Header Ads

Chicken Chop Murah RM 5, Masakan Panas RM 2, Minuman RM 1 Kampung Lombong, Jalan Kebun Shah Alam


"Munyang"

Mencari yang halal itu wajib, mencari yang murah itu pasti. Munyang, adalah salah satu perkataan yang baru dicipta ketika penulisan ini ditulis.
Munyang adalah dua suku kata yang berasal dari perkataan 'murah' dan 'kenyang' maka terjadinya munyang.

Di zaman kemeriahan pelbagai barangan yang dicelup dengan gst oleh rejim putarjaya mencari yang murah itu pasti.

Dalam menyelusuri zaman di mana air milo ais lebih mahal berbanding ron 95, mencari yang murah dan berbaloi adalah seumpama mengail ikan belanak dapat ketam nipah.

Jalan kebun, natijahnya jalan kampung lombong. Dahulunya pemilikan tanah di sini adalah tanah pertanian, namun kini tanah pertanian ini mula berubah status gerannya ke arah geran penempatan.


Penempatan menghasilkan variasi kedai makan yang pelbagai. TIdak kira dari eastern food ke western food.

Jalan kampung Lombong mula pesat membangun. Kedai-kedai makan mula membiak seperti cengkerik di sawah padi ketika musim menuai. 

Alternatif lain apabila suami/isteri yang malas untuk menyediakan masakan dirumah dan ingin bergurau senda menikmati makanan di luar semestinya menjadikan masakan panas, goreng-goreng sebagai suatu alternatif dalam menyendatkan perut.

Pada kebiasaannya, kedai makan menyediakan masakan panas dengan pelbagai variasi harga dari rm3 sehinggalah kepada rm7 atau mungkin lebih.

Namun, keunikan yang terdapat di jalan kampung lombong kota kemuning ini adalah kategori 'munyang'. Murah dan kenyang. Terdapat sebuah kedai makan yang mampu membuatkan anda tersengih keseorangan meskipun anda bukan penghisap syabu mahupun tidak waras.



Cuba hayati dan teliti berapa harga perlu di bayar untuk hidangan di atas 


Jumlah yang perlu dibayar untuk Nasi goreng kampung beserta milo ais tabur di atas adalah hanya RM 3 ( nasi goreng kampung RM2 dan Milo ais tabur RM1).

Rasa macam pelik bukan ? Jangan pelik nanti kena jual.

Semua makanan masakan panas yang disediakan dari nasi goreng sehinggalah pelbagai jenis sup ditetapkan dengan harga RM 2 (dua ringgit sahaja).

Pelbagai variasi nasi goreng, mee, bihun, kue teow senang cerita semua masakan panas di kedai ini berharga rm2 manakala semua jenis air, teh o beng, teh ais, milo beng, nescafe ais, panas semua air-airan ini berharga rm1.

Jika bercerita mengenai betapa murahnya makanan tersebut, persoalan berapa portionnya dan sedapkah ia akan mula melalui minda kreatif dan kritis para pelanggan. Secara marhaeinnya, portion dan rasa adalah sebagaimana mana-mana kedai tom yam dan masakan panas yang lain.

Cuma bergantung kepada citarasa lidah pelanggan. Bagi yang dilahirkan memiliki lidah gordon ramsay mungkin masakan panas dikedai ini hanyalah biasa-biasa.

Namun bagi mereka yang pernah hidup susah ketika kecil dan amat sukar menemui masakan panas yang berharga dua ringgit ditambah air berperisa rm1 kedai ini mungkin sesuai dengan anda.

Lokasinya adalah bersebelahan surau Nurul Iman Jalan Kampung Lombong. Berada diantara jalan lombong besi 2 dan jalan lombong timah 2. Google sahaja 'Surau Nurul Iman Jalan Kampung Lombong'. Kedai tersebut memang berada bersebelahan pagar surau.




Waktu operasinya adalah bermula 5 petang sehingga lewat malam. Mereka akan rehat pada waktu maghrib dan menyambung semula selepas solat jemaah isyak di surau.

Chicken chop Rm 5 (lima ringgit sahaja) turut menjadi menu utama disini. Selain lamb chop RM 6 (enam ringgit sahaja) dan pelbagai menu grill lain.

Lain-lain hidangan



Chicken Chop: Ayam dengan kriuk-kriuk dimandikan dengan sos black pepper ditemani sayuran mayonis dan extra sos cili untuk dipadankan dengan fries yang ranggup


Meatballs: Daging lembu yang digoreng rapi dengan dibanjiri sos lada hitam yang dialurkan dengan mayonis beserta ditemani fries dan sayuran.


Dingatkan bahawa kedai makan ini tiada kaitan dengan pasaraya ekonomi, atau mana-mana kedai dua ringgit berhampiran anda.

Anda fikir anda tahu Masakan Panas Dua Ringgit, Air Minum Seringgit dan Chicken Chop Lima Ringgit Jalan Kampung Lombong, Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi...

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.