Header Ads

Asal Usul Pengasas Salt Bae dan Bagaimana #Saltbae Mula Trending


"Salt Bae"

Lain dari yang lain pasti viral. Namun lain dari yang lain bagaimana ? ada yang thorbaik dan ada yang bangang. Bagi yang thorbaik mungkin menjadi meme di 9gag. Bagi yang bangang pasti direjam dan dikecam.

#saltbae tidak terkecuali, namun ia berada pada kelompok yang diminati.

Foodporn merupakan istilah lama yang dikaitkan dengan gambar makanan yang mampu memberi keghairahan kepada penonton.



Namun sebenar-benar foodporn adalah cara hidangan makanan tersebut yang disediakan dengan gaya atau stail erotic itu sendiri yang melambangkan makna sebenar foodporn


Bagi melahirkan foodporn yang sememangnya menitikberatkan nilai porn didalamnya adalah penyediaan yang agak seksi.

Inilah yang telah berlaku kepada kemunculan trending viral hashtag salt bae. Mula tersebar luas pada asalnya sebuah video di youtube dan menarik perhatian pengguna twitter yang menjadikan salt bae setaraf meme lain di internet.
Dengan rating 48000 likes dan 33000 retweets dalam masa dua hari.

Bermula dengan adegan berahi seorang co-owner sebuah restoren Nusret Gökçe, yang juga merupakan seorang chef bersemangat tinggi yang 'melayani' seketul besar daging sebelum dimasak dengan berahinya.

Dalam erti kata lain, #saltbae bermula dari daging yang akan dimasak. Daging yang direnjis dengan garam secara berahi oleh chef berkenaan.

".....flamboyant salting skills and an almost erotic appreciation for a hefty slice of meat"...

Perilaku chef tersebut melahirkan rasa kagum dan teruja masyarakat media sosial akan keghairahan dalam menyediakan sesuatu hidangan apabila ditambah gambar.

Semua itu yang tersurat. Dek kerana kreatifnya masyarakat media sosial, #saltbae bukan lagi digunakan menggunakan salt atau garam sebagai watak utama. Mungkin simbol 'like',buah-buahan atau yang terbaharu NASA men'salt-bae'kan dunia dengan 7 planet.

Kesungguhan dan rasa cinta Nusret Gökçe terhadap makanan menjadikan dia pengasas kepada #saltbae. Namun, perkataan salt bae bukan datang dari mulut chef tersebut atau asal nama video tersebut.Watak chef ini banyak menggambarkan akan al-pacino di dalam filem scarface. Ganas tapi jambu.

Mungkin orang kita ada skill menumbuk sambal belacan dengan gaya berahi juga ? Jadilah #Lesungbae

Anda fikir anda tahu Asal Usul Salt Bae #Saltbae dan Pengasasnya ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.