Header Ads

Achamm Chicken Chop Murah & Sedap Di Jalan Kebun Kota Kemuning


"Achamm Chicken Chop"

Jalan Kebun Kota Kemuning. Satu kawasan yang mungkin berubah dari kawasan tanah pertanian menjadi sebuah pekan. Semuanya bermula dengan kawasan perumahan yang semakin banyak. Wujudnya pelbagai infrastuktur kemudahan awam dan akhirnya menjadi sebuah kawasan tumpuan.


Achamm Chicken Chop Jalan kebun
Achamm Chicken Chop Jalan kebun
Pada awal pembabitan penulis dalam mendiami kawasan Jalan Kebun, kawasan ini hanyalah hutan dan belukar hasil selepas penebangan ladang kecil kelapa sawit. Dalam jangka masa lima tahun begitu pesat perkembangan Jalan Kebun apatah lagi tempias dari pembangunan rimbayu yang sedang rancak dibawak pemaju IJM land dan beberapa kawasan perumahan.


Perubahan Jalan Kebun Kota Kemuning

Semakin banyak kawasan perumahan semestinya semakin ramai manusia. Bukan semua dilahirkan dengan bakat chef apalagi berbakat dalam menyediakan kepingan daging kambing atau ayam, adunan coleslaw, dan pembuatan adunan dalam kuah sos lada hitam yang akhirnya menjadi satu kegemaran ramai dalam kategori 'western food'. Tidak ramai dan meskipun ada semestinya tiada cukup masa untuk menyediakan hidangan western food di rumah.



Kekurangan inilah yang menjadi sumber pendapatan penduduk yang berbakat dan memiliki minat dalam perniagaan, dalam bahasa ringkas, pengusaha chicken chop dan lamb chop.

Achamm Chicken Chop Jalan Kebun adalah salah satu contoh restoran yang menjadikan western food sebagai punca ekonomi di sekitar Jalan Kebun. Penulis mengenali restoran western food yang terletak bersebelahan sebuah tadika ini dari zaman kedai makan ini belum lagi berdiri sebagai sebuah restoran. Hanya gerai bersaiz beberapa kaki panjang dan lebar, namun cukup laris.

Murah dan boleh tahan rasanya itulah rahsia Achamm Chicken chop. Harga yang murah dan rasa sos dan adunan coleslaw sedap pada lidah. Ranggup ayamnya dan tidak liat dagingnya beberapa kriteria makanan yang perlu ada di sesebuah gerai bertemakan western food.

Sudah Memiliki Nama Sendiri

Kini, Acham Chicken Chop sudah mempunyai branding mereka sendiri. Kerusi dan meja sentiasa dipenuhi pelanggan. Kuasa tular dari mulut ke mulut mengenai kedai western food murah sekitar Jalan kebun merubah nasih Acham Western Food yang dahulunya hanya sebuah gerai. Meskipun, Maipi Corner yang hanya beberapa ratus meter dari kedai ini, ia bukanlah satu persaingan, masing-masing memiliki cara tersendiri untuk mendapatkan pelanggan tetap mereka.

Selepas tamatnya perlumbaan MotoGP Sepang 2017, oleh kerana beberapa kali senyum dan berlaga bahu dengan mat saleh di sana, tiba tiba anak tekak penulis dan isteri terasa ingin menikmati western food.

Terlintas di fikiran untuk mencuba lagi chicken chop di kedai Achamm ini, memandangkan sudah lama tidak merasai chicken chop murah ini.

Ramai Pelanggan

Sampai sahaja di lokasi Achamm Chicken Chop, gusar mula terbit, kenderaan memenuhi bahu jalan, dan keadaan kedai yang dipenuhi manusia, mungkin kerana sudah gaji dan hujung minggu.


Ramai Pelanggan Menikmati Hidangan
Mujurlah masih ada meja dan kerusi yang masih kosong. Oleh kerana chicken chop di sini adalah menu utamanya, jadi penulis memesan menu tersebut manakala isteri penulis sebagaimana 'favourite'nya meatball.

Ayam Garing & Sos Black Pepper Menarik

Ayam yang digoreng cukup garing dan ranggup, namun dalamnya isi yang putih dan lembut. Kepingan ayam yang digoreng untuk dijadikan hidangan chicken chop adalah kepingan ayam yang sudah siap dibeli pengedar, namun cara gorengan membezakannya.


Chicken Chop dan Gravy Black Pepper
Chicken Chop dan Gravy Black Pepper
Sos lada hitam (black pepper sauce) masih dikekalkan rasanya sebagaimana kali pertama penulis mencuba chicken chop mereka. Tidak berapa pedas, pekat dan likat seperti 4T 15W-50, dan sesuai dengan menu western food seperti chicken chop, lamb chop dan meatball.

Ramai yang terpikat dengan 'gravy' atau sosnya.

Harga Western Food yang Murah

Meskipun tidak se gah, pelperro, burger warisan atau me'nate. Keistimewaan Acham chicken chop adalah terletak pada harga makanannya. Rasa hidangan western food yang boleh dikatakan menyelerakan dan harganya adalah 'rare'. Dengan RM5 untuk sepinggan western food, mana mahu cari ? dalam kekangan bajet kerajaan yang hanya tertumpu kepada pekerja 'gomen'.


Senarai Harga Makanan di Achamm Chicken Chop
Senarai Harga Makanan di Achamm Chicken Chop
Harga makanan di sinilah yang menarik ramai pelanggan tetap dan baharu. Sentiasa penuh, hanya beberapa ketika sahaja kerusi dan meja tidak 'berfungsi' maknanya, jika ada yang sudah makan, pasti akan ada yang menggantikan mereka.

Selain chicken chop yang berharga RM 5/pinggan terdapat:

meatballs: RM 5/sepinggan
chicken balls: RM 5/sepinggan
lamb chop: RM 6/sepinggan
fish n chips: RM 6/sepinggan
mix grills: RM 7/sepinggan


Hidangan Meatballs Acham RM 5
Hidangan Meatballs Acham RM 5
add on :

french fries: RM 3
wedges (potato): RM 4


Informasi Pengunjung

Lokasi yang cukup strategik juga antara faktor yang menjadikan acham chicken chop mudah dikenali. Berkedudukan dengan penjuru simpang empat yang agak sibuk mampu menarik pelanggan baharu yang tertarik dengan pelanggan yang ramai.

Bagi kemudahan pengunjung dengan carian 'achamm chicken chop' pada waze atau google maps akan membawa anda ke kedai ini. 


Waze Lokasi Achamm Chicken Chop Jalan Kebun
Waze Lokasi Achamm Chicken Chop
Kawasan parkir yang agak terhad memandangkan simpang empat yang agak sibuk pada satu satu masa. Kebanyakkan pelanggan memilih untuk parkir di bahu jalan, hanya beberapa buah kereta yang mampu memutakan bahagian hadapan kedai makan.

Dibuka setiap hari kecuali hari selasa. Mula beroperasi pada jam 4.30 petang sehingga 12 tengah malamBergantung kepada keadaan semasa.


Fan Hafizh Syahrin Juga Makan Di Sini hehe
Menurut 'check in' pengunjung di Achamm Chicken Chop ini melalui data dari google maps, waktu puncak adalah antara jam 8 malam hingga 10 malam, dan pelanggan paling lama makan di sini dalam purata 30 minit . Di mana waktu tersebut adalah waktu makan malam penduduk Malaysia.

Jika risau perlu menunggu lama atau beratur panjang untuk pesanan, bolehlah cuba datang pada bukan waktu puncak. Hari bekerja juga dicadangkan sebagai bukan waktu puncak.

Anda fikir anda tahu Achamm Chicken Chop Murah & Sedap Di Jalan Kebun Kota Kemuning ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.