Asal-Usul Aktiviti Menyimbah Air Ketika Pesta Songkran


"Songkran"

"2) Asal usul pesta menyimbah air kepada orang awam ini tidak jelas. Ia banyak dipalitkan dengan mitos dewa-dewi di kalangan masyarakat Thailand. Terdapat banyak mitos berkenaan dengan asal usul pesta ini  


Songkran Festival Water Splashing
Di antaranya mitos terkenal adalah mengenai kisah seorang pemuda yang bijak dan memahami bahasa burung. Dia dicemburui oleh Dewa Kabil Maha Phrom. Dewa ini turun ke bumi dan mencabar pemuda ini dengan memberi tiga masalah (teka teki) untuk diselesaikan. Sekirnaya pemuda itu tidak dapat menyelesaikan dalam tempoh tujuh hari, kepalanya akan dipancung. Tetapi jika dia berjaya menyelesaikanya, maka dewa tersebut akan memancung kepalanya sendiri.


Pemuda itu telah mengambil keputusan untuk membunuh diri apabila dia tidak berjaya untuk mencari jawapan kepada masalah tersebut. Ketika dia bersandar di sebatang pokok, dia telah terdengar seekor ibu burung bercerita kepada anak-anaknya yang lapar mengenai kisah seorang pemuda yang diminta oleh dewa untuk menyelesaikan tiga masalah. Setelah mendengar semua jawapan yang diberikan oleh ibu burung tersebut, pemuda itu telah menemuai dewa pada hari ketujuh dan memberi tiga jawapan yang betul. Maka dewa itu telah memancung kepalanya sendiri. Menurut kepercayaan masyarakat Siam, kepala Dewa Kabil Maha Phrom ini sangat merbahaya. Jika ia menyentuh bumi, maka bumi akan kepanasan dan jika ia jatuh ke laut, maka laut akan menjadi kering. Kepala ini telah disimpan di gua di dalam syurga.

Setiap tahun pada hari Songkran, salah seorang daripada tujuh anak perempuannya yang dinamakan Nang Songkran akan membawa turun kepala ayahnya dan diarak bersama-sama dengan dewa dewi yang lain. Oleh disebabkan itu, ia menyebabkan bumi merasa panas dan manusia perlu menyimbah air di antara satu sama lain untuk menyejukan mereka. Selepas dewa-dewi memperarakkan kepala dewa itu, pelbagai jenis makanan akan dihidangkan. Kepala dewa kemudiannya akan dibawa balik ke tempat simpanannya dan akan dikeluarkan semula pada hari Songkran pada tahun berikutnya.

Oleh itu bermula pesta perayaan menyimbah air ini pada tahun baru disebabkan perkiraan berpendapat kepala dewa diarak pada hari tersebut. Ia berlangsung selama tiga hari atau empat hari yang bermula pada 13 April setiap tahun."


Sebahagian petikan artikel dari Facebook saudara Firdaus Wong Wai Hung (Official)

Ini merupakan sebahagian dari ulasan saudara Firdaus Wong tentang sambutan songkran. Petikan di atas merupakan cerita asal usul mitos mengapa pesta songkran perlu menyimbah air.

Tiada sebarang ulasan keagamaan/kepercayaan diperlukan dari petikan ini kerana sekadar cerita mengapa bermain air ketika songkran dan untuk maklumat lebih terperinci mengenai artikel dari saudara Firdaus, kunjungi Facebooknya.

Anda fikir anda tahu Asal-Usul Aktiviti Menyimbah Air Ketika Pesta Songkran ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...