Pesawat Pejuang Hawk Milik Royal Malaysian Air Force (RMAF) Berpangkalan Di Kuantan, Labuan & Butterworth


"BAE Hawk"

Pesawat pejuang hawk mula melakukan 'maiden flight' (penerbangan sulung) pada 1974. Pesawat Hawk dibuat dan dikeluarkan oleh BAE Systems Inc. iaitu buatan Britain. Pesawat pejuang yang bersaiz kecil dikalangan pesawat pejuang yang ada menjadi pesawat latihan dan rutin yang 'simple'.


Jet Pejuang Hawk 108 & 208 : ainonline.com image

Malah pesawat ini menjadi kebanggan Britain itu sendiri apabila pasukan akrobatik udara, Red Arrows menggunakan pesawat jenis ini sebagai pesawat akrobatik mereka. Pesawat Hawk dilengkapi dengan satu enjin turbofan yang memerlukan dua orang pengendali. Pesawat Hawk begitu popular dari awal pengenalannya yang menjadikan pelbagai jenis pesawat ini dikeluarkan oleh BAE sehingga hari ini.


Royal Malaysian Air Force (RMAF) tidak terkecuali. Menjadik pesawat Hawk sebagai pesawat latihan kepada juruterbang-juruterbang sebelum berpindah pada type pesawat pejuang yang lebih 'sophisticated'. RMAF merupakan antara 18 negara yang menggunakan pesawat hawk sehingga kini dan memilki 18 buah pesawat ini antara 900 buah pesawat Hawk yang dikeluarkan BAE Systems.

RMAF mula menggunakan khidmat pesawat Hawk pada 1996 dan merupakan pesawat latihan lanjutan dan pesawat pejuang ringan yang boleh ditugaskan sebagai pesawat bantuan rapat udara.

No.15 Squadron Butterworth, No.6 Squadron Labuan merupakan dua squadron yang menggunakan pesawat Hawk jenis Mk. 108 dan Mk. 208s. Pesawat Hawk Mk. 108s adalah jenis hawk double-seated light multi-role fighter manakala pesawat Hawk Mk. 208 merupakan pesawat latihan bagi 'advanced weapon'.

Pesawat Hawk pernah ditugaskan dalam siri operasi Ops Daulat, 5 buah Hawk 208 digandingkan bersama 2 pesawat pejuang F/A-18D Hornet melakukan serangan udara keatas perkubuan insurgen sebelum digempur pasukan darat tentera Malaysia.

Tentera udara Malaysia menjadikan Hawk 108s sebagai pesawat latihan berbanding pesawat Hawk 208s sebagai pesawat 'combat'.

Pada 2017, persetujuan antara BAE dan Airod telah dijalankan untuk membaikpulih pesawat Hawk milik RMAF. Antara 'upgrade' yang dicadangkan pada Hawk adalah radar warning receiver, electronic countermeasures dan satu digital video recorder. Perjanjian ini telah ditandatangani ketika berlangsungnya acara LIMA2017 di Langkawi. Sehingga artikel ini ditaip, RMAF memiliki enam Hawk jenis 108s dan 12 Hawk jenis 208s.

Pada 2016, tentera udara Malaysia telah memberikan tugasan kepada No.6 Squadron di Pengkalan Tentera Udara Kuantan kepada Pengkalan Tentera Udara Labuan. Pemindahan ini berlaku kerana operasi Ops Daulat yang dicetuskan oleh 'insurgent' ketika krisis Lahad Datu pada 2013.

Anda fikir anda tahu Pesawat Pejuang Hawk Milik Royal Malaysian Air Force (RMAF) Berpangkalan Di Kuantan, Labuan & Butterworth ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...