Header Ads

Kloraxin Ubat Sakit Mata untuk Kucing yang Mujarab

"Ubat Sakit Mata Meow"

Kucing merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. Ada sahabat Nabi yang digelar Abu Hurairah yang membawa maksud 'bapa kucing' kerana sayangnya sahabat nabi ini dengan haiwan yang menjadikan 'meow' sebagai bahasa. Menjadi fitrah dan lumrah bagi manusia untuk memiliki hobi atau kesukaan. Suka melihat telatah dan sifat manja kucing maka seseorang akan menjadikan kucing sebagai teman dan kawan sepermainan.

Ubat Sakit Mata Kucing dan Anjing Kloraxin Mujarab
Ubat Sakit Mata Kucing
Apabila sudah bergelar seorang pembela kucing, sifat tanggungjawab secara automatik akan muncul. Bukan sekadar digunakan ketika ingin bermain sebagaimana mainan robot atau kereta hotwheels, kucing adalah makhluk yang bernyawa. Selain memberi makan dan minum mencukupi, penjagaan kesihatan cukup penting.



Virus dan bakteria meskipun kecil, mereka perkasa. Mampu bermutasi dan menukar bentuk tanpa rasa susah. Virus dan kucing bukanlah kawan yang rapat, meskipun kucing dikurniakan sifat pembersih dan dilengkapi dengan lidah yang berfungsi sebagai 'cleaner' bulu namun kawasan seperti mata kucing mungkin terdedah dengan virus yang telah diciptakan untuk berada pada bahagian terbabit.

Seharian keluar bekerja bagi yang bekerja mengurangkan masa dalam memberi perhatian kepada kucing tersayang. Ketika inilah kita tidak tahu apa yang dihidu, dimakan dan ditemukan oleh kucing kita. Pelbagai penyebab kucing mendapat sakit mata selain dari virus. Infeksi oleh cacing mata, konjungtivitis, Nasolacrimal occlusion (penyumbatan salur air mata) dan pengaliran air dalam mata berlebihan adalah punca main kucing mendapat gejala sakit mata.

Kesian melihat kucing yang sukar untuk bermain dan sudah kurang aktif sebagaimana kucing normal lain. Mata berair, dan penuh dengan tahi mata adalah antara gejala sakit mata yang membataskan penglihatan kucing. Anak kucing yang kurang daya imunnya banyak terdedah kepada penyakit mata.

Sebagaimana kucing penulis sendiri yang baharu sahaja berumur beberapa bulan, sifat aktif dan ingin tahu (curiousity) anak kucing ini sungguh luar biasa. Segala benda yang bergerak dan yang dapat menarik perhatiannya ingin diusik. Pada satu ketika, apabila sedang berehat-rehat penulis melihat anak kucing yang agak aktif dan berdaya saing sudah mula menunjukkan tanda-tanda mengamalami masalah seorang (kalau manusia) yang banyak berhutang.

Selain dari sering mengosok-gosok bahagian mata. Memang sah lagi tanpa was-was anak kucing yang berbelang hitam kelabu ini dijangkiti virus dan kuman penyebab sakit mata.

Memandangkan terdapat beberapa ekor kucing lain, dikhuatiri virus sakit mata akan mula berpindah kawasan ke mata kucing yang lain. Penulis mula mencari ikhtiar dengan melakukan lawatan di sebuah kedai makanan dan penjagaan kucing di Jalan Kebun Barat, Shah Alam. Tempat ni merupakan kedai yang menjual pelbagai barangan dan makanan kucing di sekitar jalan kebun. Setelah bertanyakan kepada penjual yang sedang bertugas, dia terus memberikan satu ubat berbentuk cecair yang menyerupai ubat gigi. Dengan bayaran RM15 untuk ubat mata yang hanya panjangnya bersaiz satu jari maka penulis pulang dengan harapan anak kucing dirumah kembali ceria.

Bentuk Ubat Mata Kucing Kloraxin
Bentuk Ubat Mata
Ubat yang diberikan nama Kloraxin ini luarannya berbentuk seperti kapsul ubat gigi. Di dalam kapsul ini terdapat cecair yang jernih dan tidak begitu cair kondisinya. Jika dilihat Kloraxin ni memang diperakui oleh pakar-pakar haiwan belaan. Kloraxin boleh dijadikan rawatan pertama jika haiwan belaan seperti kucing dan anjing jika didapati ada tanda-tanda sakit mata nak terjadi.

Dengan berbekalkan bismillah, terus dipicit ubat tersebut dan diletakkan pada mata anak kucing yang terkena jangkitan virus sakit mata. Biarkan kucing berkelip dan ubat yang separa pepejal tersebut terus menyelaputi mata anak kucing yang sudah berkelip tadi.

Kloraxin Description Eye Ointment For Cats and Dogs
Kloraxin Description
Selang beberapa hari, dengan izin Allah, anak kucing belang tersebut mula kembali normal dengan penglihatan mula normal. Tiada sebarang tahi mata dikesan yang menganggu penglihatan anak kucing terbabit.

Anda fikir anda tahu Kloraxin Ubat Sakit Mata untuk Kucing yang Mujarab ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.