Jenis-Jenis Denda Di Sekolah Usaha Kawalan Pembiakan Sotong Jadian


"Kena Pajam"

Di zaman serba canggih manggih dengan pelbagai saluran melunaskan ketidakpuasan hati berteraskan mengaibkan sesuatu seperti facebook, Whatsapp, Twitter dan sebagainya bukan sesuatu yang sesuai dengan pemikiran kelas ketiga rakyat malaysia, kelima rasanya.

Semua benda adalah viral. Di Malaysia, semua orang boleh menjadi mangsa viral.

Maka timbul generasi bangang menari sotong, raver katanya, seks bebas dikalangan pelajar sekolah yang laris 'note'nya di Tumblr apalagi pengakuan terbuka memiliki geganti di facebook meskipun bersunat pun belum.

Semuanya bersebab, kanak-kanak dan remaja 90-an merupakan generasi yang boleh dianggap berjaya meskipun bukan secara lahiriahnya berjaya mendapat 100A dalam sesuatu peperiksaan namun boleh dikatakan menjadi manusia, bukan sotong hidup yang sedang kepanasan. 



Mereka menjadi manusia mungkin disebabkan beberapa denda dan 'pajam' seperti ini sekurang-kurangnya menjadi kenangan manis ketika di bangku persekolahan untuk dikenang ketika persaraan dan ketika sedang menghabiskan saki baki KWSP akaun 1.


1. Berdiri atas kerusi

Cukup popular. Amat popular. Rata-rata mereka yang nakal sudah mampu berbangga dengan pencapaian mampu berdiri di atas kerusi kerana kesalahan yang dilakukan. 

Kemahiran ini memerlukan pelajar berdiri di atas kerusi sendiri (jika diberitahu) sehingga tamat pelajaran tersebut atau mungkin sehingga waktu rehat jika guru sebelumnya sudah 'kawtim' dengan guru seterusnya. Pengajaran kepada pelajar adalah taubat insaf bila rasa malu dengan crush yang lalu lalang, apalagi dengan derita 'cramp' dibahagian otot belakang tulang kering.Jika bukan kerana gagal tertinggal buku di rumah mungkin kerana berjaya menarik tali bra awek di hadapan.

Kelebihan yang dapat, sekurang-kurangnya otot kaki cemerlang mungkin berjaya dalam olahraga.

2. Tarik Sideburn

Aksi ini lebih kepada guru disiplin dan juga cikgu sejarah, kadang-kadang cikgu matematik tambahan. Denda yang menjurus kepada pengajaran terhadap panjangnya rambut pelajar, gagal menemui ex, eh X apabila adanya Y juga gagal memberikan tahun yang tepat bilakah kota A famosa dibina.

Rawatan akupuntur kesakitan amat berguna kepada sistem badan, kesakitan ketika ditarik sideburn mungkin boleh menyembuhkan luka-luka dalaman.

3. Berdiri di luar kelas

Mempunyai reputasi denda yang agak 'level up' berbanding berdiri di tempat duduk sendiri. Kesalahan seperti mengorat waktu belajar, tidak menyiapkan kerja sekolah atau mungkin kesalahan warning pertama sebelum dihantar ke 'neraka', bilik guru disiplin. Mungkin kesalahan menukarkan perisa oreo yang bewarna putih dengan ubat gigi, mungkin.

Kebaikan denda ini untuk jangka masa yang panjang adalah berkebolehan tahan maki, sukar untuk malu serta mengelakkan menjadi introverts kerana perasaan malu ketika itu mungkin menjadi seperti alah bisa tegal biasa. Jika bernasib baik dan mungkin cikgu berkenaan tengah datang bulan, pelbagai props perlu anda pegang ketika sesi dendaan berlansung, seperti kerusi, kadbod atau berdiri dengan sebelah kaki.

4. Cubit Tetek/Kopek/Payudara (AWAS: denda terhadap pelajar lelaki sahaja.)

Bahagian denda ini tidak dikhususkan kepada pelajar perempuan, jika sekolah perempuan itu tidak diketahui perawinya. Apabila kenakalan sudah melampaui tahap berdiri atas kerusi dan berulang-ulang kesalahannya, inilah makan dia. Kengiluan terdapat bahagian sensitif mampu menginsafkan pelajar dan bercita-cita untuk tidak mengulanginya kelak.

5. Pembaris Di Tangan

Diaplikasikan jika kesalahan yang tidak berapa besar seperti bising dalam kelas, atau tidur dalam kelas tanpa warning. Pembaris digunakan untuk menyebabkan saraf kesakitan pada tapak tangan dirangsang. Bilangan hanyunan ke bawah menjadi skala keinsafan yang akan dipelajari dengan denda seperti ini.

6. Rotan

Aplikasinya sama dengan pembaris di tangan namun denda ini merupakan denda yang agak popular di kalangan guru disiplin dan penolong kanan. Kes berat sebagaimana kanun keseksaan bagi sesebuah sekolah seperti ponteng, bertumbuk, calar kereta cikgu dan pelbagai lagi kesalahan pra-jenayah yang mampu mencapai peringkat digantung sekolah mahupun dihantar kepada adlin aman ramli yang menjadi warden di wira bakti untuk berkawan dengan lan todak.

7. Berdiri di khalayak ramai 

Biasanya pada ahad di negeri pantai timur, kedah dah johor, dan isnin untuk negeri selainnya. Bagi mereka yang lambat menghadiri sekolah dan berjaya dicekup pengawas maka mereka ini akan berdiri secara beramai-ramai di hadapan perhimpunan menemani pelajar yang menaikkan bendera namun dalam versi ke'malu'an. 

Dijadikan patung mannequin untuk dijadikan teladan oleh cikgu disiplin supaya tidak menjadi ikutan untuk pelajar lain.

Kantoi bercinta mungkin juga akan menyebabkan layaknya anda berada di sini sebagai 'mock' walimatulurus.

8. Di jemur tengah panas

Kesalahan yang agak sama dengan point no 7, namun berlaku pada hari selain hari perhimpunan pagi. Bagi mendidik pelajar bahawa betapa sukarnya mak bapak mencari duit untuk membayar yuran mereka. Ramai yang akan berdoa supaya hari hujan kerana kemungkinan denda yang lebih ringan menyusul.

9. Tulis kesalahan berulang papan hitam/buku latihan

Bagi memupuk minat pelajar dalam menjadi pelajar yang konsisten, kesalahan  ringan yang tidak memungkinkan sebarang tindakan yang lebih keras, pelajar dikehendaki menulis ayat tentang kesalahan mereka berulang-ulang. Jika pernah melihat montage animasi The Simpsons mungkin anda akan tahu apa yang dilakukan bart simpsons.

Biasanya pada buku latihan namun jika beruntung anda boleh mempamerkan bakat anda menulis dan menyedut habuk kapur dalam satu masa, tulislah di papan hitam.

10. Jalan Itik
Denda ini mungkin mampu menjadikan anda seorang pemain bola sepak atau ragbi yang professional kelak. Rasa kebas dan kebal di bahagian peha memang menjadikan anda berfikir sejenak akan kesalahan yang anda buat. 

Majoriti denda ini diaplikasikan oleh cikgu sukan dan pendidikan jasmani kerana mungkin anda tertinggal kasut sukan atau main  kejar-kejar dengan awek kelas sebelah daripada mengejar bola dan memasukkan ke dalam gol.

Kebanyakkan ibu bapa sekarang buakankah mereka lahir di zaman 'denda' pengajaran sebagaimana di atas ? Namun mengapa mereka begitu tisu dalam isu mendisiplinkan anak sendiri,sebab itu mereka yang bersekolah dalam tahun 90-an tidak sebangang remaja sekarang. 

Denda yang berunsurkan mengajar dan dengan tanpa niat mencederakan, mencacatkan atau membawa kematian sepatutnya diteruskan supaya pelajar-pelajar ini bukan sahaja hanya menjadi hamba peperiksaan tetapi menjadi manusia, bukan sotong dua tentakel yang berpeleseran di kaki-kaki lima mall.

Mungkin juga denda sebegini mengelakkan daripada wujudnya bahasa makhluk asing seperti cream, fast to fast, flatover dan apa lagi haramjadah perkataan oleh sotong wechat.

Masa kini pelbagai jenis sotong telah membiak, dengan tariannya, perkataannya dan perbuatannya. Sotong dilaut pun tunduk malu jika mendapat tahu wujud spesis sotong di darat.

Anda fikir anda tahu Jenis-Jenis Denda Di Sekolah Kawalan Pembiakan Sotong Jadian ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...