Beberapa Kriteria Perlu Dibuktikan Penemuan Serpihan Sayap (Flap) Di Pulau La Reunion Dekat Madagaskar Milik Boeing 777 9M-MRO, MH370


Setelah penemuan yang di buat oleh pihak berkuasa tempatan mengenai serpihan pesawat, lebih terperinci lagi, serpihan sistem flaps pesawat, Xavier Tytelman 'yakin' bahawa itu adalah serpihan flaps sebuah boeing 777 lebih tepat lagi milik kepada pesawat malang 9M-MRO, flight MH 370 yang dikatakan lokasi terakhirnya adalah lautan Hindi. Xavier merupakan seorang pakar penyiasatan dan #Avgeek perancis dan bekas juruterbang tentera. Melalui beberapa gambar terdapat persamaan dari segi strukturnya.




Namun dari spesimen serpihan yang diperolehi para penyiasat MH 370 yang terlibat dalam forensik ini perlu meneliti beberapa elemen dari serpihan flap tersebut bagi membuktikan bahawa memang ia adalah milik Malaysia Airlines 9M-MRO. 




Apa yang Para Penyiasat MH370 Perlu Buktikan :
1. Memadankan nombor siri yang terdapat pada serpihan flap dengan yang terdapat di dalam manual 9M-MRO
2. Pastikan flap tersebut adalah milik Boeing 777 dari segi saiz atau dimensinya.
3. Membuat pemetaan lokasi terakhir pesawat MH 370 dan sesuaikan dengan arah arus lautan hindi.Paten arus laut lautan Hindi
4. Analisis struktur bahan dan 'strength of material' pada serpihan tersebut supaya dapat mempastikan durasi serpihan itu berada di dalam air laut.




Kita tidak boleh menolak kemungkinan serpihan flap itu milik pesawat malang MH 370 kerana majoriti pesawat komersial diperbuat dari aluminium termasuklah bahagian sayap lebih tepat lagi flap yang ditemui pekerja pembersihan pantai Pulau Reunion dekat Madagaskar.

anda fikir anda tahu Beberapa Kriteria Perlu Dibuktikan Penemuan Serpihan Sayap (Flap) Di Pulau La Reunion Dekat Madagaskar Milik Boeing 777 9M-MRO, MH370 ?

anda fikir sekali lagi...

Assalamualaikum...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...