Header Ads

Mengapa Rakyat Malaysia Truly Asia Sangat Unik



1.Hujan

"Hah Sameon...ko lewat lagi hari ni..!?"
"Hujan lah bos..peh..abis kuyup basah ni.."

Di kawasan beriklim panas tropika seperti malaysia, hujan berjaya menjadi alasan paling tampan dan macho jika terlewat menghadiri sesuatu majlis.

2.Add On Lesen Coaching Bila Lahir Di Malaysia

"Ape la bangang si nazrin nawi ni asyik tendang bola ikut arah telur saja"-kata Usop
"Aah la..si Pablo Dollah ni patut gunakan formasi 5-7-3 baru betul"-sampuk Jarjit

Kredibiliti rakyat Malaysia dalam bidang kejurulatihan sukar dibendung lagi semua sukan power. FIFA patut keluarkan sijil kejurulatihan beserta surat beranak atau mykid selepas lahir.



3. Everybody can Bussines

"013XXXXXX call minah urut jiwa raga"
"019XXXXXX abang miang picit-picit"
"pondan terlampau 018XXXXXXX"


"Giler banyak no fon dalam tandas ni..dan macam hadiri seminar keusahawan pulak"-kata saleem ketika sedang melabur di sebuah rnr.

Kini para pengiklan sudah tidak diperlukan. Berikan sahaja mereka ni batang pokok, tiang elektrik, serta tempat paling sesuai untuk membuat iklan, tandas awam

4. Jalan Bapak Kau

"Apa baghal punya orang bawak keta macam LDP ni bapak kau punya"-herdik Abu Hurairah selepas keretanya dipotong laju marpojo

Kini semua ahli keluarga anda dapat memiliki jalan-jalan serta lebuhraya berhampiran kerana ramai orang yang akan memberi kepada bapak anda, mak anda serta datuk anda.

5. Cuti Peristiwa

"Hey bro, dah berapa skor ?"
"Ni dah match game satu lagi mata datuk misbun sidek juara maa.."
"waa bro, esok mesti cuti maa..cuti peristiwa maa.."

Inilah sebab mengapa ramai pendatang asing datang di Malaysia.Meskipun dua tiga orang sahaja atlit yang boleh dikatakan mampu mengharumkan nama negara tapi sambutannya agak memberangsangkan apa lagi, jika menang final kebarangkalian esok cuti adalah tinggi.

anda fikir anda tahu Mengapa Rakyat Malaysia Truly Asia Sangat Unik ?

anda fikir sekali lagi...

Assalamualaikum...

4 ulasan:

  1. Cuti peristiwa memang selalu ditunggu2 =)

    BalasPadam
  2. Memang truly asia sungguh kan,no telefon yang tertulis di tandas tu sangat annoying kadang-kadang bila baca..mengganggu mata

    BalasPadam
  3. Selalu jumpe no fon macam tu kat tandas awam terutamanya kat stesen minyak..

    BalasPadam
  4. Hahaha..kat Malaysia je ada benda macam ni. Oh My Malaysia, tanah tumpah darahku :)

    BalasPadam

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.