejukkan enjin selain perangkap saki baki kotoran dalam silinder dan blok enjin.

Mungkin dalam memilih minyak pelincir enjin untuk digunakan kita pernah melihat akan huruf-nombor seperti 10W-30, 10W-40, 5W-40 pada botol minyak pelincir. Ini adalah gred untuk minyak pelincir berkenaan. Gred ini menjadi pengukur kesesuaian minyak pelincir ini untuk kondisi atau keadaan anda mengoperasikan jentera yang memerlukan minyak pelincir tertentu.

Gred ini adalah kategori yang telah dipersetujukan setelah dilakukan kajian oleh American Petroleum Institute (orang-orang pandai dalam subjek viscosity dan thermodynamic)

Penulis biasa akan lebih melihat kepada gred ini bukan jenamanya dahulu. Dari gred ini baharulah penulis menetapkan mana gred dan jenama minyak pelincir mana yang penulis rasakan selesa dengan motor dan kereta penulis.


Maksud Gred Pada Minyak Pelincir

Mari kita fahami nombor-huruf yang terdapat pada pelekat pada botol minyak pelincir yang terdapat di pasaran. Pastikan ianya 4T bukan 2T nanti kita berada di ruangan yang salah.

Sebagai contoh: 15W-50 Motul 5100

Bagi gred API yang tertera nombor-huruf *SAE 15W-50, nombor pertama (15) mewakili 15 darjah celsius (temperature).

Huruf 'W' mewakili perkataan Winter. Penerangannya, minyak 15W-50 sepatutnya senang beroperasi dan mudah untuk dihidupkan jika suhu di luar (bukan dalam enjin) adalah 15 darjah celsius pada musim sejuk (winter).

Nombor kedua (50) adalah skala untuk minyak enjin ini. Nombor ini mewakili viscosity, kelikatan minyak tersebut, dalam bahasa mudah 'ketebalan' minyak ketika enjin sedang beroperasi, bukan ambient temperature tetapi operation temperature, haa kan penulis dan letakkan istilah thermodynamics yang pernah dipelajari dulu.  Semakin tinggi nilainya, semakin 'tebal' kelikatan minyak enjin ini ketika beroperasi.

Penulis bukan formen, mekanik atau otai permotoran, teori sahaja dari pemahaman sendiri. 

*SAE : Society of Automotive Engineers (bermaksud nombor-nombor pada minyak pelincir diperakui oleh mereka ini)

Minyak Enjin Terbaik


Apa yang penulis faham, minyak enjin atau pelincir ini terbaik ketika ia masih likat atau tebal.

Semakin tebal atau likat minyak enjin ini semasa digunakan semakin efisien dan berguna minyak enjin tersebut. Kalau sudah cair maka bolehlah ambil spanar untuk buka 'drain plug' tukar dengan minyak enjin baharu jika tidak menggunakan khidmat formen pilihan anda.

Perbezaan Gred Minyak Pelincir

Dalam pengertian lain, 10W-60 lebih tahan lama dari 10W40.

Di negara Malaysia yang tiada winter, nombor pertama di hadapan tidaklah begitu 'penting'. Namun, semakin besar nilai 'W' dihadapan semakin tebal minyak tersebut, kerana ia mampu menghidupkan enjin pada suhu lebih rendah. Contoh: 10W-40 lebih tebal berbanding 5W-40.

10W atau 5W, tidak begitu memberi kesan kepada negara yang tidak memiliki musim sejuk, paling sejuk waktu pagi atau musim tengkujuh di Malaysia tidaklah sehingga -5 darjah celsius.

"In a 10w-40 for example the 10w bit (W = winter, not weight or watt or anything else for that matter) simply means that the oil must have a certain maximum viscosity/flow at low temperature. The lower the "W" number the better the oil's cold temperature/cold start performance.


The 40 in a 10w-40 simply means that the oil must fall within certain viscosity limits at 100°C. This is a fixed limit and all oils that end in 40 must achieve these limits. Once again the lower the number, the thinner the oil: a 30 oil is thinner than a 40 oil at 100°C etc. Your handbook will specify whether a 30, 40 or 50 etc is required."

Kelikatan Minyak Enjin

Apa yang penting..kerjasama..eh..apa yang penting adalah nilai kelikatan pada bahagian belakang gred API minyak pelincir tersebut. 30, 40, 50 atau 60 dan seterusnya. Ada juga minyak pelincir tanpa pengelasan waktu winter seperti gred SAE 30, SAE 50.

Semua angka dan gred API minyak pelincir ini diuji dalam keadaan paling ekstrem di Amerika iaitu, Winter. Bagi melihat sejauh mana gred-gred minyak ini mampu untuk menghidupkan enjin jentera.

Bagi pengalaman penulis sendiri, penulis sentiasa menggunakan minyak pelincir Motul 5100 15W-50, bawa motor hanya untuk ulang-alik bekerja dan bukan geng-geng meroket di highway penulis akan menukar minyak enjin tersebut antara mileage 1500km hingga 2500km.

Perbezaan Jenis Jenama Minyak Pelincir

Bagi kereta penulis berjimat sedikit kerana menggunakan kereta tiga silinder, perodua Viva 850. Salah satu lagi faktor perbezaan minyak pelincir dari pengeluar yang lain adalah penambahan 'additif' tertentu misalnya terdapat nilai gred minyak enjin sama iaitu 10W-40, namun berbeza jenisnya, ambil mudah, jenama Repsol, Ecstar, Yamalube, Motul contoh berlainan jenama dalam MotoGP, ada Motul 10W-40 3100, Motul 10W-40 5100, dan juga Motul 10W-40 7100.

Bukan sahaja motosikal, kereta, lori atau benda yang menggunakan enjin perlu faham akan nilai gred API minyak pelincir ini.

Senang cerita dari penerangan panjang-panjang di atas, semakin kecil nilai angka pada hujungnya semakin nipis dan kurang likat minyak enjin tersebut.

Pemilihan Minyak Enjin Mengikut Jenama ?

Ramai yang bertanya, jadi, jenama minyak enjin apa yang sesuai ? Dari segi jenama usah difikirkan sangat. Cuba sahaja berpanduakan nilai SAE, 10W, 15W atau lain lain dan pastikan keluaran dari jenama-jenama tersebut tidak pernah menjadi mangsa jenama tiruan.

Anda fikir anda tahu Maksud dan Perbezaan Gred API (10W-40, 15W-50) Minyak Pelincir Motosikal dan Kereta ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Catat Ulasan

0 Ulasan