Pemilihan Setting Saiz Sprocket Depan dan Sprocket Belakang Motosikal


"Setting Sprocket"

Kejuruteraaan motor dan automotif merupakan medium terbaik untuk kita belajar dengan lebih dekat akan dunia sains lebih-lebih lagi dalam aspek fizik. Boleh ditakrifkan bahawa seorang pomen berpengalaman dan seorang lepasan graduan bidang automotif adalah sama, bezanya adalah susunan perkataan dalam teori.

Kedua-dua mereka adalah sama. Kita mengambil contoh pemilihan ratio gear sprocket pada sesebuah motosikal, tidak kira honda cub mahupun yamaha R1 dan Suzuki Hayabusa. Gear atau sprocket juga penting dalam setting sesebuah jentera bermotor.


Setting Sprocket dan Rantai Motor Ratio
Setting Sprocket Rantai Kira Ratio

Sprocket adalah output tenaga yang terhasil pada akhiran kitaran tenaga dalam sebuah jentera bermotor.


Sprocket atau gear pada rantai ini dipadankan dengan dua jenis. Satu yang kecil dan satu lagi yang besar. Pelbagai saiz dapat dikombinasikan ia bergantung kepada citarasa penunggang itu sendiri, mahukan top speed yang tinggi atau mahukan pikap maksima.

Pomen dan budak lepasan automotif mempunyai kesamaan dalam hal pemilihan sprocket, pomen, mereka akan tahu akan setiap kombinasi sprocket depan dan belakang mampu memberi top speed atau pikap, manakala budak lepasan automotif/mekanikal yang pernah belajar mengenai gear akan mempunyai kelebihan dalam pengiraan ration sprocket depan dan belakang.

Dua aspek yang selalu menjadikan seorang rider ingin menukar sprocket depan dan belakang adalah, pikap dan top end speed.


Setiap motor mempunyai nilai torque maksima tertentu pada rpm tertentu. Ia memang terkandung di dalam spesifikasi setiap jentera. Bagi mereka yang inginkan top speed meningkat maka ratio perbezaan antara gear depan dan belakang dikurangkan.

Bagaimana nilai ratio sprocket depan dan belakang di kira ?

Secara istilahnya, nilai output (sprocket belakang) dibahagikan dengan nilai input (sprocket depan). Maka contohnya, sprocket depan anda bersaiz 14 dan belakang 44, maka 44 akan dibahagikan dengan 14 maka ratio sprocket anda adalah ~3.14. 

Nilai ratio inilah penentunya.

Setting Pikap atau pecutan

Bagi golongan yang sukakan sukan drag atau suka henjut-henjut maka setting ini adalah sesuai. Bagi mencapai pikap yang lebih dari asal maka setting semestinya lebih besar dari ratio sedia ada. Kita contohkan setting asal 1444 (3.14) maka kita boleh tinggikan ratio yang tinggi contohnya 1244 (3.67) dengan bahasa mudanya kecilkan nilai saiz sprocket depan.

Mahu pikap lebih tambah gigi sprocket belakang (naikkan nilai ratio). Bahasa mudahnya, sprocket depan buat banyak pusingan dari pusingan sebelum diubah untuk melengkapkan satu pusingan sprocket belakang.

Setting Top End Speed/Speed maksima

Bagi mereka yang suka cruising dan gilakan kelajuan serta top speed setting sebaliknya diperlukan. Top speed hadir apabila nilai torque sudah maksimun, untuk mencapai torque maksimun nilai ration harus kecil berbanding asal. Jika asal adalah 1444 maka setting sprocket depan semakin besar diperlukan contohnya 15, 16, 17 dan seterusnya. 

Setting ini sesuai bagi mereka yang ingin meroket dan mengetahui apa 'sifat' sebenar jentera mereka. 

Untuk setting ini biasanya yang ingin bermain highway, dengan mengurangkan ratio dari ratio sebelumnya. Kurangkan pusingan sprocket depan untuk memusingkan satu pusingan sprocket belakang.




Kesesuaian RPM dengan Setting Sprocket

Seumpama kisah takumi didalam second stage initial d dimana meskpiun telahmengetahui bahawa ayahnya telah menukar dengan enjin yang lebih power dari sebelumnya tetapi takumi belum lagi boleh menikmati kuasa sebenar enjin tersebut. 

Hal ini terjadi kerana setting enjin yang baharu sudah berlainan dengan yang lama. Jika yang lama mampu mencapai torque maksima pada 9k rpm tetapi enjin baharu memerlukan 11k rpm untuk mencapai torque maksima.

Pada torque maksima inilah kekuatan enjin sesebuah jentera itu muncul dengan menghadiahkan kepada anda top speed nya.



Nilai Ration Sprocket Depan dan Belakang Motor
Jadual Ratio Sprocket

Bagi yang jenis sukakan bunyi remp atau juga gemarkan bunyi ekzos baru yang lebih mantap ketika meroket maka setting pikap diperlukan.

Bahasa Mudah Pengertian Ratio Sprocket

Dalam bahasa mudah mahu faham, contohnya sprocket depan 15 dan sprocket belakang adalah 30.

Ratio untuk gabungan ini adalah 2.00

Dalam bahasa pasarnya, 2 kali sprocket depan berpusing menghasilkan 1 kali sprocket belakang berpusing, melengkapkan pusingan.

Jika Sprocket 14 di hadapan dan sprocket 43 di belakang menghasilkan ratio, 3.07~ (lebih kurang 3 kali pusingan lebih) untuk sprocket depan menghasilkan satu pusingan sprocket belakang.

Pemilihan Jenis Sprocket

Bagaimana untuk mengetahui jenis sprocket bergantung kepada sport rim yang kita gunakan. Bukan semua sprocket dan chain datang dalam satu set tetapi berlainan bergantung kepada jenis brand sport rim yang diguna.

Contoh Gabungan Sprocket Depan Belakang

Secara contohnya type 415 jika untuk Suzuki Belang anda memerlukan rantai jenama SSS tetapi perlu pasang sprocket dari MCS atau RKM. Lainlah jika anda menggunakan sport rim yamaha 125z untuk suzuki belang, mungkin set SSS sekali datang dengan rantai dan sprocket.

Ketahui juga bahawa apa yang jenis set yang anda inginkan antara 428 atau 415. 415 mungkin lebih mahal kerana akan lebih tahan lama, sukar comot, dan lambat kendur.




Kesimpulan Ringkas Pemilihan Sprocket

Bagi setting sprocket sebenarnya tiada sebarang nilai tepat. Bergantung kepada keinginan pemilik motor sebenarnya.

Menjadikan setting yang sedia ada sebagai panduan;

Ingin mencari pikap (pick up) kurangkan nilai ratio dari gabungan sprocket yang sedia ada.

Ingin mendapatkan top speed, naikkan nilai ratio dari gabungan sprocket yang sedia ada.

Dalam naikan atau kurangkan ratio gabungan sprocket depan dan belakang, tidak kisah sprocket depan atau belakang yang ingin diubah jumlah mata gigi sprocket, janji nilai ratio tersebut.

[ Beli Sprocket Gold MCS 415 Motosikal Yamaha : KLIK SINI ]


Anda fikir anda tahu Pemilihan Setting Saiz Sprocket Depan dan Sprocket Belakang Motosikal ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Min lau wave 125 saiz yg sesuai main pick up brpa ?

    BalasPadam
  2. Kriss 120 . apakah sprocket yg sesuai digunakan ee~~~

    BalasPadam
  3. Min sy pkai lc135 4s sblm ni nk naik 120km tu cpt je lps tkr tyr size besar 100/80 motor jd berat..sprocket brpa ya perlu pkai sblm ni pkai std je

    BalasPadam
  4. @Tanpa Nama Pakai spocket belakang besar sikit lah bro

    BalasPadam
  5. Untuk y15 saiz ape yg ok untk top speed...

    BalasPadam
  6. saya pkai wave 100R now saya pkai 33 14 top 120 kalau nk dpt 140 guna mane?

    BalasPadam
  7. Saya pakai 135lc 4speed version 4. Semua standart. Top speed 120km/h shj. Klu nk tinggi skit nak pakai size apa?
    Contoh 130km/h

    BalasPadam
  8. Kriss sy sekarang pakai 4414..pickup mmg best
    .tp atas higway 80 full trotel..kalau set 3715 boleh main pecutan tak.boleh 110/120 pun jd la..sbb ulang alik naik moto...80 mmg rasa fedup..kdg2 ex5 potong slamber jeww..adoiii..kalau pakai 3017 takut pickup xda langsung plak...huhu..tolong bg cadangan...tq

    BalasPadam
  9. motor sya y115 tp sya nk tmbh power top speed lg nk pkai gear ape ye?.....bgi idea cikit

    BalasPadam
  10. @Diamond Xtreme Cuba try 15-34. Tengok mcm mana pergi dia

    BalasPadam
  11. RS 150 setting spoket saiz ape yg sesuai untuk top speed

    BalasPadam
  12. Haii sy pakai 125z...tapi block dah besar saiz xsalah 58...skrang pakai depan 15 belakang 33 rasa ok ke kalau nk main topspped di highway..ke nak turun lagi..cab rxz mili...mj,pj 230.30..mintk pendapat otai2 125..thx yaaa

    BalasPadam
  13. Y15 dan RS150 tak semestinya tukar sprocket je untuk laju. Kena tukar tayar belakang tu kecil lagi dari saiz 120/70 atau 130/170 kepada 110 atau 100/80. Tayar nilah yang menyebabkan motor korang lambat pick-up.
    Aku dah tukar, sprocket+tayar belakang +Air filter K&N , hasilnya RS 150 aku berjaya mengalahkan 125Z dan suzuki belang 150 dengan 3.5saat dihadapan. Let's try bro!

    BalasPadam
  14. @abg long jerlun cuba 15:35 atau 15:36

    BalasPadam