Tanda-Tanda Akhir Kematian dan Kaitan dengan Waktu Asar


"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70  kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati  orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk  mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Sabda Nabi Muhammad S.A.W
tanda-tanda kematian

100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
 

40 Hari Tanda Sebelum Kematian 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.



Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 Hari Tanda Sebelum Kematian
 Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Nazak atau Tanda Akhir
 Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

 
*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Waktu Asar?
Apa yang membuatkan aku terfikir dan ingin mengkaji adalah kenapa semua tanda ini berlaku pada waktu asar? Mengapa bukan pada waktu yang lain subuh, zohor, maghrib mahupun isyak.

Ya! Wallahuallam, memang hanya Allah yang tahu tetapi kita dikurniakan akal dan pancaindera untuk menkajinya.Jadi berpandukan google dan search engine lain aku cuba mencari maklumat dan kaitkan mengapa waktu asar?

Kebaikan Solat Waktu Asar
Aku cuba menafsir melalui kebaikkan waktu asar, dimana kelebihan solat pada waktu asar.Mengaitkan pada waktu ini terdapat frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau mungkin kurang waras a.k.a gila


Namun melalui pandangan aku ini mungkin agak jauh dari situasi kematian dan aku terus mencari sehinggalah terjumpa...



"wal asri" (demi masa, waktu asar)
Sebagaimana yang diketahui setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan pukul 12:00 a.m tetapi pada waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung hari dan penutup segala catitan pada waktu tersebut.

Sebagaimana yang diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah sebagai peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan menjelma oleh itu sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan kerana masa kian suntuk.

Mungkin ini hanya tafsiran seorang yang amat cetek dalam agama dan mungkin ada yang lebih megetahui akan hal ini jadi cuba kongsikan kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah adalah dari diri aku sendiri

Wallahuallam...

Namun tiada sebarang hadis sahih yang menerangkan tanda-tanda akhir kematian bermula dari 100 hari, maka jangan diambil bulat-bulat penerangan di atas kerana tarikh sebenar manusia akan dijemput ajalnya adalah RAHSIA ALLAH!

Anda fikir anda tahu Tanda-Tanda Akhir Kematian dan Kaitan dengan Waktu Asar? 

Anda fikir sekali lagi

assalamualaikum.... 


Catat Ulasan

116 Ulasan

  1. betul..
    menurut Islam bermulanya tarikh/hari baru adalah ketika masuknya waktu maghrib..
    jadi asar adalah penghujung hari..
    pengetahuan aku setakat ini..
    lebih2 aku tak berani..

    BalasPadam
  2. harap-harap aku dapat mengesan tanda-tanda ini.

    anyway, nice sharing about Asar. Aq slalu tidu lpas Asar. hihi

    BalasPadam
  3. patut laa byk org tido time asar..ni ujian bg sapa2 yg mampu lawan i..hadoi..aku slalu tewas arr..ngantukkzz=.=

    BalasPadam
    Balasan
    1. lawan lah mengantuk tu d kala asar nanti..kita sama sama melawan nya insyahallah kita pasti boleh,sesungguh nya syaitan itu sngat licik dalam misinya melalaikan kita menunaikan seruan ilahi dan rasul nya....

      Padam
  4. akak memang selalu elak tido pas asar tp kdg2 kantoi gak, tp lepas bc ni confirm akan mengelak bersungguh2.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyahallah aka ju muda2han kita dpt mengharungi ujian ini dngn ksbaraan...sesungguhnya solat itu lebih baik daripada tidur....

      Padam
  5. selalu lps tdo time asar selalu kepala penin2 semacam n rasa nak marah2 orang je,tukar la jadual tdo pas zohor hihi

    Mak paksa aku solat?uwaa~

    BalasPadam
  6. seb bek abah pesan awal2 jgan tdo otime asar dri kecik lagi..tapi kalo da penat sgt xdapat la nak kawal...hehe

    BalasPadam
  7. thanks for the info ,
    appreciate it much .

    BalasPadam
  8. saya memang jarang tido waktu siang. kecuali kalau dah terlampau penat dan akan tertidur

    BalasPadam
  9. Setelah Asar tu bila sebenarnya? Sebelum Azan Maghrib ke, Semasa Azan Maghrib ke, Selepas Azan Maghrib? Definisi "Setelah Asar" bila sebenarnya? Oh, satu lagi. Kalau berdenyut-denyut tu lama ke sekejap?

    BalasPadam
  10. betul fakta tentang asar tu, selalu kalau tidur petang bila bangun je mesti sakit kepala rasa bingung and perasaan macam nak marah marah orang.

    even baby pun kalau tidur petang bila bangun mesti dia nangis, nangis yang teramat kuat. nenek kata sebab kena ganggu jinn.

    wallahu'alam.

    BalasPadam
  11. hana pinjam entry ni ya dan post di blog hana.sekadar perkongsian sahabat sesama Islam terima kasih :)

    BalasPadam
  12. adakh kita akan merasa getaran/menggigil itu setiap masa di spjg 100hr tsbt? Adakh hanya slps waktu asar shj atau bagaimana?

    BalasPadam
  13. em menggigil tu macam mana

    BalasPadam
  14. jawab soalan musta..
    -hahah ape lah asalkan nak masuk waktu asar je jangan lah tidur..sedar x sedar..lepas asar orang2 semua balik dari kerja dan penatkan??tu buat kite tertidur dan xdpt elakkan nye..tpi ape yg aqu thu lah dari kite tidur kite dpt elak dgn buat aktiviti lain..beriadah ptang hari ke kan ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. bole juga itu aktiviti yng shat dan brfaedah...buat lah apa saja yng baik2 asalkan jgn lupa waktu solat itu....brjalan lah d muka bumi allah dngn pnuh rendah diri dn penuh kesukuraan....sesungguhnya allah s.w.t sangat pemurah dan penyayang...

      Padam
  15. macam mane law kite rase itu ada lah saat kite,tpi tidak pasti,sebap pade mase yg same saye menglami sakit perut iaitu keracunan makanan dan tibe2 pusat o perut saye terase berdenyut2,sampai sekarang hati saye berase tidak sedap kerana memikir kan a itu.

    BalasPadam
  16. saya penah menggigil satu badan. tp ketika itu waktu zuhur hr jumaat. saya igt nk tdo sekejap, tiba2 seluruh badan saya menggigil. adakah itu salah satu tanda2 kematian.

    BalasPadam
  17. Smoga kite tergolong org2 yg mendapat ptunjuk...amin

    BalasPadam
  18. bru hari isnin aq dpt rase denyutan antara dahi kanan dan dahi kiri..tapi denyutan 2 sebelum asar...reply?

    BalasPadam
  19. Kelakuan sbelum kematian

    BalasPadam
  20. semoga allah s.w.t memberi kita kesalamatan dunia dan akhirat,mati itu benar smua manusia akan merasai mati...setiap yng brnyawa pasti akan merasai mati....dari allah s.w.t kita dtng kepadanya juga kita akan d kembalikan....sama2 la kita memperbaiki amalan kita agar mendapat kesudahan yang baik d alam kubur dan akhirat dan d ari d mana kita akan d bngkit kn semua...

    BalasPadam
  21. kelmarin saya dah mendapat tanda denyutan ditangan bila terfikir ini tanda kematian lalu denyutan itu bhenti.3hr lepas dalam mimpi kak disuruh dengan tegas baca yassin sebanyak 3x. Dan 2 minggu yang lepas mimpi arwah mak datang menjengguk di tepi pintu.Allah ini ka tanda yang dijanji?

    BalasPadam
  22. ingat kepada ALLAH selalu,jaga anak isteri jaga diri sendiri

    BalasPadam
  23. Aku Naik Saksi Bahawasanya Tiada TUHAN Melainkan ALLAH Dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh ALLAH ... Hidup Mati Ku Hanya Lah Kejalan ALLAH SWT,ALLAH HU AKBAR

    BalasPadam
  24. Menggeletar tu sepanjang tempoh 100 hari tu ke? Dan kalau menggeletar sebelum waktu Subuh tu adakah didefinasikan sebagai tanda kematian.Anybody yang ada jawapan please share

    BalasPadam
  25. Menggeletar tu sepanjang tempoh 100 hari ke dan kalau menggelrtar tu berlaku sebelum Subuh adakah didefinasikan sebagai tanda kematian?Sesiapa yang ada jawapan please share

    BalasPadam
  26. yg sy tahu, ustaz ckp slh 1 klebihan subuh dan asar ialah pertemuan antara malaikat siang dan mlm. kire malaikat gak ade shift, yg Allah amanahkn utk mereka turun ke bumi dgn tugas masing2. jd mereka akn berkumpul pd waktu subuh dan asar di bumi. abes je subuh, malaikat mlm akn naik ke langit, bile abes asar lak malaikat siang lak naik ke langit. sbb tu ayam byk bkokok waktu subuh n asar sbb nmpk byk malaikat. tp xtau la pe kaitan ngan tnda kematian. hehe..

    BalasPadam
  27. Pandangan peribadi saya.. kematian itu wajib diingati sepanjang masa supaya kita sentiasa bersedia.

    BalasPadam
  28. semoga kita semua mati sebagai orang yang beriman... amin..

    BalasPadam
  29. minta saya share dalam blog saya...thnx

    BalasPadam
  30. Kalau dalam pukul 2 mcm tu,pusat bergetar pun tanda2 jugak ke?

    BalasPadam
  31. assalamualaikum. kepada yang guna pengenalan tanpa nama tu..serah kan semua pada allah.sebab sy pun rasa mcm awak rasa.sedih pun ada tapi sy mesti terima apa saja janji allah.setiap yang hidup pasti akan mati.semoga allah terima setiap taubat saya amin.doakn. saya dapat pergi dengan baik menuju kejalan allah amin.wassalam semua.Pada

    BalasPadam
  32. buat orang solat asar bagus dan bagi orang tak solar asar tak tawu apa nak jadim

    BalasPadam
  33. Ya Allah, semoga aku dimatikan sebagaimana aku dilahirkan yakni dalam Islam..Amin.Mohon copy perkongsian ini ke dalam blog saye.TK.

    BalasPadam
  34. Kejayaan jin dan manusia hanyalah dalam agama. Kejayaan manusia sejauh mana manusia taat perintah ALLAH SELURUH KEHIDUPAN IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW. BUKAN ikut cara yahudi, bukan ikut cara nasrani, bukan ikut cara majusi, bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara eropah, bukan ikut cara barat, bukan ikut cara timur, bukan ikut cara maju, bukan ikut cara kuno, bukan ikut cara orang putih, bukan ikut cara orang melayu, bukan ikut cara orang miskin, bukan ikut cara orang kaya tetapi ikut cara NABI MUHAMMAD SAW. ORANG KAYA bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia akhirat. Orang miskin bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia dan akhirat. Orang miskin dan orang kaya tolak agama dua-dua gagal dunia akhirat.
    Nak Berjaya dunia dan akhirat WAJIB SOLAT. Kalau solat pun tak buat tak ada kehidupan.nabi MUHAMMAD beri tau orang tak solat kafir terang-terangan. Orang tak solat adalah penjenayah yang paling besar. Dosa orang yang meninggalkan solat ialah:-
    Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

    Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
    Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
    Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
    Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibu sendiri bagi lelaki, dan berzina dengan bapak sendiri bagi perempuan Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
    Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”

    BalasPadam
  35. Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
    Artikel ini adalah artikel berpesan-pesan pada diri saya yang hina ini. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebanaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.
    Sahabatku sekalian, bangunlah dari tidur. Sembahyanglah kamu sebelum kamu yang disembahyangkan.
    ###################
    Jika anda mempunyai masa yang lebih untuk meneruskan bacaan, maka kami berharap dapatlah kita sama-sama membaca azab Allah kepada kita samaada kita sedar atau tidak.
    ********
    Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:
    Dunia
    1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
    2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
    3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
    Sakaratul Maut
    1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
    2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
    3. (su’ul khatimah)
    4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
    Alam Barzakh
    1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
    2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
    3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
    4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
    Hari Qiamat
    1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
    2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
    3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.
    Nota : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu’akkad yang sangat dituntut – ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.
    ANCAMAN BAGI ORANG ISLAM YANG MENINGGALKAN SHOLAT 5 WAKTU
    Barang siapa melalaikan sholat, Allah SWT akan menyiksanya dengan 15 siksaan. Enam siksaan di dunia, tiga siksaan ketika meninggal, tiga siksaan di alam kubur, tiga siksaan saat bertemu dengan Allah SWT.

    Ketika Malaikat Jibril turun dan berjumpa dengan Rasulullah SAW, ia berkata, “Wahai Muhammad, Allah tidak akan menerima puasa, zakat, haji, sedekah, dan amal saleh seseorang yang meninggalkan sholat. Ia dilaknat di dalam Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Quran. Demi Allah, yang telah mengutusmu sebagai nabi pembawa kebenaran, sesungguhnya orang yang meninggalkan sholat, setiap hari mendapat 1000 laknat dan murka. Para malaikat melaknatnya dari langit pertama hingga ketujuh.

    Orang yang meninggalkan sholat tidak memperoleh minuman dari telaga surga, tidak mendapat syafaatmu, dan tidak termasuk dalam umatmu. Ia tidak berhak dijenguk ketika sakit, dihantarkan jenazahnya, diberi salam, diajak makan dan minum. Ia juga tidak berhak memperoleh rahmat

    BalasPadam
  36. Allah.Tempatnya kelak di dasar neraka bersama orang-orang munafik, siksanya akan dilipatgandakan, dan di hari kiamat ketika dipanggil untuk diadili akan datang dengan tangan terikat di lehernya. Para malaikat memukulinya, pintu neraka jahanam akan dibukakan baginya, dan ia melesat bagai anak panah ke dalamnya, terjun dengan kepala terlebih dulu, menukik ke tempat Qarun dan Haman di dasar neraka.

    Ketika ia menyuapkan makanan ke dalam mulutnya, makanan itu berkata, ‘Wahai musuh Allah, semoga Allah melaknatmu, kamu memakan rezeki Allah namun tidak menunaikan kewajiban-kewajiban dari-Nya.’ Ketahuilah, sesungguhnya bencana yang paling dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib yang paling nista adalah kurangnya perhatian terhadap sholat lima waktu, sholat Jumaat, dan sholat berjemaah. Padahal, semua itu ibadah-ibadah yang oleh Allah SWT ditinggikan derajatnya, dan dihapuskan dosa-dosa maksiat bagi siapa saja yang menjalankannya.

    Orang yang meninggalkan sholat karena urusan dunia akan celaka nasibnya, berat siksanya, merugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya. Ia dibenci Allah, dan akan mati dalam keadaan tidak Islam, tinggal di neraka Jahim atau kembali ke neraka Hawiyah.”

    Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa meninggalkan sholat hingga terlewat waktunya, lalu meng-Qodhonya, ia akan disiksa di neraka selama satu huqub (80 tahun).... Sedangkan ukuran satu hari di akhirat adalah 1000 tahun di dunia.” Demikian tertulis dalam kitab Majalisul Akbar.

    Sementara dalam kitab Qurratul Uyun, Abu Laits Samarqandi menulis sebuah hadis, “Barang siapa meninggalkan sholat fardu dengan sengaja walaupun satu sholat, namanya akan tertulis di pintu neraka yang ia masuki.” Ibnu Abbas berkata, ”Suatu ketika Rasulullah SAW bersabda, ‘Katakanlah, ya Allah, janganlah salah seorang dari kami menjadi orang-orang yang sengsara.’ Kemudian Rasulullah SAW bertanya, ‘Tahukah kamu siapakah mereka itu?’ Para sahabat menjawab, ‘Mereka adalah orang yang meninggalkan sholat. Dalam Islam mereka tidak akan mendapat bagian apa pun’.

    Disebutkan dalam hadis lain, barang siapa meninggalkan sholat tanpa alasan yang dibenarkan syariat, pada hari kiamat Allah SWT tidak akan memedulikannya, bahkan Allah SWT akan menyiksanya dengan azab yang pedih. Diriwayatkan, pada suatu hari Rasulullah SAW berkata, ”Katakanlah, ya Allah, janganlah Engkau jadikan seorang pun di antara kami celaka dan diharamkan dari kebaikan.”“Tahukah kalian siapakah orang yang celaka, dan diharamkan dari kebaikan?”“Siapa, ya, Rasulullah?” “Orang yang meninggalkan sholat,” jawab Rasulullah. Dalam hadis yang berhubungan

    BalasPadam
  37. dengan peristiwa Isra Mi'raj, Rasulullah SAW mendapati suatu kaum yang membenturkan batu ke kepala mereka. Setiap kali kepala mereka pecah, Allah memulihkannya seperti sedia kala. Demikianlah mereka melakukannya berulang kali. Lalu, beliau bertanya kepada Jibril, “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?”
    “Mereka adalah orang-orang yang kepalanya merasa berat untuk mengerjakan sholat,” jawab Jibril.

    Diriwayatkan pula, di neraka Jahanam ada suatu lembah bernama Wail. Andaikan semua gunung di dunia dijatuhkan ke dalamnya akan meleleh karena panasnya yang dahsyat. Wail adalah tempat orang-orang yang meremehkan dan melalaikan sholat, kecuali jika mereka bertobat. Bagi mereka yang memelihara sholat secara baik dan benar, Allah SWT akan memuliakannya dengan lima hal, dihindarkan dari kesempitan hidup, diselamatkan dari siksa kubur, dikaruniai kemampuan untuk menerima kitab catatan amal dengan tangan kanan, dapat melewati jembatan shirathal mustaqim secepat kilat, dan dimasukkan ke dalam surga tanpa hisab. Dan barang siapa meremehkan atau melalaikan sholat, Allah SWT akan menyiksanya dengan 15 siksaan. Enam siksaan di dunia, tiga siksaan ketika meninggal, tiga siksaan di alam kubur, dan tiga siksaan saat bertemu dengan Allah SAW. Adapun enam siksaan yang ditimpakan di dunia adalah dicabut keberkahan umurnya, dihapus tanda kesalehan dari wajahnya (pancaran kasih sayang terhadap sesama), tidak diberi pahala oleh Allah semua amal yang dilakukannya, doanya tidak
    diangkat ke langit, tidak memperoleh bagian doa kaum salihin, dan tidak beriman ketika roh dicabut dari tubuhnya. Adapun tiga siksaan yang ditimpakan saat meninggal dunia ialah mati secara hina, mati dalam keadaan lapar, dan mati dalam keadaan haus. Andai kata diberi minum sebanyak lautan, ia tidak akan merasa puas.

    Sedangkan tiga siksaan yang didapat dalam kubur ialah, kubur mengimpitnya hingga tulang-belulangnya berantakan, kuburnya dibakar hingga sepanjang siang dan malam tubuhnya berkelojotan menahan panas, tubuhnya diserahkan kepada seekor ular bernama Asy-Syujaul Aqra. Kedua mata ular itu berupa api dan kukunya berupa besi, kukunya sepanjang satu hari perjalanan. ”Aku diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyiksamu, karena engkau mengundurkan sholat Subuh hingga terbit matahari, mengundurkan sholat Zuhur hingga Asar, mengundurkan sholat Asar hingga Magrib, mengundurkan sholat Magrib hingga Isya, dan mengundurkan sholat Isya hingga Subuh,” kata ular itu.Setiap kali ular itu memukul, tubuh mayat tersebut melesak 70 hasta, sekitar 3000 meter, ke dalam bumi. Ia disiksa dalam kubur hingga hari kiamat. Di hari kiamat, di wajahnya akan tertulis kalimat berikut: Wahai orang yang mengabaikan hak-hak Allah, wahai orang yang dikhususkan untuk menerima siksa Allah, di dunia kau telah mengabaikan hak-hak Allah, maka hari ini

    BalasPadam
  38. berputus asalah kamu dari rahmat-Nya.

    Adapun tiga siksaan yang dilakukan ketika bertemu dengan Allah SWT adalah, pertama, ketika langit terbelah, malaikat menemuinya, membawa rantai sepanjang 70 hasta untuk mengikat lehernya. Kemudian memasukkan rantai itu ke dalam mulut dan mengeluarkannya dari duburnya. Kadang kala ia mengeluarkannya dari bagian depan atau belakang tubuhnya. Malaikat itu berkata, ”Inilah balasan bagi orang yang mengabaikan kewajiban-kewajiban yang telah ditetapkan Allah.” Ibnu Abas berkata, ”Andai kata satu mata rantai itu jatuh ke dunia, niscaya cukup untuk membakarnya.”
    Kedua, Allah tidak memandangnya. Ketiga, Allah tidak menyucikannya, dan ia memperoleh siksa yang amat pedih. Demikianlah ancaman bagi orang-orang yang sengaja melalaikan sholat. Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada orang yang bersegera menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi apa yang dilarang oleh-Nya. Amin..

    Rasulullah SAW bersabda, “Sembahlah Allah seakan engkau melihat-Nya. Apabila engkau tidak dapat melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu.”
    (HR Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah SAW. bersabda, “Barangsiapa meninggalkan shalat hingga terlewat waktunya, lalu ia mengqadhanya, maka ia akan disiksa di dalam neraka selama satu huqub, satu huqub sama dengan 80 tahun, dan satu tahun terdiri dari 360 hari. Sedangkan ukuran satu hari ( di akhirat ) adalah 1000 tahun ( di dunia ).“

    ( Majalisul Abrar )

    Di dalam lughat, huqub artinya waktu yang sangat panjang. Tetapi menurut kebanyakan hadist, bermakna seperti di atas, yaitu 80 tahun. Perhitungan demikian tertulis dalam kitab Durrul Mantsur.

    Ali r.a. pernah ditanya oleh Hilal Hijri r.a., “Berapa lamakah satu huqub itu?” Ali r.a. menjawab, “Satu huqub adalah 80 tahun, dan setahun adalah 12 bulan, dan setiap bulan adalah 30 hari dan satu hari sama dengan 1000 tahun hari di akhirat.” Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan dalam riwayat yang shahih bahwa satu huqub sama dengan 80 tahun.

    Abu Hurairah r.a. telah mendengar langsung dari Rasulullah SAW. bahwa satu huqub sama dengan 80 tahun dan satu tahun sama dengan 360 hari dan satu hari di akhirat sama dengan 1000 tahun perhitunganmu ( di dunia ). Kemudian Abdullah bin Umar r.a. berkata, “Kita jangan merasa cukup bahwa dengan iman yang kita miliki, pada akhirnya kita akan diangkat dari neraka, yaitu bila akan

    BalasPadam
  39. diangkat dari neraka setelah 28.800.000 tahun. Dan apabila disebabkan oleh dosa lainnya, maka akan lebih lama lagi mendiami neraka.”

    Manuskrip Lama Untuk Yang Tak Solat
    Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara “middle east”. Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama, bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah. Amin
    Seorang nasrani berkata, “saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi.”
    Seorang majusi pula berkata, “saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir.”
    (cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir… cuba kita lihat pula apa orang kafir kata… )
    Seorang kafir pula berkata, “saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing.”
    Anjing pula berkata, “saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi.”
    (mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia… )
    Babi pula berkata, “saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat atau sembahyang”.
    Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.
    Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman… adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?
    Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar… maha suci ALLAH.

    BalasPadam
  40. Dosa Meninggalkan Solat Lebih Besar Dari Berzina...15 Julai 2011

    Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.
    Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

    Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

    Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.

    Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

    BalasPadam
  41. Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

    Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

    Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”

    Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”

    Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

    Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

    Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.


    p/s: copy paste from iluvislam..sekadar untuk perkongsian
    nauzubillahiminzalikh..jauhkan lah aku dari kedua2nya YA ALLAH...ameen

    BalasPadam
  42. SAMA SAMA KITA MENJAGA SOLAT DAN MENINGKATKAN KUALITI SOLAT. TIADA GUNA RAJIN BERSOLAT TAPI DALAM KEADAAN JAHIL PASAL SOLAT...

    BalasPadam
  43. alhamdulillah. berasa insaf dgn artikel & perkongsian ilmu yg dipaparkan. berazam jadi lebih baik, beriman & mperbaiki amalan. ameen. mohon izin kongsi maklumat ini d fb utk kemaslahatan semua. tq.

    BalasPadam
  44. Org yg tny bodoh gak..dia bkn Tuhan nak decide tu tanda kematian ke apa..klu korg tny pn mn le jwb...Hanya Dia yang tahu apa yg terjadi di langit dan di bumi...

    BalasPadam
  45. Sesuatu yang tidak sabit dengan nas dari al-Quran atau as-Sunnah, tidak harus dijadikan iqtiqad. Termasuklah juga perkara-perkara ghaib. Urusan aqidah dan kepercayaan adalah urusan agama. Oleh itu, tiada siapapun harus mendakwa sesuatu itu sebagai keyakinan agama atau amalan agama melainkan ia wajib mendatangkan dalil yang soheh dari al-Quran atau as-Sunnah. Sabda Nabi -sallallahu alaihi wasallam-; "Sesiapa mereka-reka dalam urusan kami ini (yakni urusan agama) apa-apa yang bukan darinya, maka ia adalah tertolak". Adapun suatu dakwaan yang dibuat atas dasar pengalaman, kajian, penelitian dan sebagainya -bukan atas dasar agama-, itu terserah kepada setiap individu sama ada untuk menerima atau menolaknya berpandukan penilaian akal masing-masing.

    sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=219.40

    BalasPadam
  46. Salam...
    Baru2 ni masa tgh solat maghrib (masa sujud) tiba2 bawh pusat bdenyut 2x pas tu hilang...adakh i2 tanda kematian? jika benar, mdhn, Allah pmudhkn kematian sy dn mati dlm keimann..aamiin..

    Admin, sy mohon share artikel anda ya? tq..

    BalasPadam
  47. apakah bila tanda pertama sudh dirasakan waktu ashar, pasti itu tanda2 kmatian atau hanya kebetulan sja?

    BalasPadam
  48. Kepastian atau kebetulan...tetap WALLAHu A'alam..................................DIA yg MAHA MENGETAHUI.........................

    BalasPadam
  49. A very gd one indeed... Aku ni baru nk blajar Solat n mengaji... Nk memperbaiki diri.... Tp... Ramai yg ketawakan dan kutuk2 aku...:(

    BalasPadam
  50. kematian itu suatu rahsia.. hanya yang mengalami akan merasai.. namun untuk menceritakan akan apa yang dirasainya ia pasti terbatas.. melainkan orang yang dikehendakiNya supaya ia memberi peringatan pada yang lain.. kematian itu rahsia Allah swt.. tanda-tanda ini adalah suatu anugerah pada mereka-mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah swt. wallahualam

    BalasPadam
  51. sekarang gua tanya bagian pusat itu apa?
    bagian belakang ubun ubun?
    *genius

    BalasPadam
  52. saya ada merasakan seperti tanda-tanda diatas cume di terjadi bukanlah selepas waktu asar tetapi setiap masa,waulahualam bisawap..

    BalasPadam
  53. hanya Allah swt yg maha mengetahui..

    BalasPadam
  54. Klo tanda 100 hari kematian yang pertama tu badan bergetar2 dan menggiggil ...effect tu klo terjadi semasa hendak bangun drpd tidur tu tanda 100 hari kematian ke

    BalasPadam
  55. hanya Allah swt yg mengetahui segalah kejadian dibumi dn dilangit jodoh nrezeki dan kematian semuanya dari Allah swt yg mengetahui segala2nya.

    BalasPadam
  56. Moga perjuangan kita mendapat ganjaran syurga..amin..

    BalasPadam
  57. lg terasa bila tgk citer renungan ajal kat astro oasis

    BalasPadam
  58. klau ada kt astr oasis bermakna btl la ye tentang tanda2 kematian ni?saya mcm terasa semua tanda2 ni cume die bknlah hanya selepas asar..die datang bile2 masa..ada x yg pernah merasai sama spt saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pn merasai perkara yg sama... setiap masa badan berdenyut..takut bila fikir kematian. tp bershukur mungkin ini hidayah dari Allah...sekarang hati tenang sedikit bila berserah pada Allah.. kematian adalah rahsia Allah.. semenjak dr itu saya jd rajin solat..x tggl2 mcm selalu.. berzikir dan berdoa...moga d beri kekuatan dan di jauhi dr syaitan dan juga iblis...

      Padam
  59. jika kita tertawa, renungkanlah akan kematian kita.

    BalasPadam
  60. terimakasih atas informasi nya yang telah anda berikan.

    BalasPadam
  61. cukup terkesan dengan informasi tersebut.

    BalasPadam
  62. kiamat pasti tiba entah engga tau kapan datangnya :(

    BalasPadam
  63. alangkah bertuahnya sekiranya aku menyedari tanda-tanda kematianku.......

    BalasPadam
  64. erm pernah rase gak..selalu sgt2, kdag2 konfius bnde tu dari gangguan jin atau kebetulanatau betul2..ya Allah geruunya bile pk2..

    BalasPadam
  65. Ada segelintir manusia, begitu mudah terpengaruh mendengar ceramah tentang nikmat-nikmat syurga menyebabkan mereka seboleh-bolehnya mengenalpasti apakah tanda-tanda bila nak mati. Matinya seseorang itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Sebagai manusia, kita sepatutnya mengikut suruhanNya dan menjauhkan perkara yang dilarang olehNya.

    Dalam sejarah, ramai juga yang tahu bila saat kematian dia.

    Orang yang nak kena hukum bunuh.
    Orang yang doktor kata: "ada lagi 2 bulan untuk hidup"
    Yang sangat istimewa, tiada yang lebih istimewa di seluruh alam dan setiap zaman - Baginda Rasullullah S.A.W. Turun saja ayat "Al yaumal akmal tulakum dinnakum", terus semua Sahabat R.A tahu Baginda S.A.W dah nak "Pulang" (tanggungjawab dah sempurna) dan susana yang asalnya gembira kerana Islam dah sempurna bertukar muram semuramnya kerana Kekasih bakal bertemu Kekasih dah.
    *MOGA MENJADI IKTIBAR KEPADA KITA.. YANG MATI ITU ADALAH RAHSIA DARI ALLAH SWT..

    BalasPadam
  66. baru2ni suami saya tertidur setelah kepenatan pas habis bekerja.time waktu asar,tiba2 badannya menggeletar sekejap.dia tak sedar badannya menggeletar dari kaki.cuma saya yg nmpk apa terjadi.adakah itu sebagai suatu petanda?saya rasa tak sedap hati sgt

    BalasPadam
  67. saya pn mengalami tanda2 seperti berdenyut di dahi dan lidah. tapi bkn selepas saja tapi x kira masa

    BalasPadam
  68. mengingat kematian adalah suatu hal yg sangat baik krn akan membuat kita takut akan smua dosa. dan mendekatkan diri pada ILLAHI. tapi tanda kematian.???? bukankah itu rahasia ALLAH SWT. tentang dimana kapan dan bagaimana kita akan mati. yg lebih baik kita pahami bagaimana kalau tiba-tiba kita mati ?. sudah adakah bekal menghadapinya? jangan berharap dapat tanda baru cari bekal. telat mas lagian mana sih dalil tanda tanda kematian itu.??????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betol saya sokong dgn hujah anda.dah nk mati baru nk cari bekal...

      Padam
  69. Bila baca entri asyik terfikirkn jew.. kdg2 kita terlalu ikutkn sgt.. semuanya hanya Allah Taala shj yg tau.. mudahan kita ambk iktibar dr apa yg berlaku.. kita hanya mampu berdoa dan memohon kepadaNYA tp dia yg menentukn segalanya.. Aku hanya mampu berdoa Allah panjgkn umur aku, keluarga ku dan org yg aku syngi dan aku cintai. sihatkn kami dan jauhkn dr sbrg perkara yg x diingini.Amiiinnn.. aku pon selu ikutkn persaan n kdg2 berfikir n rasa mcm yg korg rasa pastu termenung bila ingtkn blk tp itu semua krn kita terlalu ikutkn perasaan.. semoga semua yg berlaku mnjdi peringatan kpd kita semua.. Berubah untuk jd lbh baik.. Allah maha mendengar dan maha pengampun..

    BalasPadam
  70. saya haritu xlah demam sangat, panas dalam je, tapi berlaku time subuh, seluruh badan menggigil, pucat, tu disebabkan demam biasa atau ape?

    BalasPadam
  71. oppa gangnam style..op...op...op...oppa gangnam style

    BalasPadam
  72. Ya Allah, tak tahu macam mne nak ckp lagi. Sebab almost semua tu penah rasa. Yang menggigil tu, stiap malam rasa. Mlam malam terjaga lepas tu bdn terasa menggigil sangat. Bila teringat mati, gigil tu menghilang. Allah je yang tahu betapa takutnya aku :( mcm betul2 je.

    BalasPadam
  73. @hamba allah
    saya turut merasakan jua... tidak tetap pada waktu asar.. begertar dan pusat berdenyut.... masih terasa... anda bagaimana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun ada merasa begetar dlm beberspa bulan lepas. Tetapi semlm plak saya rasa seperti pusat saya berdenyut dan ngilu2 gitu adakah itu petanda nya yg masa saya sudah hampir tiba?ya allah takut saya.sbb saya terlalu bnyk dosa dan belom sempat bertaubat lagi.ya allah ampun kn lah dosa2 ku pnjangkn lah umor ku agar aku dpt beribadat padamu jika benar masa ku sdah tiba kau permudahkanlah sakaratul maut ku .amin

      Padam
  74. Salam...saya nak kongsikan sedikit info berkenaan waktu asar. info ini saya dapat melalui ibu saya yg sering belajar ilmu agama di masjid2 bersama dengan ustat2 dan ustaza2.ibu saya selalu berpesan...amalan seharian kita akan dibawa naik menghadap ALLAH oleh malaikat yg mencatit kebaikan dan keburukan dibahu kanan dan kiri kita pada setiap penghujung waktu asar dan catitan baru pada hari berikutnya bermula waktu magrib sehingga dihujung waktu asar esoknya. Wallahhualam...

    BalasPadam
  75. Saya terasa deyuntan sama seperti nadi saya ketika sedang berehat di katil dan ianya berlaku selepas subuh, adakah itu pertanda 40 hari...?

    BalasPadam
  76. Saya terasa deyuntan di pusat dan ia sama seperti nadi saya ketika sedang berehat di katil dan ianya berlaku selepas subuh, adakah itu pertanda 40 hari...?

    BalasPadam
  77. Untuk semua yg tlh dpt merasa kn seperti tsnda2 kematian termasuk saya mari lah kt sama2 insaf dan mulakn hidup baru dgn mengerjakn perintah allah seblm trlmbat biar pun kt hnya dpt melakukn nya dlm jangkamasa yg pendek.mudah2an allah terima taubat kt semua dan permudahkn sakaratul maut kt.amin

    BalasPadam
  78. Assalamualaikum smua
    Sahabt ku..
    saya ingin berkongsi dengan anda smua sya sudah mengalami smua yang ada di artikel ini..apa yang saya slidik mlalui rakan dan ustaz dan para arkam..baru lah sya mmhmi nya sdikit .memang kmatian itu adalah rahsiah Allah..d sni ada supaya kita sntiasa mmpringatkan ..kamu percayalah ini ada lah anugerah Allah berikan pada kita..sedar x kalian ini adalah teguran Allah ..ini daah hidayah..agar supaya kita sntiasa ingat pada Allah..bgi yang mersakan nya brsyukur lah kita ..agar kita sllu ingt kan kmatian ..rasul prrnah brtanya pada sahabat nya ..siapakah orang yang paling bijak d muka bumi ini..ialah orang yang sllu mngingatkan kmatian..bershukur kita ..kita msti sllu ingt kan Allah ..untuk kita smua ..jangn sia siakan pluang ni untuk kita dekat dri pada Allah..syukur smnjak saya mngalami ni..sya sllu solat dah..zikir tu pnting..bila kita brzikir kita sprti berinteraksi kpadanya..sama samalah kita mmprbtulkan ahlak kita ..slagi nyawa kita blum smpai d halkum ..Allah masih bri kita untuk brtaubat..x caya tanya ustaz..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya alami mcm sejuk sesaat sampai tulang kaki...itu tandanya

      Padam
    2. Blh saya call awak

      Padam
  79. Menggeletar tu hampir ttiap hari rasa. Da lama da. Makin diifikir ,makin diirunsiiing makin menjadi. Munkin ini hanya mainan syaitan yg nak mengelirukan dan melemahkan iman. Pusat bedenyut. Dah hampir 2 bulan aku rasa. Ntah lah. Mohon semua selidik dan kaji dengan org yg lebih arif dan sama2 lah kita mencari kebenarannyya. Kerna perkara ini telah merunsingkan ramai org apatah lagi bagi individu yg lemah semangat dan imannya.

    BalasPadam
  80. Boleh tanya? Dari mana dalil tanda-tanda kematian ini??? Boleh nyatakan sumbernya sama ada hadis, karangan ulama mana atau kitab mana ???

    BalasPadam
  81. nak tanya jugak adakah ini dari hadis sahih...sebab sy mencari jgk tentang ini...

    BalasPadam
  82. Pada awal tahun ini saya didiagnos mengalami mild heart attack dan telah menjalani pembedahan.... setelah kejadian itu, saya mula cenderung kepada mengingati mati.... bila2 masa jantung saya mungkin akan terhenti tanpa amaran.... kini telah 8 bulan setelah saya menjalani rawatan.... cuma kebelakangan ini saya ada terasa denyutan di bahagian dahi (tidak kerap), cuma sekali sekala denyutan itu hadir.... saya tertanya2 adakah sudah hampir masanya....

    BalasPadam
  83. jikalau hanya bergetar di bahagian lengan kiri apakah maksudnya? tolong jawab please

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Tanpa nama....awak rase bergetar sejak 2012 ker? saye pon rase bergetar xkira masa baru2 ni....

      Padam
  84. bergetar mcmmana ya???? bergetar or berdyut2????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak rasa mcmna..saya sejuk seaakn nk gigil sesaat..

      Padam
  85. sya_aisyah..
    mcm mana awak sekrg...msh merasa getaran lagi ker

    BalasPadam
  86. Gigil mcmna..getar mcma...saya asyik ngis..ingt ank kecik...

    BalasPadam
  87. sy nk tanya , bdn sy sentiasa bergetar bila bangun tido smpai lah ke malam . adakah itu tanda kematian juga ?

    BalasPadam
  88. Nk tnye ... yg komen2 di atas terasa tanda tanda ada lagi yg panjang umur ke ?

    BalasPadam
  89. Saya nak tanya saya ada rasa menggigil tengah malam .tapi saya x pasti sama ada kebas atau menggigil..sebab waktu tu tengah nak tidur...dua kali jadi malam tu...menggigil tu kuat atau tidak...???rasa lazat macam mana..??tolong balas secepat mungkin boleh..???

    BalasPadam
  90. Saya nak tanya saya ada rasa menggigil tengah malam .tapi saya x pasti sama ada kebas atau menggigil..sebab waktu tu tengah nak tidur...dua kali jadi malam tu...menggigil tu kuat atau tidak...???rasa lazat macam mana..??tolong balas secepat mungkin boleh..???

    BalasPadam
  91. Saya nak tny mksud brdrnyut di bhgian pusat tu slepas asar kan?..maksud selepas asar tu shingga maghrib n isyak or btul btul lepas asar? tolong balas ..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. semua ni tak betul.sy ada kawan yg pernah lalui semua ni.pusat bgerak kepala dan dahi.benda tu dah lama jadi kat dia tapi alhamdulillah takda ppe.dia pegi berubat ade yg ckp gangguan.jadi jgn pcaya semua ni takut khurafat.

      Padam
  92. Bagaimana kalau dia bergetar kat setengah tempat , lutut , tangan , bukan seluruh badan , dan kekadang waktu maghrib , isya ....adakah ia tandanya

    BalasPadam
  93. dia meninggal dalam keadaan suci dan bersih dari segala kotoran kerana ALLAH sayangkan dia

    BalasPadam