Header Ads

Tips Pemilihan Saiz Kekili Pancing yang Sesuai Dengan Tali Pancing

"Tips Pilih Mesin Pancing"

Memancing adalah satu hobi. Selain hobi memancing juga menjadi salah satu cara untuk menangkap ikan untuk mencari rezeki.

Bagi pemancing atau angler berpengalaman pemilihan mesin pancing atau 'reel' tidak menjadi masalah kerana pengalaman mengarau ikan sudah ada dalam kepala. Saiz seperti 2000, 3000, 4000 saiz mesin pancing kebanyakkan bukan menjadi isu pada otai angler. Namun, pemilihan saiz mesin pancing akan menjadi keutamaan bagi beginner yang baru sahaja ingin menjadikan sukan pancing atau hobi memancing sebagai satu ruang mengisi masa lapang.

Tips Pilih Saiz Kekili Pancing
Saiz Kekili Pancing
Mana tahu dalam sukan SEA atau sukan Olimpik terdapat satu acara dalam kategori akuatik iaitu Acara Memancing. Mungkin.

Apakah Saiz Mesin Pancing (Reel) ?

Biasanya apabila ingin memiliki kekili atau mesin pancing, pemancing akan melihat pada angka seperti 1000, 2000, 3000, 20, 25, atau 30 dan sebagainya, sebagai kategori dalam menentukan saiz kekili.

Sebenarnya setelah diperhatikan dan dikaji saiz yang ditulis pada kekili bergantung kepada pengeluar kekili tersebut. Tiada sebarang peraturan atau formula untuk menentukan saiz kekili yang dibeli. Namun, secara teorinya nombor-nombor ini boleh digunakan sebagai panduan, semakin besar nilai nombornya semakin besar saiz kekili tersebut.

Dua jenis cara ditulis pada kekili sama ada dalam tulisan ribu atau puluh sebagai contoh 2500 juga ditaip sebagai 25. Senang kata lihat pada jenama yang sama dan dalam kategori nombor saiz yang berbeza maka berbezalah saiznya.

Bagaimana untuk Memilih Kekili (Reel) yang Sesuai ?

Terdapat forum dan laman blog pemancing yang telah mengelaskan saiz kekili dengan hasil yang akan ditangkap dan kesesuaian dengan saiz tali tangsi atau benang yang sesuai.
Kebanyakkan otai-otai pancing ini menggunakan pengalaman dan percubaan untuk mendapatkan hasil. Tidak hairan kalau pemancing tegar memiliki lebih dari lima set pancing seorang, setiap set menjadi alat eksperimen yang penting.

Kekili atau mesin pancing ini dikelaskan kepada tiga kategori kecil, sederhana dan besar. Setiap kategori diberikan 'cadangan' dan panduan untuk setiap saiz benang/tangsi dan tidak semestinya wajib menggunakan info ini sekadar cadangan dari pengalaman otai-otai pancing.

Section 1: Kekili Saiz Kecil

Saiz Kekili (2000 atau 20)

  • Cadangan saiz Tali Jenis Mono: 2kg-3kg (4-6lb)
  • Cadangan saiz Tali Jenis Braid: 5-10lb
  • Kebiasaan Tempat Pancing yang Digunakan: Kawasan pancingan ringan seperti tasik, kolam, lombong, teluk, sungai dan sebagainya.
  • Jenis Tangkapan (Ikan yang biasa dinaikkan): Lampam Kecil, Peacock Bass Kecil, Sebarau Kecil, Ikan Sungai Sederhana Kecil....
  • Pemilihan Batang Pancing (Rod): Bergantung kepada pemancing dan kebiasaan panjang pancing adalah 6-7 kaki dengan rating line class untuk 2-5kg.

Saiz Kekili (3000 atau 30)

  • Cadangan saiz Tali Jenis Mono: 3kg-5kg (6-10lb)
  • Cadangan saiz Tali Jenis Braid: 6-14lb
  • Kebiasaan Tempat Pancing yang Digunakan: Kawasan pancingan ringan seperti tasik, kolam, lombong, teluk, sungai dan sebagainya.
  • Jenis Tangkapan (Ikan yang biasa dinaikkan): Lampam Kecil, Peacock Bass Kecil, Sebarau Kecil, Ikan Sungai Sederhana Kecil.....
  • Pemilihan Batang Pancing (Rod): Bergantung kepada pemancing dan kebiasaan panjang pancing adalah 6-7 kaki dengan rating line untuk 2-5kg. Mungkin turut sesuai untuk 9-10 kaki rating line 4kg.

Saiz Kekili (35/350/3500)

  • Cadangan saiz Tali Jenis Mono: 3kg-5kg (6-10lb)
  • Cadangan saiz Tali Jenis Braid: 6-14lb
  • Kebiasaan Tempat Pancing yang Digunakan: Kawasan pancingan ringan seperti tasik, kolam, lombong, teluk, sungai dan sebagainya.
  • Jenis Tangkapan (Ikan yang biasa dinaikkan): Lampam Kecil, Peacock Bass Kecil, Sebarau Kecil, Ikan Sungai Sederhana Kecil....
  • Pemilihan Batang Pancing (Rod): Bergantung kepada pemancing dan kebiasaan panjang pancing adalah 6-7 kaki dengan rating line untuk 2-5kg. Mungkin turut sesuai untuk 10 kaki rating line 4kg.

Section 2: Kekili Saiz Sederhana

Saiz Kekili (4000 atau 40)

  • Cadangan saiz Tali Jenis Mono: 4kg-6kg (8-12lb)
  • Cadangan saiz Tali Jenis Braid: 8-20lb
  • Kebiasaan Tempat Pancing yang Digunakan: Kawasan pancingan ringan seperti tasik, kolam, lombong, teluk, sungai, boat fishing yang kecil dan sebagainya.
  • Jenis Tangkapan (Ikan yang biasa dinaikkan): Ikan sungai/muara/laut yang bersaiz sederhana, Lampam Sederhana, Patin Sederhana, Peacock Bass, Ikan Ubi....
  • Pemilihan Batang Pancing (Rod): Bergantung kepada pemancing dan kebiasaan panjang pancing adalah 6-7 kaki dengan rating line untuk 2-5kg. Mungkin turut sesuai untuk 9-10 kaki rating line 4kg.

Saiz Kekili (45/450/4500)

  • Cadangan saiz Tali Jenis Mono: 4kg-6kg (8-12lb)
  • Cadangan saiz Tali Jenis Braid: 8-20lb
  • Kebiasaan Tempat Pancing yang Digunakan: Kawasan pancingan ringan seperti tasik, kolam, lombong, teluk, sungai, boat fishing yang kecil dan sebagainya.
  • Jenis Tangkapan (Ikan yang biasa dinaikkan): Ikan sungai/muara/laut yang bersaiz sederhana, Lampam Sederhana, Patin Sederhana, Peacock Bass, Ikan Ubi....
  • Pemilihan Batang Pancing (Rod): Bergantung kepada pemancing dan kebiasaan panjang pancing adalah 6-8 kaki dengan rating line untuk 4-10kg. Sesuai juga untuk 10-11 kaki dengan rating line sehingga 6kg ataupun dengan batang pancing 8-9 kaki.

Saiz Kekili (5000 atau 50)

  • Cadangan saiz Tali Jenis Mono: 5kg-7kg (10-14lb)
  • Cadangan saiz Tali Jenis Braid: 10-25lb
  • Kebiasaan Tempat Pancing yang Digunakan: Kawasan pancingan ringan seperti tasik, kolam, lombong, teluk, sungai, boat fishing yang kecil dan sebagainya.
  • Jenis Tangkapan (Ikan yang biasa dinaikkan): Ikan sungai/muara/laut yang bersaiz sederhana, Lampam Sederhana, Patin Sederhana, Peacock Bass, Ikan Ubi....
  • Pemilihan Batang Pancing (Rod): Bergantung kepada pemancing dan kebiasaan panjang pancing adalah 6-7 kaki dengan rating line untuk 10kg. Sesuai juga untuk 10-11 kaki dengan rating line sehingga 6kg ataupun dengan batang pancing 8-9 kaki.

Saiz Kekili (55/550/5500)

Section 2: Kekili Saiz Besar

Saiz Kekili (6000 atau 60)

  • Cadangan saiz Tali Jenis Mono: 6kg-8kg (12-16lb)
  • Cadangan saiz Tali Jenis Braid: 12-30lb
  • Kebiasaan Tempat Pancing yang Digunakan: Kawasan pancingan jenis berat biasanya atas bot pancing di tasik atau laut, tepian pantai atau kawasan berbatu dan ombak besar.
  • Jenis Tangkapan (Ikan yang biasa dinaikkan): Ikan yang agresif sifatnya, ikan di lautan dengan teknik jigging.....
  • Pemilihan Batang Pancing (Rod): Bergantung kepada pemancing dan kebiasaan panjang pancing adalah 5-8 kaki dengan rating line untuk 10kg. Sesuai juga untuk 8-9 kaki dengan rating line 6-15kg.

Saiz Kekili (65/650/6500)

Jenis saiz kekili yang disenaraikan di tas adalah cadangan dan bukan tertakluk kepada berat dan kawasan ikan yang akan dipancing. Pemilihan batang pancing juga tidak semestinya disenaraikan di atas bergantung kepada situasi dan pandangan otai pancing atau guru anda. Sebaiknya ikut pak cik pak cik atau unkel-unkel yang sememangnya arif tentang lubuk dan peralatan dan cara mengikat benang. Saiz yang diterangkan di atas sekadar pandangan angler luar dengan pengalaman yang ada.

Sebagaimana penulis, jika ingin memancing penulis akan mengikut pakcik-pakcik yang selalu ke kawasan terbabit dan jangan segan untuk bertanya angler yang sudah biasa dengan tempat berkenaan. Saiz kekili boleh menjangkau sehingga saiz 30,000 dan mungkin saiz inilah yang selalu digunakan oleh Jeremy dalam River Monsters.

Anda fikir anda tahu Tips Pemilihan Saiz Kekili Pancing yang Sesuai Dengan Tali Pancing ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.