Di Mana Sekarang Ben Nathan Penyanyi Lagu Stanza Sepi Sekeping Hati?

Terima kasih lagi kepada Mamat Khalid yang pandai bermain keybod ketika gelanggang maharajalawak minggu 3 pada jumaat lepas.Tanpa beliau tiada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), tanpa HKLBR tiada watak usin, tiada watak usin tiada scene menyanyi lagu stanza sepi sekeping hati.

Aku boleh bet yang jika tiada scene di mana watak husin menyanyikan dua patah bait lirik lagu stanza sepi sekeping hati tidak akan ada anak muda sekarang yang akan tahu kewujudan lagu tersebut yang dipopularkan sekitar tahun 1989-awal 90-an oleh Ben Nathan atau nama islamnya Ben Adam yang juga seangkatan dengan Ibnor Riza, Nasier Wahab, zamri dan Shidee.



Orang zaman dulu punya suara memang terbaik walaupun kurang pakej personaliti, sekarang semua suara dah tak guna janji kacak dan comel serta seksi dan boleh jadi artis.

Ke mana ben nathan menghilangkan diri?

Kali terakhir yang berjaya dikesan adalah pada tahun 2009 dengan terbitnya satua artikel dari akhbar utusan malaysia yang di tulis oleh Muzlina Abu Bakar.


KISAH 100 tahun dulu jangan diungkit-ungkit, aku lebih suka bercakap tentang projek aku sekarang.


Kisah-kisah dulu, orang boleh bercakap, tapi... apa buktinya? itu reaksi penyanyi Ben Nathan kepada Hits ketika ditanya mengenaikehilangannya yang begitu lama dari dunia seni sejak akhir 1990-an.

Tempoh kehilangan penyanyi itu pernah dikaitkan dengan dakwaan kononnya dia mengalami tekanan jiwa.

Penampilan Ben, penyanyi yang pernah mencuri hati para peminat senisuara hujung tahun 1980-an dengan lagu popularnya, Stanza Sepi SekepingHati dan Penantian Satu Ilusi kini amat berbeza berbanding dengan zamankegemilangannya dulu.

Bagaimanapun, suaranya masih enak didengar ketika dia menyanyikan lagu itu semasa ditemu ramah.

Dengan dua buah lagu popular itu, Ben atau nama Islamnya, Ben Adam,45, bekas artis Guntur Rekod berjaya mencipta nama di persada senitanah air sebaris dengan penyanyi popular ketika itu seperti NassierWahab, Zamri, Shidee dan Ibnor Riza dengan lagu-lagu berirama baladadan cinta.

Dalam pertemuan selama sejam itu, Ben ghairah bercerita mengenaiperancangannya dalam bidang seni suara yang dianggap sudah begitusebati dengan dirinya.
Aku tidak pernah menghilangkan diri dari dunia seni, sebaliknya aku sentiasa berusaha untuk kembali dengan lagu-lagu baru.
Setahun dulu aku ada rakam lima lagu di sebuah studio di Johor dengan penerbitnya, Jeya Rahman.

tapi, bila dia meninggal dunia aku tak tahu apa jadi dengan lagu itu, mungkin master tapenya sudah dijual.

Selepas itu, awal tahun lepas melalui Iedet Production aku dahrakam tiga lagu untuk album terbaru aku,rancak Ben bercerita mengenaiprojek seni yang sedang dirancangnya.

Tiga buah lagu yang telah dirakamkan di Studio Iedet Production ialah Kenangan Silam, Tidak Ku Duga dan Cik Bedah.

Menurut Ben juga, lagu-lagunya kali ini menyentuh isu semasa tanah air dan masyarakat di samping lagu-lagu berunsur cinta.Masa berlalu dan manusia berubah. Aku rasa dalam usia begini selainlagu-lagu cinta, aku juga mahu nyanyikan lagu-lagu yang bakal menjentikminda generasi hari ini


Aku yakin lagu-lagu aku dapat mencuri hati pendengar kerana iramasentimental dan balada memang begitu dekat di jiwa masyarakat Melayudan peminat aku,katanya penuh yakin.

Menurut Ben, proses rakaman albumnya akan disambung tidak lama lagidan sebagai penyanyi dia tidak sabar menunggu untuk bertemu denganpeminatnya.

Memang aku ada dapat undangan menyanyi. Malah Mas Omar (PengarahPromosi/ Promoter Masa Entertainment) ada juga undang aku menyanyi,tapi aku tak mahu.

Buat apa aku menyanyi lagu lama aku. Nanti bila album baru akukeluar orang tak mahu beli. Aku hanya akan menyanyi apabila album akusiap, kita mesti pandai mengatur strategi, Ben mendedahkan rahsiaperniagaannya.

Jelas Ben, selain urusan rakaman dia juga sibuk dengan kerja lainyang mana semuanya akan membantunya menuju ke arah dunia seni yanglebih terjamin.

Apabila ditanya apakah projek lain selain album, tanpa ragu-ragu Ben berkata;

Aku ada banyak projek tapi semuanya rahsia. Aku tak boleh beritahunanti orang lain curi projek aku, ujarnya menyambung perbualan.

Ben yang kini menetap di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor ketika ditanya mengenai apa yang dirinduinya selama menyepi dari bidangseni menjawab:
Sebenarnya aku rindukan kawan-kawan aku dulu. Tapi nak buat macam mana mereka semuanya bawa diri masing-masing.


Aku baik dengan Datuk Shake tapi dia pun tak ada di sini, aku kenal dengan Datuk Khadijah Ibrahim tapi dia sibuk. Aku juga pernah menyanyidengan Mazuin Hamzah tapi entah ke mana dia.

Aku harap bila album baru aku keluar berjudul Setitik Darah YangBerharga, peminat-peminat aku akan menyokong dan membelinya. Hanyadengan itu sahaja, aku dapat terus menyanyi, kata Ben penuh mengharap sebelum dia meminta diri untuk beredar.
muzlina.bakar@utusan.com.my



Ramai yang berkata dia gila dan ada masalah mental sebab itu dia telah 10 tahun lebih menghilangkan diri.Kebanyakkan juga ada yang menemuinya di sekitar kuala lumpur, bukan kuala lumpur sangat la belah-belah petaling jaya sana nun...

Kebanyakkan cerita dan info yang diberikan adalah kawasan yang pernah aku tinggal dahulu, aku pernah tinggal dekat flat sebelah stesen LRT Universiti tu (selalu layan suara awek, next station Universiti haah).Selalu beli goreng pisang yang tak sedap tepi kaki lima tapi tak jumpa pun dengan ben ni.mak cik jual air masih berhutang 50 sen dengan aku ketika tunggu bas rapid kl kat situ haahah.





antara informer yang entah betul ke tidak

Area pantai dalam aku pernah lepak jugak ketika ada medical check-up dulu tumpang rumah membe sambil di bawa makan oleh kawan blogging.Tak pernah jumpa jugak.Central market banyak kali kot aku lalu ketika tunggu bas E berapa entah kat pasar seni nak pergi putrajaya, layan basking kojap haha.

Kenapa aku kalut nak membunuh kucing (curiosity killed the cat) nak tahu ni?


Haa..tu sebabnya bagi sesiapa yang jumpa dengan beliau sila hubungi lah mana-mana SENIMAN apa jadah ni, aku bukan apa.Korang mesti pernah tengok kan 'suara emas' di amerka syarikat yang seorang merempat.Rugi la bakat sebegini di hapuskan dimuka bumi dan digantikan dengan program reality tv yang entah apa-apa tu.

Video Penemuan Ben Nathan Pada sekitar Oktober 2014


video

Updated 2017

Terkini ramai yang mengatakan kelibatnya sering ditemui di sekitar brickfields dan jalan bangsar berseorangan.

Penyanyi legend terpinggir, penyanyi mee segera disanjung.Jangan sampai sebagaimana allayarham ujang samudera mati keseorangan dalam keadaan kekurangan baru kita ambil peduli


video


Setelah hampir 6 tahun post ini di publish (2011) maka episode pencarian penyanyi terkenal 80-an Ben Nathan (Ben Adam) sudah ditemui dan berkemungkinan hidupnya akan mula berubah dengan bantuan orang ramai dan dj dave. Sekembalinya ben nathan mungki boleh menjadi mentor kepada artis sekarang yang tumbuh dengan segera bakat tiada.

Mana tahu suatu hari dia mampu menjadi juri untuk Anugerah juara lagu akan datang dan komposer ternama. Tahniah.



video


sumber: Facebook
             Harian Metro


Anda fikir anda tahu Di Mana Sekarang Ben Nathan Penyanyi Lagu Stanza Sepi Sekeping Hati?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


33 ada idea nak komen:

Catat Ulasan

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...