Kenapa Membaca Al-Fatihah Dalam Solat Zuhur dan Asar Perlahan Tetapi Maghrib Isyak Subuh Kuat ?


Sunat bagi Imam menyaringkan suaranya pada membaca Al-Fatihah dan surah pada dua rakaat subuh dan dua rakaat pertama pada sembahyang maghrib dan isyak dan demikian lagi sunat akan demikian kuat bagi orang yang sembahyang sendirian.

"Jadi sebagaimana hok (yang) kita maklum, kalu sembahyang maghrib, isyak dengan (dan) subuh, dua rakaat pertama baca kuat. Dua rakaat atau satu rakaat lepas tu, lepas tahiyat awal baca koho (perlahan).
yang kita tahu sokmo (selalu) dah, sembahyang zohor dengan asar, semua rakaat baca koho (perlahan), baca 'slow'. 

Jadi sebab apa koho, gi (pergi, perlakuan tanya) baca kuat ? ramai orang tanya..

Jawapan yang paling tepat sekali, SUNNAH NABI s.a.w."
-Ustaz Azhar Idrus


Hadis

Daripada Ma'mar r.a berkata, khabbab Ibn Al-Aratt r.a seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, iaitu antara sepuluh manusia terawal memeluk agama Islam:



"Jadi dalam hadis ni, dia tanya (ma'mar tanya) kepada Khabbab, nabi baca dok (bacaan) dalam sembahyang zohor dan sembahyang asar ? Pasal kita baca perlahan, nabi baca dok ?
maka jawabnya Khabbab, ya, nabi baca (bacaan dalam sembahyang).

Doh kenal (tahu) duane (macam mana) nabi baca, doh baca koho kang ? macam mana tahu ? balas Ma'mar

Dengan bergerak janggut nabi, balas Khabbab.

Ni dalam hadis ni, dalam hadis lain nabi jelaskan dengan perkataan, dan hadis-hadis tentang perbuatan nabi, sahabat menjelaskan ayat-ayat yang pernah nabi baca ketika sembahyang zohor dengan asar.

Cuma riwayat-riwayat, semuanya dikumpulkan nabi membaca dengan perlahan, (sewaktu zohor dan asar).
-Ustaz Azhar Idrus

Bagaimana Bacaan perlahan ?

Ustaz Azhar Idrus ada menjelaskan bacaan di mana hanya didengar oleh telinga kita sendiri tetapi bukan menggerakkan bibir sahaja tanpa suara atau berbisik..shh..shh..shh. Menggerakkan bibir dan tidak jelas pada pendengaran sendiri adalah tidak sah sembahyangnya, kerana membaca Al-Fatihah dalam sembahyang adalah rukun, rukun Qauli. Rukun yang memerlukan lafaz. Al-fatihah termasuk dalam empat rukun Qauli dalam sembahnyang.

Jika Tidak Mengikut Sunnah Ini adakah sembahyang tidak sah ?

Sebagaimana dipetik ulasan Ustaz Azhar :

"baik, tok imam saloh, mayang (sembahyang) subuh koho (perlahan), mayang (sembahyang) loho (zuhur) karang baca kuat.Tok imam haritu dio saloh, parok sangat bahang (makan) daging.
Kepanasang.Jadi musing (pening) sembahyang zuhur kuat.

Batal dok sembahyang ?

Dok batal. Orang tanya imam Nawawi r.a. (musytahid mazhab).

Siapa yang baca terbalik, subuh dibaca (al-fatihah) perlahan, zuhur al-fatihah di baca kuat, sembahyangnya sah. Perbuatannya itu dipanggil 'menyalahi yang lebih utama'. Meskipun sengaja.Cuma kurang fadilatnya.
-Ustaz Azhar Idrus

sumber : Video Ceramah Ustaz Azhar Idrus (Youtube)

Al-fatihah semestinya wajib dibaca di dalam sembahyang dan surah selepas al-fatihah adalah sunat. Jadi jelas dan terang dalam bacaan al-fatihah adalah wajib, bukan berbisik atau menggerakkan bibir (baca dalam hati) sahaja.Ia boleh menjadikan sembahyang tidak sah kerana tertinggal rukun.

Anda fikir anda tahu Kenapa Membaca Al-Fatihah Dalam Solat Zuhur dan Asar Perlahan Tetapi Maghrib Isyak Subuh Kuat ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum...



  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...