Blue Moon : Bila Bulan Bewarna Biru


Tajuknya seakan-akan lagu aidit dan arab zaman dulu-dulu. Jika dilihat dari perkataan orang putih, "blue moon" maka ramai yang berfikir pada jumaat ini akan berlaku bulan akan berwarna biru. Kebiasaannya warna bulan yang mendapat cahaya dari matahari ada kala bewarna putih jingga serta merah.Namun adakah pada 31 Julai 2015 atau Jumaat akan berlaku bulan bewarna biru ?

Kes 1:
"Blue Moon" yang dimaksudkan disini adalah di mana fenomena fasa bulan purnama yang berlaku dua kali dalam satu bulan gregory (masihi). Fenomena ini bukan sesuatu yang ganjil kerana bulan di langit mengorbit tepat 30 hari kitaran lengkapnya iaitu taqwin Hijrah bagi orang islam.Manakala jangkamasa sebulan bagi kalendar gregori atau masihi ini berbeza-beza, ada 30 hari, 31 hari, 28 hari malah terdapat juga 29 hari.

Pada suatu masa akan ada suatu masa di mana bulan akan berada pada fasa purnama sebanyak dua kali di dalam kalendar masihi.



Kes 2:
Bagi para pengkaji astrologi pula ape yang dimaksudkan dengan "blue moon" adalah berkaitan musim yang terdapat bagi negara yang mempunyai empat musim. Kebiasaannya setiap musim terjadi dalam masa tiga bulan, akan terdapat tiga kali bulan purnama dalam satu musim. Namun dalam istilah "astronomical seasons" ini akan ada empat kali fasa bulan purnama dalam satu musim. Fenomena empat kali purnama dalam satu musim inilah yang dipanggil "blue moon".



Mengapa di panggil "Blue Moon" ?

Al-kisahnya, seoarang peminat astronomi James Hugh Pruett telah menulis sebuah artikel dalam majalah Sky And Telescope pada tahun 1946 (errr… ni memang sebelum merdeka tau).

Dia tersilap faham dan mengatakan fasa bulan purnama yang kedua dalam satu-satu bulan kalendar, ialah Blue Moon.

Kesilapannya telah diperbetulkan kemudian, namun terlambat kerana ia dah tersebar ke seluruh dunia!

Arab ft Aidit - Bila Bulan Bewarna Biru

Mungkin ada relevannya juga lagu sedih arab dan aidit di dalam lagu "bila bulan bewarna biru", menggambarkan bahawa ala-ala pisang berbuah dua kali mungkin.

anda fikir anda tahu Blue Moon : Bila Bulan Bewarna Biru ?

anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum...



Catat Ulasan

0 Ulasan