Header Ads

Mee Kari, Mee Jawa Popular Sijangkang Kedai Makan Barakah


"Mee Kari Jawa"

Mee bukan lagi makanan ruji bangsa cina, korea mahupun jepun. Mee sudah banyak masuk ke dunia masakan melayu. Pelbagai jenis mee sudah memasuki buku-buku resepi masakan melayu mahupun india. Jika kita bertanya kepada kawan-kawan kita yang berbangsa tionghua, mi bermaksud 'beras'. Mee yang kita sering pinta dari mee sup atau mee goreng mamak berasal dari beras.

Mee Kari Kedai Makan Barakah Sijangkang Enak
Mee Kari Kedai Makan Barakah
Mee kuning merupakan bahan asas dalam penyediaan mee masakan tukang masak melayu dan india. 



Salah satu gabungan menarik mee adalah dengan kari, Mee Kari. Kuah berlemak yang datangnya dari santan dan disebatikan dengan adunan serbuk kari yang sama-sama digaul dalam periuk yang mendidih. Bagi memberikan lagi keenakan mee dan kari dimasukkan dengan ayam atau daging sebagai lauk. Kelembutan daging ayam dalam kari dan kekenyalan mee yang tidak pahit kerana dibasuh teliti kapurnya boleh dinikmati di sebuah kedai makan yang cukup tersohor oleh penggemar mee kari tempatan.

Mee Kari Ayam Sedap
Mee Kari Ayam
Mee Kari Kedai Makan Barakah.

Restoren yang terletak di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang memang antara kedai makan pilihan penggemar mee disekitar Klang dan banting. Dibuka setiap hari kecuali hari khamis, restoren yang terletak di tepi jalan Klang-Banting sentiasa dipenuhi pelanggan. Kebanyakan pelanggan bukan mereka yang mahu mencuba masakan di gerai ini tetapi kebanyakan adalah 'regular customer'.

Mee kari bukanlah satu sahaja menu yang terdapat di restoren ini. Mee jawa atau mee rebus juga salah satu kegemaran pelanggan di kedai makan ini. Tidak lupa kepada peminat mee laksa, pasti akan mencuba mee laksa yang juga terdapat dalam menu masakan mee kedai makan ini.

Mee Rebus atau Mee Jawa
Mee Rebus atau Mee Jawa
Kedai yang berkonsepkan warung makan ini terletak dihadapan pintu masuk untuk ke Taman Sijangkang Jaya. Setiap hari bila beroperasi kedai makan Warung Barakah tidak pernah kosong tanpa pelanggan.

Malahan turut menjadi singgahan abang-abang lori yang dalam perjalanan dari Klang-Banting atau sebaliknya. Waktu pulang kerja antara jam 5 dan ke atas boleh dikatakan waktu puncak populasi pelanggan di gerai ini. 

Selain hidangan mee, turut mendapat tempat di hati pelanggan adalah nasi lemak kukusnya. Gerai berupa segmen kecil dihujung warung menempatkan dua lagi menu lain, nasi lemak kukus dan sate. Nasi lemak kukus warung ini cukup lengkap dengan suku belahan telur rebus, sayur kangkung dan sambal.

Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Pedas
Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng
Sambal nasi lemaknya adalah paling menarik, pedas yang menjadi ketagihan. sambal yang merah kehitaman cukup pedas, namun pedas yang menarik selera apabila dicubanya sekali. Nasinya juga cukup lemak, enak dan wangi, cukup sedap meskipun dimakan begitu sahaja tanpa lauk. Ayam goreng, paru, sambal sotong 'tiub' dan telur mata merupakan lauk tambahan kepada nasi lemak kukus ini.

Disebelah kepada bahagian penyediaan nasi lemak, terdapat tempat membakar sate. Dua jenis sate yang disediakan adalah ayam dan daging. Keistimewaan pada hidangan sate disini adalah kuah kacangnya. Cukup pekat dan kena dengan daging ayam dan daging lembu yang dibakar garing.

Kuahnya yang diletakkan beberapa rempah ratus menambahkan lagi selera apabila dimakan bersama daging sate, bawang dan timun yang turut dihidangkan di dalam pinggan hidangan.
Sate Daging Ayam dan Kuah
Sate Daging Ayam dan Kuah
Harga bagi makanan di Kedai Makan Barakah Sijangkang:

  • Mee Kari RM4
  • Mee Jawa RM4
  • Mee Laksa RM4
  • Nasi Lemak Kukus RM3 + Ayam goreng atau paru atau sambal sotong atau telur mata RM4
  • Sate Daging RM0.90/cucuk
  • Sate Daging Rm0.80/Cucuk


(Harga tertakluk kepada semasa)

Kedai Makan Barakah Sijangkang
Kedai Makan Barakah Sijangkang
Selain menu makanan yang disebutkan terdapat juga western food seperti chicken chop dan lamb chop. Akan tetapi tiada sebarang masakan panas disediakan. Nasi goreng, paprik atau tom yam gagal berada dalam senarai menu untuk kedai makan ini.

Anda fikir anda tahu Mee Kari, Mee Jawa Sedap Sijangkang Kedai Makan Barakah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.