Header Ads

Bermalam Di Hotel Mirage Port Dickson


"Mirage Hotel PD"

Mirage, bagi mereka yang meminati bidang aeronautik mungkin benda pertama terlintas adalah kapal terbang pejuang. Bagi peminat padang pasir dan gurun mengandaikan perkataan 'mirage' adalah logamaya penampakkan air di oasis. Sama juga ahli sains akan mula memperkatakan penampakan air di atas jalan tar kerana Mirage.


Bermalam Di Hotel Mirage PD
Bermalam Di Hotel Mirage PD
Bagi penulis yang suka akan travel, satu sahaja yang bermain di fikiran iaitu nama hotel. Namun, jangan tersilap terdapat juga Mirage Hotel di Las Vegas, USA. Sebuah hotel yang masih baharu lagi di Port Dickson, Negeri Sembilan. Dibuka sekitar tahun 2015.


Meskipun baharu sudah tersenarai di dalam aplikasi carian tempahan inapan seperti booking.com, agoda.com dan traveloka.

Cuti perayaan krismas untuk 2017, penulis dan isteri menghabiskan masa lapang dengan mengunjungi Port Dickson sekali lagi. Pada kunjungan awal sebelum ini, masih belum berpuas hati kerana terdapat beberapa tempat menarik di Port Dickson yang masih belum penulis terokai. 

Agak terburu-buru sebenanrnya penulis mencari tempah menginap di Port Dickson, kerana bercuti ke Port Dickson bukanlah program utama penulis. Dalam tempoh lima hari agak sukar untuk mendapatkan bilik untuk dua orang memandangkan cuti perayaan krismas agak 'laku keras' untuk tempahan bilik hotel atau chalet.

Tempah Melalui Agoda

Penulis bertuah kerana ketika melayari laman seseawang agoda.com, penulis diberikan peluang untuk menginap di Mirage hotel memandangkan masih ada beberapa slot lagi kekosongan pada tarikh yang penulis rancangkan.



Alhamdulillah syukur, maka percutian ala-ala tidak terancang ini berjaya dilaksanakan kerana terdapat kekosongan di Mirage Hotel PD. Apa salah mencuba hotel baharu meskipun masih dalam kategori dua bintang jika dilihat pada laman sesawang agoda.com. Penulis selalu menggunakan laman sesawang agoda memandangkan harga yang ditawarkan cukup berpatutan dengan diskaun yang cukup menyenangkan hati.


Hotel Bewarna Warni
Segala urusan tempahan berjalan lancar melalui online, dan penulis ada membuat pertanyaan kepada pihak hotel Mirage kalau-kalau tiada dalam senarai, namun, memang tersenarai.

Penulis dan isteri tidak mengharapkan 'expectation' yang agak tinggi memandangkan hotel ini masih baharu dan memiliki reputasi hanya dua bintang. Walaupun nama bilik yang penulis berjaya 'tangkap' adalah dalam kategori Deluxe Queen Room. Wow, perkataan deluxe sahaja sudah memberikan satu perkataan 'wow'.

Harga Bilik Deluxe Queen

Harga untuk bilik Deluxe Queen Mirage Hotel melalui agoda dan booking.com adalah RM148.00. Tambahan RM50 bayaran deposit ketika 'check-in'. Bermakna RM198 perlu dibayar penulis ketika check in, dan pemulangan RM50 dilakukan pada masa 'check out' setelah diperiksa keadaan bilik

Hotel Mirage yang bewarna warni, dengan tema asal bewarna merah sungguh mengujakan untuk dilihat meskipun berada di kawasan rumah kedai. Dari jauh sudah kelihatan warna merah dan putih sebagai warna asas bangunan dan lain-lain warna untuk membezakan hotel dengan bangunan lain.

Check In Di South Block

Usai parkir dan menuju ke bahagian 'receiption', penulis diberikan satu bekas berisi kad akses, kawalan jauh air-condition, dan kawalan jauh televisyen. Dua bahagian digunakan oleh Hotel Mirage dalam kawasan rumah kedai ini, satu diberikan nama 'north' dan satu lagi 'south'. Bagi bilik penulis kali ini, penulis berada di bahagian 'south' dan tingkat dua.

Kali pertama menjejakkan kaki ke dalam bilik selepas meletakkan kad akses pada slotnya, penulis dan isteri saling berpandangan dan masing-masing mengangguk menandakan 'not bad for a 2-stars rated hotel'. Selesa dan nyaman, sebagaimana yang dikehendaki setiap penginap dalam masa bercuti.


Permandangan Pertama (Tanpa Lampu)
Permandangan dari tingkap untuk bilik ini adalah jalan raya bukan menghadap laut, lebih tepat Jalan Pantai Port Dickson. Kekurangan permandangan luar tingkap inilah mungkin penyebab hotel ini mendapat 'rating' dua bintang.


Katil Bersaiz Queen
Cukup segala keperluan, katil bersaiz 'queen' dilengkapi dengan satu selimut besar, dan tiga biji bantal.


Tv 32" untuk Keriangan
Menghadap katil bersaiz permaisuri ini diletakkan televisyen berukuran 32" yang sudah dipasang dengan 'buil-in selected channel'. Bersebelahan tv dilekatkan notis siaran yang boleh diikuti penginap. 


Senarai Saluran Tv yang Ada
Bagi penulis tv tidaklah begitu penting memandangkan datang ke PD semestinya mahu menjelajah luar hotel. Namun, untuk ulit tidur mungkin berguna.


Tandas
Tandas dan bilik mandi terletak di bahagian hadapan bilik, masuk sahaja terus bilik air. Bagi yang gemarkan mandi dalam kabus atau berwap, tahniah anda sudah menemui kawasan permainan anda. Pancuran air dengan talaan panas dan sejuk disediakan.


Pancuran Sejuk dan Panas
 Satu pancuran besar dan satu lagi pancuran boleh ubah. Selesai mandi air laut yang melekit dan pulang ke hotel dijamah air suam, cukup nyaman.


Ruang Simpanan Barangan
Walaupun bukan almari tertutup namun saiznya cukup untuk menyimpan barangan yang anda bawa. Mungkin tidak efisien bagi mereka yang tinggal dengan jumlah penginap yang ramai tidak mengapa kawasan sekitarnya masih luas untuk meletakkan barangan. Apa yang penting, terdapat tempat untuk menyimpan pakaian dengan panyangkut pakaian.

Kemudahan Di Dalam Bilik

Disediakan satu cermin besar dan satu meja makan bersaiz kecil yang diletakkan satu cerek eletrik dengan dua cawan untuk bancuhan 3 in 1 kopi pra-campuran yang disediakan.


Cerek Bersama Kopi 3 in 1
Dua botol air mineral turut diberikan. Seperti biasa untuk hotel dan penginapan lain.




Secara keseluruhan untuk hotel 2-bintang, bilik deluxe queen dengan harga bawah RM150 sangat berpatutan. Kekurangan 'view' cantik melalui tingkap sahaja, untuk bermalam, mengapa tidak ?

Keunikan lain adalah jika anda datang dalam jumlah yang ramai anda boleh menempah bilik bersebelahan kerana satu bilik disambungkan dengan bilik bersebelahan dengan satu pintu, jangan khuatir jika anda hanya menempah satu sahaja bilik, orang sebelah tidak boleh memasuki bilik anda sewenangnya.

Informasi pengunjung

Hotel Mirage terletak betul-betul di Jalan Pantai Port Dickson. Jika anda dari Lukut agak jauh, gunakan lebuhraya Seremban-Port Dickson kerana hotel ini sangat dekat dengan bulatan terakhir lebuhraya tersebut.

Alamat Hotel Mirage

Jadikan Hospital PD sebagai 'guide' jika sebarang peranti anda tidak berfungsi.


Waze Lokasi Hotel Mirage Port Dickson
Waze Lokasi Hotel Mirage Port Dickson
Usah khuatir jika anda memiliki peranti yang dimuat turun dengan aplikasi waze dan google maps kerana sudah terdapat dalam pangkalan data mereka.

Bagi memudahkan carian anda ini alamatnya:

25, Jalan Remis 2, Medan Remis, 
Batu 5, 
Jalan Pantai, 
71050 Telok Kemang, 
Negeri Sembilan


Hubungi: (+6) 06-6463705 / (+6) 06-6463706

Kawasan Parkir Kenderaan

Kawasan parkir sekitar hotel cukup luas memandangkan ia adalah kawasan rumah kedai. Parkir memang disediakan mengikut keperluan pengunjung. Ketika check in pihak akan bertanyakan no plate kenderaan anda.

Kemudahan Di Kawasan Sekitar

Oleh kerana, berada di sekitar rumah kedai, kedai runcit 7/11 juga ada disini. Termasuk kedai dobi layan diri. Selain dari beberapa buah kedai tom yam sekitar jika inginkan pilihan yang lebih dalam mencari hidangan berdekatan.


Kemudahan Sekitar Hotel Mirage
Rancang perjalanan dan aktiviti anda untuk keselesaan dan penjimatan masa. Selamat bercuti!

Anda fikir anda tahu Bermalam Di Hotel Mirage Port Dickson ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.