Header Ads

Contoh Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam Kundasang-Kota Kinabalu Sabah


"Itinerary Percutian Kundasang dan Kota Kinabalu"

Mula-mula fahami apa itu itinerary. Itinerary adalah 'a planned route or journey', satu perancangan dalam suatu perjalanan dan percutian.


Contoh Itinerary Percutian Kundasang Kota Kinabalu
Sebagai seorang traveler kita perlu ada satu perancangan dalam percutian. Tidak kisah backpacker atau traveler yang sorong troli, perancangan masa dan perbelanjaan serta tempat yang ingin dikunjungi perlu ada.


Memudahkan segala urusan tanpa pembaziran masa.

Itinerary Kota Kinabalu - Kundasang

Itinerary ini berdasarkan pengalaman penulis yang telah melakukan satu trip percutian 4 hari 3 malam sekitar Sabah. Lebih terperinci, Kundasang dan sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Hari 1


Replika Kubis Kundasang
Replika Kubis Kundasang
1. KLIA2 ke KKIA 

Penerbangan yang akan memakan masa dua jam setengah dengan mana-mana penerbangan. Melintasi Laut China Selatan. Jika di waktu cerah mungkin penumpang dapat melihat pulau-pulau sekitar Sabah dan mungkin pelantar minyak dapat diperhatikan.



2. Crystal Hill Resort Homestay, Kundasang

Homestay yang menghadap Gunung Kinabalu. Untuk sampai ke tempat penginapan memerlukan sedikit situasi mencabar. Namun, berbaloi selepas tiba. Dikelilingi pohonan pine yang menghijau dengan suasana sejuk 19 darjah celsius apalagi permandangan indah dengan latar Gunung Kinabalu nun disana.




3. Bersiar sekitar Pekan Kundasang (pasar malam, nikmati chicken wing)

Terdapat satu pasar di Pekan Kundasang ini. Lazimnya akan terdapat pasar malam atau pasar tani yang diusahakan penduduk tempatan. Pelbagai makanan serta sayuran yang mungkin jarang di lihat. Jangan lupa mencuba chicken wing yang dijual, dalam cuaca sejuk lebih meriah rasanya.

Hari 2


Dairy Farm Kundasang
Dairy Farm Kundasang
1. Desa Dairy Farm, Kundasang (Lembu New Zealand)

Betul-betul di kaki Gunung Kinabalu. Jika pernah menyaksikan video klip Atmosfera Original Sabahan, penggambaran di buat di pintu masuk Dairy farm ini. Pengunjung boleh melawat lembu-lembu ala ala New Zealand di sini. Jangan lupa bawa pulang cenderamata atau hasil tenusu yang ada.

2. Fish Spa Sg. Moroli, Ranau (Ikan Kelah Jinak Makan Kaki)

Semestinya di sungai. Melepasi Pekan Ranau jika dari Kundasang. Rasai sendiri apabila digigit lebih sesuai dikutis oleh ikan-ikan kelah yang ada di sini. Boleh juga beri mereka makan.

3. Ladang Teh Sabah

Walaupun tidak seluas Cameron Highland, dengan cuaca dingin dan nyaman singgah sebentar untuk mendapatkan kenangan dengan mercu tanda yang ada.

4. Kinabalu Park (kaki Gunung Kinabalu)

Tidak perlu menjadi pendaki untuk ke sini. Terdapat satu kawasan bahagian permulaan pendakian ke puncak yang boleh sesiapa yang tidak merancang untuk mendaki mendapatkan kenangan. Beberapan 'view point' yang indah boleh dilihat jika cuaca elok.

5. Polumpung Melangkap Campsite, Kota Belud

Perjalanan dari Kundasang ke Kota Kinabalu singgah sebentar untuk menikmati kawasan menarik di Kota Belud ini. Pasti memenuhi citarasa traveler anda.


6. Homestay Taman Penampang, Kota Kinabalu

Di taman ini terdapat satu homestay yang cukup lengkap bagi penulis. Kena dengan perlawanan Arsenal pada malam tersebut dan wifi di homestay ini amat cemerlang. Pemiliknya cukup peramah dan mementingkan penginap.

Hari 3


Island Hopping Pulau Tunku Abdul Rahman
Island Hopping Pulau Tunku Abdul Rahman
1. Island Hopping Pulau Sapi dan Pulau Manukan (Snorkeling)

Melawat dua buah pulau (mengikut pakej, terdapat 5 pulau semuanya). Pelancong akan dibawa dengan bot menuju ke semua pulau mengikut pakej dan bayaran lain-lain. Mandilah dan melihat ikan-ikan ketika aktiviti snorkeling.



2. Dinner Seafood area Tugu Todak (Macam-Macam Seafood Pelik)

Bagi peminat seafood ini syurga anda. Memang banyak kedai di mana-mana menyediakan hidangan seafood. Akan tetapi di sini pelbagai jenis hidupan laut yang mungkin kali pertama anda saksikan apalagi untuk dicuba rasanya.

Hari 4


Masjid Terapung Likas Kota Kinabalu
Masjid Terapung Likas Kota Kinabalu
1. I Love KK (Mercu Tanda), Sekitar Jesselton

Jangan lepaskan peluang untuk menyimpan kenangan dengan latar belakang mercu tanda I Love KK dan juga replika todak.

2. Salut Jalan Sulaman, Sepanggar

Panas dari wap air laut mungkin merencatkan sedikit kepuasan untuk berjalan. Singgah sebentar basahkan anak tekak dan organ pencernaan dengan minuman yang menyegarkan serta beberapa makanan laut yang jarang ditemui.

3. Masjid (Terapung) Bandaraya Kota Kinabalu, Likas

Selain singgah untuk melakukan solat boleh dapatkan kenangan di masjid yang indah ini. Pelancong bukan beragama Islam boleh singgah untuk melihat kecantikan dan keunikan masjid ini dengan menutup aurat (yang telah disediakan).

4. Pasar Filipine dan Pasar Kraftangan (cenderamata dan Ole-ole)

Sebelum pulang singgah disini untuk mendapatkan hasil laut dan cenderamata. Kenang-kenangan. Apalagi dapatkan seafood untuk di bawa pulang ke tempat asal. Amplang, keropok, ikan keropok dan banyak lagi boleh dijadikan ole-ole dan juga keychain untuk teman-teman.

5. Airport Kota Kinabalu (Pulang ke KLIA2)

Mungkin ada yang rasa berat untuk meninggalkan Sabah. Penerbangan dua jam setengah diharungi sebagai cara untuk merehatkan penat berjalan.

Senarai itinerary di atas adalah contoh perancangan yang berjaya dilakukan. Sebelum memulakan percutian ke Kundasang dan Kota Kinabalu, kami telah melakukan 'rough' itinerary, perancangan awal, versi conteng-conteng.

Rancang Waktu dan Tempat Menarik 

Kita hanya merancang dan Allah menentukan. Senarai contoh di atas adalah perancangan yang telah berjaya dilalui oleh penulis dan rakan-rakan untuk empat hari tersebut.
Terima kasih kepada isteri tercinta untuk penyediaan itinerary kali ini.

Semoga boleh dijadikan panduan kepada mereka yang ingin menjadikan Kundasang dan kota Kinabalu sebagai destinasi 'bucket list' percutian anda.

Bagi pencarian penginapan dan homestay sekitar Kundasang boleh dapatkan senarai homestay sekitar Kundasang pada pautan di bawah. 



Lebih mudah buat carian melalui aplikasi carian agoda untuk penginapan sekitar Sabah negeri di bawah bayu.


Anda fikir anda tahu Contoh Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam Kundasang-Kota Kinabalu Sabah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.