Header Ads

Pantai Cunang Tanjung Sepat Pantai Peranginan Moden Konsep Perkampungan Nelayan


"Pantai Cunang"

Perairan Selat Melaka sudah tidak asing lagi dengan kawasan pelancongan dalam kategori pantai. Pantai Cunang yang terletak dalam kawasan Tanjung Sepat, Kuala Langat Selangor salah satunya. Mungkin ramai yang masih tidak tahu akan kewujudan pantai Cunang. Belum lagi dikenali sebagaimana Pantai Bagan Lalang, Pantai Morib atau Pantai Kelanang. Pantai Cunang sudah bersedia untuk menjadi 'prospek' terbaharu dalam pelancongan kategori pantai di Malaysia.


Pantai Cunang Tanjung Sepat Selangor Cantik dan Bersih
Pantai Cunang Tanjung Sepat Selangor
Semuanya bermula ketika penulis dan isteri dalam perjalanan pulang dari bermalam di Pantai Bagan Lalang. Sepanjang perjalanan menuju ke arah Klang dari Bagan Lalang, yang melalui laluan tepi pantai, terdapat sesuatu yang menarik perhatian kami, iaitu pohon bakau yang ditenggelami air laut dan ditambah dengan sinaran matahari yang kian tenggelam menambahkan lagi 'nilai' drama kawasan tersebut. Batu laut, itulah nama kawasan tersebut. Kami bercadang untuk singgah untuk mendapatkan permandangan cantik tunggul dan pohon bakau yang ditenggelami air laut namun gagal mencari jalan masuk.


 Beberapa kilometer dari kawasan tersebut terdapat satu papan tanda berlatarbelakangkan warna koko cair yang ditulis perkataan 'Pantai Cunang' dengan cat bewarna putih. Kami cuba untuk masuk ke kawasan tersebut mana tahu dapat menemui sebagaimana permandangan pohon bakau yang ditenggelami air. Namun, kami telah menemui sesuatu yang lebih menarik iaitu Pantai Cunang.


Dekorasi Pintu Masuk Pantai Cunang Pintu Gerbang
Dekorasi Pintu Masuk Pantai Cunang
Anda akan dipelawa untuk menuju ke pantai oleh perkataan 'Pantai Cunang' yang besar sebelum perlu melalui pintu gerbang dan satu jambatan kecil melintasi anak sungai yang menjadi sumber air kepada pohonan bakau sebeliling.

Berkonsepkan keaslian dan semulajadi Pantai Cunang yang telah memegang gelaran ' Program Pantai Angkat Negeri Selangor ' oleh kerajaan negeri Selangor. Pantai yang sudah dibaikpulih dari sebuah kawasan pantai yang dipenuhi pohonan rhu dan pokok bakau disekitarnya. Sebagaimana tadom hill resort, Pantai Cunang dibangunkan oleh penduduk asal Malaysia kaum orang asli Mah Meri. Pada asalnya, kawasan pantai ini adalah salah satu tempat 'berhenti lelah' (tempat singgahan) bagi kaum asli Mah Meri ini berehat seketika sebelum turun ke laut mencari rezeki.


Pantai Cunang Menang Anugerah Pantai Angkat Negeri Selangor 2015
Anugerah Pantai Angkat Negeri Selangor 2015
Sehingga lawatan penulis ke Pantai Cunang, masih terdapat kaum Mah Meri yang menjadi nelayan baharu pulang dari laut dalam rutin mencari rezeki harian. Dalam masa yang sama mereka boleh dikatakan penjaga kepada pantai ini.


Suasana Indah Pantai Cunang
Suasana Indah Pantai Cunang
Pohon Bakau Dalam Laut Sesuai untuk Fotografi
Pohon Bakau Sesuai untuk Fotografi
Sebagaimana pantai Morib dan Pantai Bagan Lalang, air laut akan surut pagi awal petang dan akan pasang kembali lewat petangnya. Waktu terbaik untuk mendapatkan kenangan dan permandangan dari arah laut selain bermain kejar-kejaran dengan ketam angin dan ikan belacak.

Deretan rumah tradisi orang asli turut didirikan sebagai tempat persinggahan nelayan ini dalam pada masa yang sama menjadi 'dekorasi' menarik yang menanti kunjungan pelancong tempatan dan luar. 


Dekorasi Warna Warni Pantai Cunang
Dekorasi Warna Warni
Rumah yang semuanya dibentuk dari bahan semulajadi seperti kayu bakau dan atap nipah disamping beberapa dekorasi bunga-bungaan yang mampu menjadikan Pantai Cunang tersenarai di dalam diari pelancong yang datang mencari suatu kawasan pantai yang tidak begitu 'crowded' dengan ramai orang.



Perahu dan bangsal menambahkan bukti lagi fakta bahawa pada asalnya Pantai Cunang adalah singgahan penduduk asal sebelum ke laut. Pohon rhu yang menghijau, pasir yang memutih, air laut yang berlapis-lapis (warna teh susu, koko, cyan dan biru air laut) cukup mempersona dengan kepelbagaian warna alam selain dari kecantikan akar-akar pohon bakau yang berada di dalam air di sebelah kanan pantai.


Rumah Singgah Nelayan Orang Asli Mah Meri
Rumah Singgah Nelayan Orang Asli

Tiada sebarang gerai/kedai makan di dalam. Boleh membawa makanan namun jagalah kebersihan pantai ini jangan tunjukan sikap seekor kera dengan membuang sampah merata-rata meskipun anda terlihat beberapa ekor kera tempatan yang bergayutan di pohon-pohon bakau. Tong sampah recycle turut disediakan dan kemudahan tandas awam bagi kemudahan pelancong.  

Untuk sampai ke Pantai Cunang, sangat mudah. Sudah dipasangkan signboard untuk menuju ke pantai. Berkedudukan lebih kurang 90 minit dari Klang Selangor dan pantainya sebelum memasuki pekan Tanjung Sepat. Google Maps dan Waze sudah menyenaraikan Pantai Cunang di dalam database mereka.

Jalan untuk ke kawasan pantai dari jalan utama agak sempit, hanya boleh memuatkan dengan satu kereta bersaiz sederhana, nilai murni seperti bertolak ansur diperlukan dalam meneruskan perjalanan. Lorong kecil ini dipenuhi pokok kelapa sawit yang meneduhi kawasan sekitar dan memerlukan anda berhati-hati ketika memandu.


Jalan Kampung yang Sempit Ke Pantai

Mungkin pada masa akan datang apabila Pantai Cunang mula dikenali, akan adanya jalan masuk yang lebih besar untuk pengunjung. Usah khuatir anda tidak akan sesat kerana terdapat signboard mini menunjukkan arah untuk ke pantai. Seingat penulis selepas memasuki lorong kecil dari jalan utama dua selekoh sahaja perlu dilalui, satu ke kanan dan satu lagi ke kiri. 

Parkirnya cukup terhad memandangkan pantai cunang masih lagi baharu dan kurang sesuai bagi aktiviti memerlukan segerombolan besar pelancong dalam satu-satu masa, untuk menikmati pohonan rhu menghijau, pohon bakau ditengelami air dan melihat 'sunset' di ufuk Selat Melaka menjadi aktiviti rutin di Pantai Cunang, Tanjung Sepat Selangor.


Ufuk Matahari Selat Melaka Pantai Cunang
Ufuk Selat Melaka
Pantai Cunang boleh digelar sebagai 'model' pantai perkampungan nelayan berkonsepkan alam semulajadi yang belum diterokai, dengan rumah beratap nipah, berdinding buluh dan kawasan ala-ala kampung nelayan.


Talent Bergambar Satu Satu Port Bergambar
Selain menghadap panorama sunset, pantai cunang ketika surut airnya amat sesuai bagi mengabadikan gambar perkahwinan kerana banyak tempat yang boleh dijadikan sebagai background menarik sebagai contoh gambar di atas yang diambil di sekitar kawasan tunggul pokok bakau jika sudah bosan dengan latar belakang pohonan rhu menghijau.

Anda fikir anda tahu Pantai Cunang Tanjung Sepat Pantai Peranginan Moden Konsep Perkampungan Nelayan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum. 

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.