Senarai Jersi Home, Away, 3rd Kit Pasukan Liga Malaysia 2021

"Jersi Pasukan Liga Malaysia 2021"

Bermulanya musim baharu kebiasaannya apa yang berubah pada pasukan bolasepak adalah jadual perlawanan baharu.

Senarai Jersi Pasukan Liga Malaysia 2021
Senarai Jersi Pasukan Liga Malaysia 2021

Jika ada pasukan yang aktif ketika perpindahan pra musim maka muka muka baharu akan ditampilkan.


Namun, bagi tahun 2021, majoriti pasukan bolasepak liga Malaysia memperkenalkan jersi pasukan yang baharu.

Perisai Keramat Pasukan Masing Masing

Jersi pasukan boleh dianggap sebagai perisai kepada jati diri sesebuah pasukan bola sepak. Dengan logo pasukan dibahagian kiri yang melambangkan dekatnya pasukan di jantung (hati bagi istilah Malaysia).

Rekabentuk dan Susun atur Jersi Bermakna

Dengan rekabentuk dan susun atur dengan warna tema pasukan masing-masing, semangat dan aura timbul secara semulajadi tidak kira untuk pemain, pasukan dan juga penyokong pasukan.

Senarai Jersi Musim Baharu 2021 Pasukan Liga Malaysia

Bagi musim 2021 beberapa pasukan telah merasmikan jersi Home, Away dan 3rd Kit Jersey masing-masing.

Jom kita lihat jersi pasukan kegemaran anda untuk musim 2021.

1. Selangor FC

Pada awalnya, Selangor FC telah melancarkan jersi home mereka dengan mengambil tema jersi yang pernah di pakai oleh lagenda bolasepak Malaysia, allahyarham Mokhtar Dahari.

Dengan warna kuning dan merah menjadi kombinasi warna.

Kehadiran warna hijau tidak menghilangkan tema merah-kuning.

Jersi buatan dari JOMA dengan warna biru hitam (blue black). Memang menarik warna ini kombinasi gelap dan cerah. Warna yang menjadi pilihan untuk jersi away pasukan Selangor FC 2021

Apalagi dengan design yang tidak begitu serabut.

Apa yang menjadi perhatian adalah corak 'lumminance' pada bahu. Jika diperhatikan terperinci ia adalah peta negeri Selangor.

Cukup menarik.

Jersi Selangor FC Home 2021

Jersi AwaySelangor FC 2021



Sumber : Selangor FC Facebook

2. Johor Darul Takzim FC

Kerjasama pasukan JDT FC dengan Unicef dibuktikan apabila logo Unicef berada di tengah bahagian hadapan jersi.

Jersi home dengan warna JDT iaitu biru dan merah ini adalah rekaan dari jenama Nike.

Bagi jersi away pula warna putih menjadi warna asas. Dengan corak dan logo yang sama dengan jersi Home.

Jersi Home JDT FC 2021


Sumber : Johor Southern Tiger Facebook

3. Kelantan FC

Pasukan The Red Warriors Kelantan FC merasmikan beberapa jersi dalam satu perasmian. Dengan garapan bos baharu, Zamsaham, tiga jersi pasukan dikeluarkan.

Merah putih adalah warna rasmi TRW sebagai jersi home dengan logo yang baharu. Jersi away lebih menyerlah dengan paduan warna hitam dan keemasan.

Serta 3rd kit yang digunakan warna putih sebagai dasar warna. Ketiga-tiga jersi pemain ini ditaja oleh 93 Sports.


Jersi Home TRW Kelantan FC 2021



Sumber : TRW Kelantan FC Facebook

4. Terengganu FC

Al-Ikhasan merupakan pereka jersi Terengganu FC, hitam putih menjadi warna asas untuk jersi home mereka.

Tidak begitu serabut susun atur coraknya, senang mata memandang.

Lebih menarik adalah jersi away, yang warnanya seakan warna pengeluar rokok seketika dahulu 'dunhill'.

Warna merah darah yang agak gelap dengan warna hitam pada lengan dan bahu. Terengganu FC juga mengeluarkan tiga jenis rekaan jersi untuk penjaga gawang

Jersi Home Terengganu FC 2021



Sumber : Terengganu FC Facebook

5. Sabah FC

Dengan warna merah pudar Sabah FC tampil bergaya dengan rekaan jersi Home dari Lotto.

Pasukan gelaran The Rhinos ini turut mengeluarkan jersi away bewarna biru gelap dengan jalur merah.

Tiga pilihan warna jersi yang akan dipakai oleh penjaga gawang pasukan Sabah FC.

Jersi Home Sabah FC 2021



Sumber : Sabah Football Association Facebook

6. Melaka United FC

Hijau pokok Melaka adalah warna rasmi bagi Melaka United FC. Warna tersebut diwarnakan pada jersi Home mereka sendiri.

Hasil keluaran jenama Al-Ikhsan ini juga menampilkan jersi away yang bewarna putih. Melaka United FC memilih dua warna untuk disarungkan oleh penjaga gawang mereka

Jersi Home Melaka United FC 2021



Sumber : Melaka United FC Facebook

7. Perak FC

Kuning sebagai warna asas dengan jalur hitam dan putih sempena warna bendera Perak dijadikan motif warna untuk jersi home Perak FC.

Jersi yang direka oleh Kaki Jersi ini cukup 'simple' namun ada makna.

Bagi jersi away Perak pula warna putih digunakan sebagai warna dominan dan sedikit jalur hitam dan kuning.

Jersi Home Perak FC 2021

Jersi Away Perak FC 2021

Sumber : Perak FC Facebook

8. Kedah FC

Kedah darul aman dengan warna keramat mereka hijau kuning begitu sinonimBegitulah juga warna ini diterapkan pada jersi home Kedah 2021.

Jersi rekaan Lotto dengan latar kuning dengan warna hijau menjadi corak ia melambangkan Kedah

Merah dan hijau merupakan pilihan warna untuk jersi away Kedah 2021. Melambangkan Lang Merah dan mengekalkan warna 'padi'.

Dengan jalur sebagai coraknya.

Jersi Kedah FC Home 2021
Jersi Kedah FC Home 2021

Sumber : Kedah FC Facebook

9. Kelantan United FC

Kelantan United FC turut melancarkan jersi terbaharu untuk musim 2021. Merah, putih dan hijau gelap menjadi pilihan warna dengan warna merah sebagai warna dominan untuk jersi home 2021.

Umbro diberi kepercayaan untuk membuat rekaan jersi KUFC kali ini.

Bagi jersi away pula, warna putih sebagai warna asas dan jalur merah dan biru tua melingkari dari atas ke bawah.

Jersi penjaga gawang diberikan warna kuning dan merah jambu.

Jersi Home Kelantan United FC 2021

Jersi Away Kelantan United FC 2021

Sumber : Kelantan United FC Facebook

10. Penang FC

Jersi home Penang FC menggunakan warna biru sebagai warna utama. Dengan corak abstrak sebagai susun aturnya.

Jersi rekaan Puma ini juga menampilkan jersi away yang bewarna putih. Masih menggunakan coraka abstrak digital sebagai hiasan.

Penang FC juga memiliki 3rd Kit mereka dengan warna kuning menjadi warna dominan. Agak pelik sedikit apabila 'font' menggunakan warna putih pada jersi ini

Jersi Penang FC Home Away 2021

11. PJ City FC

Dengan corak jaring gawang bolasepak dan sedikit kenangan bola sepak zaman kanak kanak dijadikan hiasan pada jersi PJ City FC kali ini.

Jersi home PJ City FC ditampilkan dengan warna biru muda atau cyan dengan corak yang dikatakan tadi yang mana merupakan rekaan jenama Puma

Bagi jersi away pula PJ City FC akan menggunakan jersi bewarna oren kemerahan.

Jersi Home Away PJ City FC 2021

12. Sri Pahang FC

Petak petak menjadi pilihan rekaan Jersi Sri Pahang FC kali ini. Masih mengekalkan warna biru kuning sebagai warna rasmi pada jersi Home untuk musim 2021.

Hitam menjadi pilihan untuk warna dasar pada jersi Away Sri Pahang FC musim 2021.

Dengan jaluran kecil kuning, putih dan biru menyerlahkan lagi coraknya yang direka khas oleh jenama Stallion Apparel

jersi home away sri pahang fc 2021


Sumber: Google Image

Tanda Kemeriahan Liga Malaysia Musim 2021

Dengan pelancaran secara rasmi jersi jersi dari pasukan liga malaysia (Liga Super dan Liga Perdana) maka bermulalah musim terbaharu liga Malaysia 2021.

Masing masing menampilkan warna rasmi masing masing. Sesuai untuk kemeriahan pemain dan juga penyokong yang memakainya nanti.

Walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19, liga Malaysia diteruskan dengan prosedur dan s.o.p yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM.

Anda fikir anda tahu Senarai Jersi Home, Away, 3rd Kit Pasukan Liga Malaysia 2021 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan