Header Ads

Resepi Membuat Kek Dengan Hanya Peti Sejuk Tanpa Oven

" Resepi Kek Dengan Peti Sejuk"

Secara alam semulajadinya kebanyakan resepi kek menggunakan ketuhar gelombang mikro dan oven untuk membakar kek.

Resepi Kek Buat Dengan Peti Sejuk
Resepi Kek Buat Dengan Peti Sejuk

Namun, inovasi dari chef dan pakar bakeri telah berjaya memerah fikiran untuk menghasilkan kek dengan hanya menggunakan peti ais.



Dengan menggunakan beberapa langkah sahaja dengan penjimatan eletrik boleh membuat kek impian anda.

Jom sama sama kita belajar cara membuat kek dengan hanya menggunakan peti sejuk untuk siap bersama bahan bahannya.


Oreo Cheesecake

Resepi Oreo Cheesecake
Resepi Oreo Cheesecake | Booky


Bahan Bahan

- 50 keping biskut Oreo, dibelah belah (dipatah patah)

- 1/4 cawan mentega cair

- 3 cawan keju krim, dilembutkan

-1 1/2 cawan gula halus

-1 1/4 cawan 'heavy whipping cream'

Cara Membuatnya

1. Untuk mebuat kerak, gabungkan mentega cair dan 25 keping biskut Oreo dan pemproses makanan atau pengisar.

Kacau dengan pengisar (food processor) sehingga sebati.

2. Tekan adunan ke dalam kuali bentuk bulat (Spring Form Pan).

Lebih kurang dua inci adunan letakan ditepi pan. Biarkan adunan.

3. Dalam mangkuk yang sederhana, masukkan 1/4 krim ke dalamnya. Panaskan ke dalam microwave selama 20 saat selang seli dengan gaul.

Ulang masukan ke dalam microwave dan gaul sehingga ia mencair dan lembut. Biarkan adunan seketika.

4. Dalam mangkuk yang besar, pukul kejum krim dengan pengisar tangan sehingga lembut.

Masukkan gula halus ke dalam adunan dan kacau rata.

5. Kacau lebihan krim sehingga sebati. Pukul dengan laju sehingga atasnya mula mengeras.

6. Taburkan oreo dengan citarasa anda sendiri.

7. Kesemua adunan tadi curahkan ke atas kerak yang telah disediakan. Masukan dalam peti sejuk semalaman.

Siap!


[ Mahu Beli Kek Oreo Ice cream cake Siap Secara Online Delivery : KLIK SINI ]


Tiramisu

Resepi Tiramisu
Resepi Tiramisu | Booky


Bahan Bahan

- 1 cawan 'heavy whipping cream'

- 1 cawan keju mascarpone dalam suhu bilik

- 1/3 cawan gula putih

- 1 sudu besar ekstrak vanila

- 2 cawan espresso atau serbuk kopi yang kuat

- 1 paket 'ladyfingers' (bukan bendi ya) atau 'broas'. Boleh google jika tidak kenal.

- Serbuk koko untuk taburan

Cara Membuatnya

1. Pukul 'whipping cream', gula dan vanila sehingga lembut.

2. Tambah keju mascarpone dan adun sehingga puncak adunan sudah mengeras. Seumpama ais atas gunung bentuknya.

3. Celupkan 'ladyfingers' dalam kopi yang sudah dibancuh atau espresso. Kapit dengan 'ladyfingers' lain untuk lapisan atas.

4. Salutkan krim yang sudah dibuat tadi atas lapisan ladyfingers celupan kopi tersebut.

Ulang berkali kali sehingga habis apa yang ada.

5. Akhir sekali taburkan serbuk koko di atas sekali lapisan.

Tutup dan masukan ke dalam peti sejuk semalaman.

Siap!


[ Mahu Beli Kek Tiramisu Siap Secara Online Delivery : KLIK SINI ]


Classic Cheesecake

Resepi Classic Cheesecake
Resepi Classic Cheesecake | Booky


Bahan Bahan

-  1/2 cawan mentega cair

- 1 1/2 cawan serdak 'graham cracker'

- 1/4 cawan gula pasir

- 1/2 sudu besar garam 'kosher'

- 2 cawan 'heavy whipping cream' yang disejukan

- 3 paket keju krim dalam suhu bilik

- 1 cawan gula halus

-  2 sudu besar ekstrak vanila

-  Buah buahan jika perlu

Cara Membuatnya

1. Letakan 'springform pan' dengan apa apa bahan untuk tidak menyebabkan lekatan.

2. Adun mentega, gula, garam dan serdak 'graham cracker' dalam mangkuk adunan yang besar.

3. Tekan adunan dalam springform pan setinggi dua inci sehingga sisi 'springform pan'.

letakan adunan ini ke dalam peti sejuk dahulu, freezer.

5. Mulakan membuat filling dengan pengadun tangan (hand mixer) pukul krim sehingga atasnya mulai nampak keras.

Kosongkan mangkuk dan letakan seketika adunan tadi.

6. Dengan mangkuk yang sama, campurkan keju krim dan gula halus serta ekstrak vanila dengan pukulan sederhan sehingga kelihatan lembut dan berkrim.

Dianggarkan pukulan sederhana selama dua minit.

7. Masukan adunan 'whipping cream' tadi ke dalam mangkuk, terbalikan bancuhan.

8. Ambil 'filling' tadi curahkan ke atas kerak yang telah disejukan tadi. Letaklah buah buahan jika perlu.

9. Tudung dan masukan ke dalam peti sejuk semalaman.

Siap!

Mango Float

Resepi Mango Float
Resepi Mango Float | Booky


Bahan Bahan

-  2 cawan 'whipping cream'

-  1 tin susu sejat

-  1/2 kotak 'graham cracker'

-  5 biji mangga masak

-  1/2 sudu besar ekstrak vanila

Cara Membuatnya

1. Dengan menggunakan pengadun tangan (hand mixer), pukul 'whipping cream' sehingga saiznya dua kali ganda.

2. Tambahkan susu sajat sejat dan ekstrak vanila. Gaulkan sehingga sebati.

3. Taburkan 'graham cracker' pada bekas (bekas kaca kek lebih elok).

4. Salutkan 1/3 dari adunan krim di atas taburan 'graham cracker' tadi, buat beberapa lapisan seumpama kek lapis dan atas sekali letakkan potongan buah mangga masak.

Jangan yang muda nanti kena beli sensodyne.

5. Ulang lapisan mengikut kreativiti anda.

6. Tutupkan dan tinggalkan semalaman di dalam peti sejuk.

Siap!

Langkah Mudah Membuat Kek

Dari resepi di atas apa yang penulis boleh simpulkan adalah terdapat beberapa langkah sahaja seperti;

1. Sediakan bahan

2. Gaulkan

3. Letakan dalam peti sejuk

Cukup mudah dan ringkas resepinya. Mungkin penggemar bakeri dan kek boleh mencuba untuk membuat kek anda dengan peti sejuk melalui resepi yang telah dikongsikan ini.

Anda fikir anda tahu Resepi Membuat Kek Dengan Hanya Peti Sejuk Tanpa Oven ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.