Header Ads

Air Pasang Besar, Bulan Mengambang dan El-Nino


Air melimpah ke jalan, ombak besar menghempas pantai, bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan ditepi pantai.

Jika takut dilambung ombak jalan berumah ditepi pantai. Air pasang besar adalah suatu fenomena alam yang bukan sesuatu yang pelik untuk dialami.


Bagi manusia yang sedang berada di bumi yang memiliki laut, bulan dan matahari, air pasang besar bukan sesuatu yang perlu dipelikkan seumpama tsunami yang datang sekali sekala dua kali dua kala.

Secara lahiriahnya, air pasang berlaku setiap bulan. Mengikut kalendar Islam akan berlaku pada 1hb dan juga 15hb.

Resepi untuk berlakunya air pasang adalah, adanya laut, bulan dan matahari. Pada 1hb iaitu anak bulan, pada 15hb bulan penuh sudah mengambang. Jika kita melihat pada kitaran bulan terhadap cahaya matahari, pada ketika anak bulan terbentuk dan bulan penuh matahari, bulan dan bumi berada dalam kedudukan hampir selari.

Bukan sebaris tetapi selari pada perbezaan sudut tertentu. Jika sebaris nescaya gerhana berlaku.


Graviti Bumi, Bulan, dan Matahari
Kisah Encik Newton dihempuk buah epal menandakan kewujudan graviti yang mudah didapati istilahnya didalam buku teks sains di sekolah. Matahari, bulan dan bumi memiliki graviti tersendiri. Hasil dari pergerakan teras jisim-jisim ini yang menghasilkan medan magnet yang menarik sesuatu yang disebut graviti.



Dalam keadaan selari bumi yang mengelilingi matahari sebenarnya di tarik oleh graviti matahari yang lebih besar saiznya. Dalam pada masa yang sama bulan juga menarik permukaan air dilaut yang mempunyai 'surface tension' dimana apabila ditarik graviti bulan dan matahari permukaan laut ditarik sehingga menghasilkan bentuk bonjol bukan disesetengah tempat sahaja.

Kesan 'centrifugal force' hasil dari perjalanan bumi mengelilingi bulan juga menjadi penyebab bahagian yang tidak kelihatan bulan dilangit mengalami air pasang.

Dengan kata lain apabila anda melihat terdapat anak bulan/bulan mengambang di langit, maka pantai berhampiran anda semua sedang mengalami air pasang. Gunakan 1hb dan 15hb dalam kalendar Hijrah sebagai petanda.

Supermoon
Selain itu, faktor kedudukan dan jarak bulan dengan bumi. Kita sudah faham bahawa graviti bulan mampu menarik paras air laut maka semakin dekat bulan dengan bumi maka semakin besar air pasang berbanding apabila bulan berada pada kedudukan yang jauh dari bumi.



Bulan mengelilingi bumi bukan dalam keadaan bulat yang ideal tetapi berbentuk elips maka ada ketika bulan berada paling dekat dengan bumi dan juga ketika bulan berada pada kedudukan jauh dengan bumi.

Apogee dan Perigee
Dalam istilah falak atau astronomi, apogee adalah kedudukan bulan paling jauh dengan bumi jaraknya, manakala perigee adalah istilah jarak bumi dan bulan adalah paling dekat.



Pada malam 25 Januari 2016 telah viral dibeberapa group dan fans page facebook dari kelantan mendapati bahawa air laut melimpah ke jalan. Apabila dilihat pada kalendar pergerakan bulan perigee (paling dekat) adalah bermula pada 15 Januari 2016 dan apogee (paling jauh) pada 30 Januari 2016.







Pada tarikh ini juga jika ditukar kepada tarikh kalendar hijrah bersamaan 15 RabiulAkhir 1437H dimana bulan sudah berusia 15 hari dalam kitarannya.

El-Nino
Insiden yang berlaku ini juga ditambah dengan keadaan El-Nino (panas berpanjangan) yang sedang berlaku di Malaysia. Air memiliki muatan haba tentu yang tinggi berbanding darat. Maka laut menyimpan haba dari El-Nino lebih lama dari daratan maka terdapat perbezaan suhu antara darat dan laut.

Mengikut hukum thermodynamic, perolakan akan berlaku dari kawasan panas (laut) ke kawasan sejuk (darat) yang menghasilkan angin kencang melanda kawasan pesisir.

El Niño means The Little Boy, or Christ Child in Spanish. El Niño was originally recognized by fishermen off the coast of South America in the 1600s, with the appearance of unusually warm water in the Pacific Ocean. The name was chosen based on the time of year (around December) during which these warm waters events tended to occur.

Anda fikir anda tahu Air Pasang Besar, Bulan Mengambang dan El-Nino ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.