Header Ads

Urutan 'Spa Fish' Di Sungai Moroli Kelah Sanctuary Ranau Sabah


"Ikan Kelah Ranau"

Ikan kelah antara haiwan yang dijaga oleh pihak berwajib. Ikan kelah adalah ikan turut digelar 'raja sungai'.


Kelah Sanctuary Sungai Moroli Ranau Sabah
Kelah Sanctuary Sungai Moroli Ranau Sabah
Dengan gelaran tersebut ikan kelah menjadi buruan.


Dalam mengurangkan pemburuan yang tidak terkawal terhadap ikan kelah.
Malaysia telah menyediakan beberapa tempat untuk menjaga ikan kelah daripada pupus.

Salah satunya adalah di Ranau, Sabah.

Membelai Ikan Kelah

Ikan kelah adalah ikan yang cukup jinak. Apalagi yang tinggal di sanctuary yang selalunya dipenuhi pengunjung.


Sentuh Ikan Kelah Jinak
Sentuh Ikan Kelah Jinak
Jarang mendengar manusia membelai ikan, biasanya kucing atau haiwan peliharaan lain.

Namun, di sanctuary, berikan sahaja ikan-ikan ini makan dan anda boleh menyentuh dan membelai ikan-ikan kelah ini.

Itu adalah aktiviti yang boleh anda lakukan di Kelah Sanctuary Ranau, Sabah.

Ikan Kelah yang Jinak Di Kaki

Tema sanctuary ini mendekatkan pengunjung dengan ikan kelah. Dengan air yang sejuk dari hasil pergunungan sekitar ditambah pula dengan sentuhan dari ikan-ikan ini cukup mengasyikan.


Urutan Spa Ikan Kelah
Urutan Spa Ikan Kelah
Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa juga turut terleka bermain dengan ikan.
Taburkan sahaja makanan yang dibeli (khas untuk ikan kelah) maka berderu datang berada di kaki pengunjung.

Had Waktu Bersama Ikan Kelah

Untuk masuk ke sini terdapat had masa dan had bilangan pengunjung untuk bersama-sama merasai 'spa fish' atau urutan kaki dengan ikan-ikan kelah.


Pengunjung Asyik Dengan Kelah
Pengunjung Yang Ada
Untuk satu tiket pengunjung dibenarkan berada bersama ikan-ikan kelah ini selama 15 minit. Kemudian anda akan dipanggil untuk peluang pengunjung lain pula.


Penuh Sungai
Jika pengunjung pada waktu tersebut agak ramai, mungkin perlu menunggu giliran 15 minit untuk mereka yang sedang berada di sungai untuk selesai dengan aktiviti ini.

Kawasan sungai ada had jumlah pengunjung dalam satu-satu masa.

Memberi Makan Ikan Kelah

Pengunjung yang ingin membeli makanan ikan untuk diberikan atau untuk memanggil ikan-ikan mengerumuni anda boleh mendapatkannya di pintu masuk ke sungai dengan harga RM1.00 untuk sebungkus makanan ikan.


Beri Ikan Kelah Makan
Beri Ikan Kelah Makan
Taburkan sahaja, memang ikan-ikan ini terus datang tidak hiraukan manusia. Itu salah satu cara menarik perhatian ikan-ikan kelah untuk mendekati kita.

Ikan Ikan Selain Ikan Kelah

Bukan sahaja ikan kelah sebenarnya yang berjaya penulis temui disini. Terdapat dua spesis lain yang berjaya penulis kesan iaitu ikan keli dan ikan lampan.

Ikan keli hanya seekor sahaja yang berjaya diseru dengan pelet makanan ikan, namun, ikan lampan berjaya diseru datang 'mengurut' dalam jumlah yang banyak juga.

Rasa Urutan 'Spa Fish' Ikan Kelah

Dari segi rasa urutan dari ikan kelah ini cukup lembut, bagi mereka yang mudah teras geli, mungkin gagal menghabiskan masa terluang yang lama di dalam air bersama ikan-ikan ini.


Ikan Kelah Jinak
Ikan Kelah Jinak
Cukup nyaman rasa di kaki apabila ikan-ikan ini yang tidak langsung mengikis daki-daki atau bendasing pada kaki-kaki pengunjung apalagi dalam air sungai yang sejuk. Apalagi apabila kaki terkena badan ikan kelah yang sememangnya halus dan licin apabila bersentuhan.

Namun, agak 'kasar' permainan ikan lampan kerana 'urutan mulut' mereka agak tajam rasanya.

Informasi Pengunjung

Lokasi Sanctuary Kelah Ranau

Terletak di Kampung Luanti. Tidak begitu jauh dari pekan Ranau.
Berada di kawasan jeram air terjun hasil bukit dan gunung sekitar ranau.


Pintu Menuju Ke Sungai
Kaunter Menuju Ke Sungai

Kelah Sanctuary Ranau Sungai Moroli,
Kampung Luanti Baru, 
89300 Ranau, 
Sabah



Harga Tiket Masuk

Dewasa : RM5.00
Kanak-Kanak : RM2.00
Warga Asing : RM10.00
Penduduk Sekitar Ranau : RM3.00

Satu tiket untuk 15 minit

Waktu Operasi Sanctuary Kelah

Dibuka setiap hari kecuali hari sabtu. Beroperasi dari jam 8.30 pagi sehingga 5 petang.




Anda fikir anda tahu Urutan 'Spa Fish' Di Sungai Moroli Kelah Sanctuary Ranau Sabah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.