Header Ads

Damai Steamboat, Grill & Ikan Bakar Sijangkang, Telok Panglima Garang


"Damai Steamboat n Grill Sijangkang"

Kegilaan terhadap makan tanpa henti dengan sekali bayaran memang menjadi satu kemestian bagi seorang pencinta makanan. Steamboat dan grill cukup popular sekarang, jika dahulu amat sukar untuk menemui tema sebegini. Hanya di hotel sahaja makan bufet ini diadakan.


Damai Steamboat n Grill Sijangkang
Damai Steamboat n Grill Sijangkang
Sekarang, sudah menjadi rambang mata untuk memilih restoran kesukaan untuk steamboat. Sudah banyak penulis terjah restoran steamboat dan grill ini dan dikongsikan disini.


Kebanyakan adalah berjarak melebihi 5km dari residen penulis. Namun, kali ini penulis akan mula berkongsi apa yang ada di satu lagi restoran steamboat dan grill yang hanya beberapa kilometer dari residen penulis di Sijangkang.


Steamboat n Grill
Mungkin ada yang baharu dengar akan Damai Steamboat, Grill dan Ikan Bakar Sijangkang. Meskipun berada di dalam rimbunan kebun kelapa sawit dan dilimpahi beberapa lampu rumah sekitar kawasan restoran, agak ramai yang sudah mengenali restoran steamboat ini.

Suasana yang Damai dan Tenang

Kena dengan namanya, damai, jauh dari kesibukan enjin yang menggunakan petrol mahupun diesel. Hanya desiran jus perapan daging kambing dan gelegakkan fish ball di dalam mangkuk berisi kuah tom yam didengari.

Kedudukan yang agak strategik jika dilihat pada sekitaran, tanpa gangguan kesibukan kota, hanya anda dan makanan anda.

Mungkin ada yang berfikir jika agak jauh dari kesibukan jalan besar, pilihan menu makanan tidak seperti restoran steamboat dan grill lain. Tidak, itu adalah tanggapan yang salah. Menu makanan atau bahan mentahnya mencukupi, dan akan digantikan dengan yang lain jika kehabisan. Tiada sebarang masalah berhubung dengan kehabisan makanan.

Dengan anggaran pemilik, 300 orang boleh berada di dalam kawasan kedai dalam satu-satu masa.

Lauk Buffet dan Grill


Bebola Steamboat
Pengunjung boleh memilih antara kuah sup atau tom yam, bagi penulis, tom yam menjadi keutamaan.


Lauk Buffet Steamboat
Bahan untuk celuran seperti bebola ikan, bebola udang, bebola ketam dan pelbagai bebola boleh didapati. 


Pelbagai Jenis Bebola
Seperti biasa bahagian panggang atau grill menjadi pilihan penulis, jika isteri penulis dia lebih gemar akan celuran bebola-bebola yang disebutkan tadi.

Perapan Daging Kambing dan Lembu


Daging Lembu Ayam Perap Steamboat
Daging lembu, daging kambing, daging ayam diperap dengan pelbagai perapan. Ada yang diperap dengan perisa lada hitam, perapan sos biasa, malah terdapat juga perapan tidak menggunakan perapan yang terlalu banyak. 


Desiran Daging Dibakar
Perapan pada daging cukup rasanya, manis dan tidak kering. Perapan sebegini penulis sarankan tidak dibakar begitu lama jika ingin merasai daging yang masih berjus. Bakar dengan sedikit 'raw' cukup sedap, tambahan dicecah dengan sos dan mayonis.

Banyak Pilihan Makanan Laut


Seafood untuk Steamboat
Udang, isi ikan dori, ketam, lala, kepah merupakan pilihan lain bagi mereka yang gemarkan makanan laut. Ketam yang dibelah dua berjaya di'operasikan' oleh penulis dengan gaya celupan dalam kuah tom yam dan dibakar diatas pemanggang. Kebanyakkan ketamnya memiliki telur, rasanya telur kerana bewarna oren.

Usah khuatir jika bekas bahan-bahan ini kosong, para pekerja yang rajin akan mula mengisinya semula.

Malam tersebut, daging kambing dan ketam berjaya di'angkut' penulis berulang-ulang kali.

Menu Sampingan Lain


Menu Goreng Lain
Selain menu biasa yang disebutkan di atas, terdapat hidangan seperti nasi lemak, mi goreng, nasi goreng, dan bihun goreng sebagai makanan sampingan.


Sayuran Termasuk Brokoli, Cendawan
Sayur-sayuran juga ada, seperti brokoli, kangkung dan ulaman serta cendawan. Namun, agak mendukacitakan daun salad tiada kelihatan. Kalau ada boleh dibalut daging yang dibakar. Mungkin pada malam tersebut bekalan sudah habis atau bekalan daun salad menyamai kuantiti ikan bilis dalam nasi lemak gerai tepi jalan.

Mana Ikan Bakar ?

Kurang boleh dipastikan apakah nama belakang untuk Damai Steamboat & Ikan Bakar boleh lagi digunapakai, kerana juga gagal dipastikan adakah terdapat menu ikan bakar di restoran ini. Mungkin menu tersebut adalah menu ala carte, memandangkan tiada sebarang kawasan pameran ikan untuk pelanggan memilih sebagaimana kedai ikan bakar yang lain.

Pengunjung boleh memesan ikan bakar yang diingini. 

Jenis Air Minuman yang Banyak


Pelbagai Perisa Air
Kebanyakan restoran yang pernah penulis kunjungi, satu masalah yang sentiasa terjadi adalah air minuman.

Namun, di Damai Steamboat, mereka menyediakan lebih kurang lapan bekas berisi air minuman berperisa, panas dan sejuk. Antara air yang disediakan adalah jus laici, jus tembikai, jus detox (limau pudina), air kopi, air teh dan sirap limau. Bekas air yang banyak memudahkan pengunjung untuk 'top-up' air jika kehabisan pada jag. Jag dan gelas disediakan dan pengunjung boleh menggunakannya seumpama memasuki dapur rumah sendiri.

Pencuci Mulut: Ais Krim, Kuih

Sebagai penutup, jadikan asikrim vanila, coklat atau perisa kelapa sebagai pencuci mulut sebelum pulang dengan hati yang gembira. Bagi yang gemarkan kuih muih, ada disediakan.

Ruang Makan Luas

Cukup selesa dan luas. Senang untuk pengunjung bergerak ke sana ke mari.  Namun, jika berlaku hujan lebat mungkin kawasan menjadi agak sempit. Dua bahagian dijadikan ruang makan, ditengahnya diletakkan bahan-bahan yang akan diambil pengunjung. 


Makan Ramai Ramai Bayar Sorang Sorang
Disediakan juga surau dan bilik air yang mencukupi. Kanak-kanak biasanya tidak begitu aktif untuk menikmati 'buffet' sebagaimana orang dewasa, bagi memberikan ruang dan peluang bagi keselesaan kedua-dua generasi, disediakan kawasan permainan kanak-kanak yang tidak jauh dari tempat/ruang makan.

Kakitangan Peramah

Apa yang boleh dipuji adalah, kakitangan dan pemilik restoran ini. Cukup peramah. Mereka akan cuba membantu anda jika terdapat kekeliruan dan masalah dalam pemikiran anda. Usah segan untuk meminta tolong dari pekerja untuk mengambil sekeping dua gambar bersama famili/rakan-rakan, mereka dengan senang hati untuk mengikut segala 'posing' anda.

Turun sahaja dari kenderaan akan ada seorang pekerja yang akan membantu anda mencari meja yang sudah dibuat tempahan, bagi yang belum menempah dengan walk-in juga akan dilayan. Malah ketika penulis dan isteri sedang enak membonceng untuk pulang ada pekerjanya masih mengucapkan terima kasih meskipun berada di kawasan cucian pinggan mangkuk.

Informasi Pengunjung

Restoran ini terletak dalam kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang, Banting Selangor. Berpandukan 'google street database 2014' masih belum ditemui restoran ini. 

Alamat

Lorong Haji Husin, 
Kampung Sijangkang, 
42500 Telok Panglima Garang, 

Selangor


Waze pun masih belum menunjukkan kawasan yang sebenar, simpang Jalan Kenanga sahaja.


Waze Lokasi Damai Steamboat Grill Ikan Bakar Sijangkang



Hubungi: Reservation / Booking: 012 666 3990


Senarai Harga Damai Steamboat Sijangkang
Harga Buffet Damai Steamboat

Harga untuk satu kepala adalah RM26.50. Itu untuk harga pengunjung dewasa, bagi kanak-kanak , warga emas dan OKU lebih murah harganya iaitu RM14.90. Ini salah satu lagi keunikan restoran steamboat ini berbanding steamboat lain.

Waktu Operasi Damai Steamboat

Waktu operasi untuk Damai Steamboat n Grill SIjangkang adalah bermula pada jam 6 petang sehingga 12 tengah malam. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin.

Kawasan parkir luas dan percuma. Dihadapan terdapat satu kawasan parkir dan kawasan lebih luas adalah pada bahagian belakang restoran. Kereta dan motosikal diasingkan parkirnya.


10% diskaun untuk waktu tertentu
Bagi penulis, dalam menjaga hati dan 'mood' pengunjung. Damai Steamboat adalah antara yang terbaik pernah penulis kunjungi.

Anda fikir anda tahu Damai Steamboat, Grill dan Ikan Bakar Sijangkang, Telok Panglima Garang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.