Header Ads

Kawal Panggilan Masuk atau Mesej Tak Dikenali Dengan Aplikasi Truecaller


"Truecaller Aps"

Zaman teknologi canggih di mana telefon bimbit adalah gajet yang diperlukan manusia.
Kehadiran data plan dan internet mudah alih adalah 'aura' yang lain dalam menjadikan handphone cukup penting masakini.

Truecaller Aps Download
Truecaller Aps Download

Jika dahulu di zaman penulis masih di Kolej Matrikulasi (lebih tepat Kolej MARA Kulim) di mana zaman penulis mula-mula memiliki telefon bimbit. Nokia 2300 adalah telefon bimbit pertama penulis, yang memiliki ringtone yang agak 'latest' bagi zaman tersebut, rongtone polyphonic.


Dari segi data internet, zaman itu masih zaman gua bukan seperti sekarang. Mana-mana syarikat telekomunikasi berebut memberikan pilihan untuk berinternet dengan bebas. Bebas berinternet, kebebasan inilah yang menjadikan risiko untuk pengguna internet mudah alih dan sistem komunikasi masa kini terdedah dengan risiko 'scammer'.

Feature Dalam Aplikasi Truecaller
Feature Dalam Aplikasi Truecaller
Mungkin anda pernah mendapat panggilan atau sms yang tidak dikenali. Sukar untuk kita ketahui jika sesuatu panggilan yang masuk adalah dari famili atau rakan yang baharu menukar nombor telefon

Jika nombor telefon dari famili atau rakan itu tidak mengapa.

Gangguan Nombor Tidak Di Kenali

Bagaimana ia nombor dari 'scammer' dan 'spammer' ?

Contoh Panggilan Spam dari Bank
Contoh Panggilan Spam dari Bank
Sedang enak-enak bekerja atau sedang melakukan aktiviti yang digemari anda, datang panggilan dari nombor yang tak dikenali, berkali-kali. Jika sekali sahaja boleh lagi kita berprasangka itu salah nombor, tetapi nombor yang keluar adalah nombor pejabat di mana bukan nombor peribadi.

Lebih kurang menyenangkan ia adalah dari mereka yang menjual insurans ataupun dari promosi kad kredit. Seumpama kita membeli barangan di kedai, pekedai sentiasa mengikuti dan menghulurkan barangan seperti setin ikan sardin atau sebuku roti ke muka kita untuk supaya kita membelinya.

Terdapat satu aplikasi untuk menghindarkan anda dari mengangkat dan terpaksa memaki hamun promoter walaupun setelah berkata tidak mahu.

True Caller apps yang boleh dimuat naik secara percuma melalui aps store atau google play. Satu aplikasi untuk menghindari anda dari menjawab panggilan yang tak sepatutnya, nombor yang tidak di simpan dalam telefon bimbit anda.

Database Info Dari Pengguna

Boleh dikatakan 'truecaller' adalah satu database yang menggunakan maklumat dari pengguna aplikasi ini yang lain.

Apabila pihak promoter insurans atau kad kredit cuba menjadi spam panggilan di telefon bimbit anda, apps true caller akan memberikan maklumat kepada anda bahawa ia dari spam, scammer atau dari mana panggilan itu dibuat. Maklumat ini adalah hasil dari mereka yang turut menggunakan aplikasi ini dengan memberikan maklumat kepada database true caller.

Carian Pemilik Nombor Tidak Di Kenali

Jika dahulu penulis akan cuba meletakkan nombor yang tak dikenali pada kotak 'google search', dengan aplikasi True caller masa dijimatkan untuk anda melakukan sedemikian untuk mengetahui siapakah yang menghubungi anda. Dalam aplikasi ini juga anda boleh menghalang atau 'block' nombor spam tersebut dan apabila nombor yang disenaraikan untuk dihalang oleh anda, secara automatik truecaller tidak akan meneruskan nombor tersebut didengari anda.

Aplikasi sebegini perlu bagi mereka yang sering berada dalam mesyuarat atau berada di tempat yang tidak memungkinkan untuk menjawab panggilan.

Kawalan Panggilan dan Mesej Spam atau Scam

Mungkin masih ada yang ingin kisah biri-biri dan musang, seekor biri-biri yang menipu tentang ancaman musang, akhirnya kepercayaan terhadap biri-biri tersebut hilang. Begitu juga apabila kita sering menerima panggilan tidak penting ini, lama kelamaan minda kita akan sudah bosan dengan panggilan spam, sehinggakan kita gagal untuk menafsir yang mana panggilan penting dan panggilan spam dan scam.

Pengguna Boleh Kawal Panggilan
Pengguna Boleh Kawal Panggilan 
Namun, satu sahaja panggilan yang amat penting panggilan azan untuk menunaikan solat.

Dari aspek kehidupan seharian, aplikasi ture caller boleh membantu pengguna telefon bimbit menyaring sesuatu yang tidak disukai dengan apa yang diperlukan untuk dijawab panggilan tersebut.

Oh, tidak lupa juga aplikasi ini juga menyaring mana-mana sms yang memasuki peti surat (inbox) telefon anda.

Anda fikir anda tahu Kawal Panggilan Masuk Tak Dikenali Dengan Aplikasi Truecaller ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.