Header Ads

Cara Kenal Jenis Jenis Buah Mangga yang Popular dan Laris Di Malaysia


"Jenis Mangga yang Popular"

Jika kita menyebut 'Murr Mangifera Indica L' kepada sesiapa sahaja pasti terlopong dan terkesima tanpa faedah orang tersebut.


Cara Kenal Jenis Buah Mangga Popular
Cara Kenal Jenis Buah Mangga Popular
Akan tetapi apabila mengungkapkan perkataan buah mangga, buah mempelam atau buah pauh pasti akan memahaminya.


Kita akan terbayangkan rasa masam masam manis yang ada apabila isi mempelam mula dikunyah di dalam mulut.

Buah Tropika yang Diminati Ramai

Mempelam atau mangga cukup sesuai untuk hidup di cuaca dan iklim seperti negara kita dan negara jiran.

Bila berbunga sudah terbayang akan buahnya yang lebat dengan pelbagai perisa.

Namun, tahukah anda buah mangga ada banyak jenis dan pelbagai variasi. Dengan nama dan rasa serta penampilan yang berbeza dari satu jenis ke satu jenis yang lain.

Variasi Mangga Popular Di Malaysia


Kenali Buah Mangga Di Pasaran FAMA
Kenali Buah Mangga Di Pasaran FAMA
Jom kita kenali beberapa jenis mangga yang cukup komersil, popular dan sentiasa menjadi pilihan peminat buah mangga.
1. Mangga Harum Manis


Mangga Harum Manis
Mangga Harum Manis
Ciri-ciri : Berbentuk lonjong. Purata berat sebiji buah adalah 300 gram - 450 gram. Buah bewarna hijau ketika muda, akan hijau kekuningan (tidak begitu hijau, tidak begitu kuning) apabila masak.


Harum Manis Kotak Untuk Dijual
Harum Manis Kotak Untuk Dijual
Warna isi dalam adalah oren kekuningan. Rasa berlemak, manis dan berbau harum sesuai dengan namanya.

Kod : MA 128

Asal : Malaysia (Sungai Nibong, Kuala Selangor, Perlis) dan Indonesia

Harga (Anggaran) per kg : RM15-RM50



2. Mangga Chok Anan (Chokanan) | Honey Manggo


Warna Isi Buah Mangga Chokanan
Warna Isi Buah Mangga Chokanan
Ciri-Ciri : Berbentuk bulat (di atas) lonjong (bahagian bawah). Purata berat sebiji buah adalah 150 gram - 250 gram. Buah bewarna hijau ketika muda, akan kuning apabila masak.


Bentuk Buah Mangga Chok Anan
Bentuk Buah Mangga Chok Anan
Warna isi dalam adalah kuning oren. Rasa isi yang manis.

Kod : MA 224

Asal : Thailand, India, Bangladesh dan Pakistan


Harga Pasaran Buah Mangga Chokanan
Harga Pasaran Buah Mangga Chokanan
Harga (Anggaran) per kg : RM2-RM10



3. Mangga Perlis Sunshine | Sala


Warna Isi Mangga Perlis Sunshine
Warna Isi Mangga Perlis Sunshine
Ciri-Ciri : Berbentuk lonjong dan agak panjang dari yang lain. Purata berat sebiji buah adalah 300 gram - 450 gram dan boleh lebih daripada purata ini. Buah bewarna hijau ketika muda, akan kuning apabila masak.


Bentuk Fizikal Buah Mangga Sala
Bentuk Fizikal Buah Mangga Sala
Warna isi dalam adalah kuning oren. Dengan rasa manis bercampur sedikit masam.

Asal : Malaysia (Kedah dan Perlis) dan Thailand

Harga (Anggaran) per kg : RM2.50 - RM6

4. Mangga Susu | Melele | Mas Muda

Warna Luaran Buah Mangga Melele Masak
Warna Luaran Buah Mangga Melele Masak
Ciri-Ciri : Berbentuk bulat dan gemuk. Purata berat sebiji buah adalah 350 gram - 450 gram. Buah bewarna hijau ketika muda, akan hijau kekuningan apabila masak.

Warna isi dalam adalah kekuningan. Masam masam manis merupakan rasa mangga ini.

Kod : MA 204

Asal : Malaysia (Kedah dan Perlis)


Harga Pasaran Buah Mangga Mas Muda
Harga Pasaran Buah Mangga Mas Muda
Harga (Anggaran) per kg : RM2-RM14


5. Mangga Thong Dam | Mas Hitam


Buah Mangga Mas Hitam Masak
Buah Mangga Mas Hitam Masak
Ciri-Ciri : Berbentuk lonjong, bulat dan agak panjang. Purata berat sebiji buah adalah 100 gram - 150 gram. Buah bewarna hijau ketika muda, apabila masak kulitnya bewarna hijau gelap.
Warna isi dalam adalah oren kekuningan. Dengan rasa manis.

Kod : MA 219

Asal : Thailand


Harga Pasaran Buah Mangga Thong Dam Di Malaysia
Harga Pasaran Buah Mangga Thong Dam Di Malaysia
Harga (Anggaran) per kg : RM5-RM15



6. Mangga Thong Dam Burma


Warna dan Bentuk Mangga Thong Dam Burma
Warna dan Bentuk Mangga Thong Dam Burma
Ciri-Ciri : Berbentuk lonjong buahnya. Purata berat sebiji buah adalah 100 gram - 150 gram. Buah bewarna hijau ketika muda, apabila masak kulitnya hijau kekuningan.

Warna isi dalam adalah kuning oren. Dengan rasa manis.

Asal : Myanmar


Harga Pasaran Malaysia Mangga Thong Dam Burma
Harga Pasaran Malaysia Mangga Thong Dam Burma
Harga (Anggaran) per kg : RM5-RM20

Jenis Mangga Tempatan yang Lain

Terdapat beberapa lagi jenis mangga yang biasa kita temui di Malaysia dan pasaran. Antaranya ;

1. Mangga Telur (Ringgan)
2. Mangga Epal
3. Mangga Siku Raja

Namun yang disenaraikan di atas adalah mangga yang boleh dikategorikan sebagai mangga komersil atau mangga yang sentiasa menjadi pilihan dalam pasaran.

Mangga yang laris dan dikenali serta popular.

Makanan Minuman Menggunakan Mangga

Selain di makan begitu sahaja, mangga banyak boleh dibuat sebagai makanan lain seperti;

1. Pulut Mangga
2. Kek Mangga | Sinful Mango Cake
3. Puding Mangga
4. Jus Mangga
5. Jeruk Madu Mangga | Jeruk Mangga Sala Pak Ali

Kebanyakan harga per kilogram mangga dilihat melalui gred-gred tertentu. Tiada sebarang harga tetap untuk buah-buahan sebegini.

Banyak juga yang menjual anak pokok mangga untuk tanaman biasa di rumah. Selain memberikan makanan dan hasil pendatapan, pohon mangga yang rendang boleh dijadikan teduhan selain dari tunggul atau batang yang sudah buruk boleh digunakan sebagai medium pembakaran.

Anda fikir anda tahu Kenali Jenis Jenis Buah Mangga yang Popular dan Laris Di Malaysia ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.