Kisah Benar The Ozaki Eight Ono Ozaki Dalam Point Break


"Ono Ozaki Ordeal of Eight"

The osaki 8 merupakan suatu ordeal dalam bahasa inggeris atau secara melayu nya penyerahan atau rasa hormat terhadap alam semula jadi. The osaki 8 diilhamkan oleh Ono Ozaki iaitu seorang Eco-Warrior yang cemerlang dan gemilang dalam sukan extreme.

Ono Ozaki mengilhamkan Ordeal of Eight sebagai cabaran kepada para penggiat sukan ekstrem seperti skydiving, freefall, rock climber, surfer dan bermacam sukan ekstrem untuk menghabiskan segala aktiviti yang terkandung di dalam ordeal of eight itu sendiri.


Ono Ozaki 8 Point Break

Dia berharap ordeal tersebut mampu menjadikan para penggiat sukan ekstrem dapat mendekatkan diri dengan alam, sebagai tribute kepada alam, sebagai membalas jasa alam semulajadi bayaran dari mereka.Tiada kemusnahan alam melainkan alam yang sebagaimana sedia ada.


Tragisnya Ono Ozaki telah terkorban ketika cuba menyelamatkan seekor ikan paus dari pemburuan haram oleh kapal Norwegian.

The Osaki 8 termasuklah :

1.Emerging Force
2.Birth of Sky
3.Awakening Earth
4.Life of Water
5.Life of Wind
6.Life of Ice
7.Master of Six Lives
8.Act of Ultimate Trust

Based on the true story. Kebiasaan ayat dalam sesebuah filem, lazimnya bukan filem dari Malaysia masa kini yang hanya mementingkan fiksyen penulis novel remaja semata-mata.Dengan lambakan filem hantu retorik dan adaptasi novel, maka agak kurang berfaedah bercerita tentang filem melayu zaman ini. Berbalik kepada ayat 'based on true story',

Kebanyakan pencinta filem dan penonton cukup tertarik akan ayat sebegini, seumpama ais di dalam teh o peng, di mana pemangkin semangat untuk meneruskan pengembaraan plot sesebuah filem.

The Osaki 8 telah diceritakan di dalam sebuah filem arahan Ericson Core keluaran hollywood karangan Kurt Wimmer yang diperkenalkan dengan nama Point Break.

Diceritakan perihal ordeal of eight dari Ono Ozaki, disusun dengan baik penceritaan antara aksi dan makna the ozaki 8. Plot yang mudah iaitu menceritakan bagaimana seorang penggiat sukan ekstrem yang kini sudah direkrut sebagai FBI agent mencari beberapa individu yang sedang ingin melengkapkan the ozaki 8.

The Ozaki 8 tidak salah, namun aktiviti untuk mencapai setiap check list the ozaki itu sudah dieksploitasi secara salah seperti rompakan, pengeboman dan pelbagai aktiviti yang telah membuat FBI terasa gatal di punggung mereka.

Apakah Ono Ozaki Wujud, The Ozaki Eight benar ?

Sesungguhnya Ono Ozaki dan ordeal the ozaki 8 adalah fiksyen oleh penulis filem point break sahaja. 

Setelah dikaji selidik secara rambang memang terdapat makhluk Tuhan bernama Ozaki pernah terlibat dengan sejarah keamarikaan tetapi nama seorang datuk bandar  dari Jepun yang berjaya menghadiahkan 3000 batang anak pokok sakura kepada Washington sebagai tanda persahabatan antara Jepun-Amerika pada 1912.

Mungkin penulis filem berjaya terbaca di mana-mana mengenai nama Mayor Yukio Ozaki ini di dalam buku teks sejarah dan berjaya juga berimaginasi bahawa pemberian pokok sakura itu simbol 'mother nature'.

Anda fikir anda tahu Kisah Benar The Ozaki Eight Ono Ozaki dalam Point Break ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...