Header Ads

Cara untuk Dapatkan Dekoder Siaran Digital MyFreeview Seluruh Negara


"MyFreeView"

Dalam cubaan Malaysia untuk berubah dari dunia analog kepada digital. Satu gimik iklan yang agak mengejutkan apabila seorang remaja telah melarikan diri dari pelbagai letupan ala-ala berlakon dalam filem arahan Michael Bay. Pada hakikatnya, dia sedang menonton televisyen yang mengambarkan metafora siaran HD (High Definition) yang menyamai pandangan mata sendiri. Itulah MyFreeView.


Cara Dapatkan Siaran Dekoder MyFreeview Digital HD
MyFreeview Digital HD
 Dengan memiliki nama 'freeview' sesungguhanya siaran yang dahulunya dikenali sebagai IPTV ini adalah percuma. Percuma kepada mereka yang terpilih dan rakyat Malaysia yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM). Myfreeview merupakan siaran televisyen percuma untuk rakyat Malaysia yang diberikan lesen oleh kerajaan Malaysia kepada  MYTV Broadcasting Sdn Bhd selama 30 tahun.


Pakej MyFreeView yang ditawarkan:


MYTV Basic

Bagi mereka yang terpilih dan mendapat BRIM, dekoder jenis DVB-T2 diberikan percuma dengan pakej yang diberi nama MyTV Basic yang merangkumi siaran televisyen percuma sedia ada seperti TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, TV AlHijrah, TVi, dan Bernama News Channel.

Penerima Unit Dekoder Percuma dipilih dari kalangan penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan myFreeview. Rakyat Malaysia boleh menyemak status mendapatkan dekoder Myfreeview dengan:
Sila semak melalui SMS dengan menghantar MYTV Dekoder NoKP ke 15888, atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1 300 80 6988 untuk sebarang pertanyaan.

MYTV Advanced




Bagi mereka yang tidak layak mendapat Br1m dan ingin menggunakan siaran televisyen dengan siaran HD boleh mendapatkan dekoder jenis DVB-T2 ini di mana-mana cawangan kedai eletrik dan eletronik yang terpilih dengan harga satu dekoder berharga RM299 - harga diskaun RM199 pembelian sehingga 16 September 2017. 

Dengan sekali bayaran tanpa sebarang caj bulanan. Selain dari kedai kedai elektrik dan elektronik dekoder myfreeview boleh dibeli melalui lazada dan 11streets

Pakej bagi mereka yang membeli dekoder myfreeview ini sendiri dinamakan sebagai MYTV Advanced yang disertakan dengan 'port LAN' yang membolehkan sambungan dengan internet selain dari Dolby Audio. Penerima MYTV Basic dan pembeli MYTV Advance dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri berpandukan Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder.

Bagaimanapun, sekiranya anda memerlukan bantuan pemasangan antena luaran, caj pemasangan standard RM180 (termasuk antena) akan dikenakan. Bagi yang memerlukan bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena pula, caj minimum sebanyak RM50 akan dikenakan.

iDTV Smart TV




Myfreeview juga boleh dimiliki tanpa mendapatkan dekoder jenis DVB-T2. Dengan membeli televisyen yang sudah terdapat digital tuner (built-in) di dalamnya yang memiliki spesifikasi iDTV cuma perlu mendapatkan antenna indoor atau outdoor yang mampu mendapatkan siaran UHF. Selepas 2015 televisyen di Malaysia sudah dilengkapi dengan 

Built In Decoder.

Pertukaran Siaran Analog Kepada Digital




Bermula 2019 tiada lagi sistem penerimaan isyarat televisyen secara analog, semuanya akan berubah kepada digital.

Cara Setting Dekoder dan Smart TV




Kesimpulannya, bagi yang tiada smart tv yang sudah adalah 'built in' dekoder didalamnya boleh dapatkan UHF Aerial dan dekoder berasingan. Untuk mereka yang ada smart v, tidak memerlukan untuk pembelian dekoder.





Dimana Boleh Dapatkan Dekoder MyFreeview ?

Wakil Jualan

Wakil Jualan Dekoder dan Pemasangan Seluruh Negara KLIK SINI
Semak Senarai Kawasan liputan MyFreeview Seluruh Negara KLIK SINI

Kadang kadang 'dealer' sukar dihubungi, terdapat satu lagi cara sebagaimana dibawah.

Carian Sendiri

Bagi yang inginkan mendapatkan dekoder myfreeview sendiri boleh sahaja mendapatkannya di pengedar-pengedar dibawah, seperti:

1. Lazada Malaysia 
2. Seng Heng 
3. Samsung Malaysia
4. Qoo10 Malaysia

Dari gedung belian diatas mungkin ada yang tidak mahukan wayar-wayar yang serabut, boleh dapatkan terus televisyen baru yang dilengkapi 'built in' dekoder di dalamnya.
Smart TV

Panduan: Klik pautan diatas dan buat carian 'dekoder myfreeview' atau 'smart tv idtv'

Bagi lebih mudah boleh dapatkan dekoder myfreeview tv di lazada pada link ini : Myfreeview Tv Dekoder

Cara Untuk Menukar Siaran Analog Kepada Digital (MyFreeview)

Biar penulis fahamkan anda sekali lagi, jika anda sudah memiliki tv, jangan dibuang tv tersebut.

1. Bagi yang tidak bercadang untuk menukar tv baru (smart tv) dapatkan dekoder myfreeview dari mana-mana dealer dan belian online link di atas. Sudah miliki dekoder, gunakan tv sedia ada seperti sediakala, gunakan aerial yang sedia ada juga.

Dekoder mungkin percuma untuk penerima bantuan sara hidup (dahulunya BR1M) dan warga emas terpilih.

2. Bagi yang bercadang (ada rezeki lebih) menukar tv, carilah smart tv di pasasaran (link online di atas). Lihat spesifikasi tv berkenaan 'smart tv' dan sudah ada 'built in' dekoder di dalamnya. Bawa pulang sahaja smart tv tersebut terus sambungkan pada aerial dan sudah dapat siaran myfreeview

Semoga bermanfaat.

Anda fikir anda tahu Cara untuk Dapatkan Dekoder Siaran MyFreeview Seluruh Negara ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.