Header Ads

Selfie Breastfeeding Tidak Salah....


....apabila memiliki beberapa kriteria di bawah.

1. Tidak di'publish'kan atau di share secara mengkhinzir buta untuk tatapn masyarakat tanpa sebarang darurat. Harus apabila meskipun gambar di upload tetapi mengubah tetapan privacy gambar kepada 'only me', serta kebarangkalian untuk di hack gambar adalah rendah serendah lemak dalam susu UHT.

2. Ibu tersebut diacukan pisau serta diugut untuk dihancurkan menggunakan C4 jika tidak mengupload gambarnya sedang menetek anak kandung, anak susuan ataupun anak tekak suami.




3. Ibu yang sedang berselfie itu bukan manusia, sama ada ibu yang dimaksudkan itu adalah ibu lembu, ibu kambing, ibu kucing dan juga mungkin ibu roti.


4. Semua manusia adalah terdiri daripada ibu yakni semua manusia di dunia ini adalah terdiri semua ibu yang memiliki anak kecil. Tiada lelaki/suami atau jantina lain yang wujud. Apalagi tiada jin islam/kafir yang menetap di muka bumi, tetapi ibu-ibu muda yang suka berselfie sahaja.

5. Paling 'obvious'nya ibu yang memang sudah disahkan oleh agensi kesihatan serta memang sah memiliki masalah mental yang sudah tidak boleh dirawat lagi. Jika dikurung mampu membunuh diri sendiri.

6. Ketika kali pertama menyusukan anak, mulut anak tersebut melekat dengan kuatnya dengan 'payungudara' ibu jika dipisahkan akan menyebabkan kematian salah seorang.

7. Tinggal di dalam gua dan tiada mempunyai akses untuk berhubung dengan dunia luar tetapi memiliki gajet seperti telefon bimbit, monopod dan sebagainya.

8. Andai ibu tersebut tidak mendapat syiar dakwah Islam yang sebenar dan tidak yakin akan dalil serta hadis yang membincangkan dengan isu aib seorang wanita serta larangan menghampiri zina.Dengan kata lain dia tinggal di sebuah pulau yang agak 'cast away' keadaan hidupnya.

 


  9. Memang dilahirkan dengan ada seorang anak sedang meneteknya dari masa ibu tersebut lahir ke dunia yang fana akan ditinggalkan hanya amalan yang di bawa ini.

Anda fikir anda tahu Selfie Breastfeeding Tidak Salah....?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.