Header Ads

Cara dan Teknik Belajar Berenang yang Murah dan Mudah


"Panduan Belajar Berenang"

Jika ditanya setiap orang yang ditemui mesti ada yang akan menjawab tak tahu jika soalannya adalah 'pandai berenang tak ?'


Panduan Belajar Berenang Mudah dan Murah
Panduan Belajar Berenang Mudah
Memang nampak tidak begitu penting jika dilihat sekali pandang, namun pandai berenang antara kemahiran ikhtiar hidup yang sepatutnya menjadi kewajipan setiap manusia bernyawa.


Bercuti tapi Tidak Pandai Berenang

kemalangan membabitkan lemas kerana tidak tahu berenang banyak berlaku. Tidak kiralah musim tengkujuh atau tidak, kita sebenarnya sentiasa terdedah dengan bahaya lemas dalam air. Misalnya, bagi mereka yang sering bercuti di pulau atau pesisir pantai. Kemahiran berenang amat perlu. Selain menyelamatkan diri mungkin kita boleh menjadi penyelamat keluarga, saudara mara atau rakan yang mungkin terdedah dengan bahaya lemas.

kebanyakkan tempat rekreasi dan riadah yang popular semestinya kawasan yang ada sumber air. Sebagai contoh, air terjun atau jeram.

Kawasan Riadah Banyak Memerlukan Skill Berenang

Di Malaysia, banyak kawasan riadah dengan air terjun dan pantai. Datang ke kawasan sebegini, pasti akan terdetik ingin mandi dengan jiwa yang tenang dan hindar dari kerisauan jika lemas kerana tidak tahu berenang.

Oleh itu, berenang adalah satu kemahiran sepatutnya diajar di sekolah sebagai satu matapelajaran. Sebelum adanya matapelajaran sedemikian kelak, ada baiknya kita cari inisiatif sendiri untuk belajar berenang.

Teknik Berenang yang Mudah Difahami

Disini penulis ingin kongsikan satu panduan dan teknik berenang yang betul. Memang banyak kelas-kelas berenang yang ada namun adakah ia sesuai dengan anda ? Kita manusia dilahirkan dengan variasi karakter dan sifat berlainan, itulah kekuasaan Allah.

Bukan semua orang boleh tangkap atau memahami sesuatu dengan mudah dengan satu teknik dan cara sahaja. Begitu juga dengan belajar berenang. Kena dengan teknik dan pemahaman kita, insha-Allah senang untuk kita faham teorinya dan seterusnya mudah ketika dipraktikan nanti.


How to Swim | Pierotonin.com
Disini penulis ingin syorkan kepada sesiapa yang betul-betul mahu menaiktarafkan kemahiran mereka dengan menambah satu lagi kemahiran iaitu berenang dengan mudah.
Anda boleh dapatkan e-book yang hanya berharga RM20 ini untuk mendapatkan teknik belajar berenang yang betul.

Berenang sebenarnya bukan semata-mata ketika kecemasan atau berada dalam air semata-mata, lihat beberapa kelebihan jika anda sudah mahir berenang apa yang anda akan dapat darinya

Kelebihan Pandai Berenang

Sememangnya terdapat banyak kelebihan jika anda pandai berenang. Disini, saya senaraikan beberapa kelebihan berenang yang perlu anda ketahui, antaranya:-


  • Berenang merupakan satu aktiviti senaman yang tidak menggunakan kekerasan. Tambahan pula, seluruh badan anda disokong oleh air semasa anda menjalankan aktiviti ini. Kebaikannya, tiada tekanan kuat yang menekan sendi-sendi tulang anda berbanding membuat senaman di atas darat.
  • Semasa anda menjalankan aktiviti renang, hampir keseluruhan otot utama, jantung dan paru-paru anda akan berkerja. Perkara ini boleh membuatkan tubuh badan anda akan merasa lebih segar, ringan dan berstamina setelah anda keluar daripada air.
  • Aktiviti renang dapat membakar kalori tubuh badan anda. Ini kerana, semasa berenang, tubuh badan anda akan merasa lebih berat untuk bergerak di dalam air. Apabila anda berusaha untuk bergerak, tenaga yang diperlukan oleh anda juga tinggi sehingga pergerakan anda itu dapat membakar 24% kalori yang wujud dalam tubuh anda. Disebabkan itulah, kebanyakan doktor di Malaysia menyarankan pesakit obesiti menjalankan aktiviti ini agar mereka dapat menurunkan berat badan yang dimiliki.
  • Aktiviti renang memerlukan anda mengamalkan bentuk postur badan yang betul. Apabila anda berdisplin dalam hal ini, aktiviti ini boleh membina kekuatan dan ketahanan otot-otot badan anda. Disamping itu juga, ia dapat melentur dan menghasilkan tubuh badan yang menarik buat anda.
  • Aktiviti renang mampu memberikan anda ketenangan dan mengurangkan keadaan stress yang wujud dalam diri anda. Apabila anda tenang dan tidak stress, keadaan jantung anda akan menjadi normal. Perkara ini mampu membantu anda dalam mengurangkan risiko daripada terkena pelbagai penyakit yang berprofail tinggi seperti sakit jantung.
  • Aktiviti renang adalah senaman dan sukan yang paling sihat dan selamat daripada risiko mendapat kecederaan. Ini kerana, aktiviti ini tidak melibatkan perbuatan yang aggresif seperti bermain permainan di darat. Contohnya: Futsal.
  • Aktiviti renang mampu melahirkan insan yang tenang, berani dan tidak panik semasa menghadapi saat kecemasan ketika berada dalam air. Ini kerana, apabila seseorang itu pandai berenang, sudah tentu insan yang berkenaan mampu berfikiran dengan lebih rasional dan tahu apakah tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan situasi kecemasan yang dihadapi.


Harga yang cukup murah, jika dibandingkan dengan maklumat dan isi yang boleh menyelamatkan nyawa kita atau orang sekeliling kita apabila 'terpaksa' atau memang berada dalam air.

Kita tidak tahu masa depan kita, cuba bayangkan anda mengelak penghadang jalan di jalan raya, kereta anda terbabas dan terjatuh ke dalam tali air atau parit. Anda memang tahap McGyver apabila mampu keluar dari kenderaan namun anda tidak tahu berenang.

Apa kesudahannya ? Tetap satu musibah. Contoh kes sebegini adalah satu contoh keperluan pandai berenang.

Teknik Sama Dengan Kelas Berenang

Daripada anda habiskan RM20 untuk membeli rokok yang sememangnya sudah diketahui tiada eloknya. Apa kata anda gunakan RM 20 ini sebaiknya dengan membeli e-book belajar berenang ini.

Cukup murah berbanding memerlukan anda pergi ke kelas berenang. Jika anda mendaftar ke kelas renang. Anda akan dapati, isi kandungan ebook ini merangkumi info dari sesi pertama hinggalah kepada sesi yang ke-8 apabila anda belajar berenang di kelas renang tersebut. Ini bermakna, ebook ini bernilai RM160, iaitu bersamaan dengan 8 sesi kelas renang.

Matematik mudah, mana lagi jimat RM 20 atau RM 160. Dengan 'syllabus' dan teknik yang sama.

"Senang kata, ia adalah kelas berenang yang telah dibukukan dengan harga RM 20"

Dalam e-book ini disertakan teknik mudah untuk anda fahami secara teori sebelum dipraktikan di kolam renang belajar nanti. Jika ayat panjang-panjang memang otak kita akan terus 'jammed', usah risau segala maklumat disertakan dengan gambarajah untuk memudahkan anda mengingatinya.

E-book ini ditulis sendiri oleh pakar renang atau professional swimming instructor sendiri iaitu tuan Mohd Bazli Johor.


Tuan Mohd Bazli Johor  Swimming Instructor
Tuan Mohd Bazli Johor | Swimming Instructor

E-book ini adalah dalam bentuk .pdf dimana cukup mudah untuk dibaca dimana sahaja anda berada.

Jika berminat dan ingin menambahkan satu lagi skill ikhtiar hidup menjadi seorang yang mahir berenang, boleh dapatkan e-book belajar berenang ini dengan klik pada gambar di bawah.



Anda fikir anda tahu Teknik Belajar Berenang yang Murah dan Mudah ?


Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.