Spesifikasi MotoGP Suzuki GSX-RR 100 Team Suzuki Ecstar 2017


"GSX-RR 1000"

Memulakan winter test untuk musim 2017 di sepang international circuit Malaysia. Dengan pilot terbaharu suzuki ecstar team, Andrea Iannone (AI29) dan Alex Rins (AR42) jentera baharu suzuki ecstar team diperkenalkan.




Suzuki ecstar team merupakan pencabar terdekat kepada pengeluar lain seperti yamaha, ducati dan honda memulakan langkah baharu dengan menggunakan model GSX-RR 1000 yang mampu mencabar kejohanan motogp 2017.


Dengan memiliki struktur asas jentera motogp mengikut spesifikasi motogp, jentera suzuki ini dilengkapi dengan enjin 4 lejang dengan 4 silinder yang disusun secara 'in-line'.
Memiliki sistem masukan bahan api double overhead cam (DOHC) dengan 4 injap (2 injap masuk, 2 ekzos).

Sebagaimana spesifikasi motogp yang memerlukan jentera 1000cc maka itulah displacement bagi enjinnya.

Mampu mencapai kuasa maksimum lebih 176kw atau 240hp. Memiliki kelajuan maksimum sehingga 330km/h. Mempunyai tukaran gear sebanyak 6-speed dengan dorongan seamless system.

Kesemua komponen enjin ini dibaluti dengan chassis twin-spar aluminium frame sebagai asas keseluruhan bentuk jentera. Jentera yang dianggarkan memiliki berat 176kg ini dilengkapi dengan tayar michelin bersaiz 17 inch depan dan belakang.

Sistem serapan atau suspensionnya ditugaskan kepada ohlins, inverted fork untuk bahagian hadapan manakala belakang sekadar ohlins.

Sistem brek untuk jentera ini digunakan dari jenama brembo, carbon disk untuk bahagian hadapan dan steel untuk bahagian belakang.




Livery jentera mengambil tema team suzuki ecstar yang bewarna biru tua dan berjalur kuning. Mampu mengambil selekoh sehingga 60 darjah (lean angle).

Anda fikir anda tahu Spesifikasi MotoGP Suzuki GSX-RR 100 Team Suzuki Ecstar 2017 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...