Header Ads

Syurga Makanan Laut Di Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu


"Waterfront Seafood Night Market Sabah"

Sabah terletak di pulau borneo. Semestinya peratusan pantainya cukup luas. Apalagi 'access' untuk ke laut.


Makanan Laut WaterFront Seafood Night Market
Makanan Laut WaterFront Seafood Night Market
Mudah untuk ke laut semestinya kaya dengan hasil laut.


Ya! Sabah memang terkenal dengan hasil laut (seafood).

Dengan kebanyakan penduduk Sabah menjadi nelayan dan peniaga hasil laut maka boleh dikatakan Sabah antara negeri di Malaysia syurga pencinta makanan laut. Paling popular dan selalu dikunjungi pengunjung dan pelancong adalah Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu.

Untuk yang pertama kali ke Kota Kinabalu dan ingin mencuba makanan hasil laut yang pelbagai pasti akan dicadangkan untuk ke Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu.

Pencarian Seafood Di WaterFront Seafood Night Market  

Beritahu sahaja Pasar Filipina, bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki ke sini pasti terus terbayang memori 'seafood' ketika berada di Sabah.

Pada penulis, mencari 'seafood' di semenanjung tidaklah susah mana, namun apa yang memberikan Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu ini kelainan dengan tempat tumpuan seafood lain adalah keunikan hasil lautnya.

Hasil Laut Sabah Unik

Keunikan hasil laut dari perairan Sabah memang sukar disangkal lagi.

Pelbagai jenis, bentuk dan warna. Ini adalah kriteria mengapa penulis agak tertarik dengan hasil laut dari perairan Sabah ini.

Penemuan Ikan Warna Warni

Makanan laut pertama yang menjadi tumpuan penulis adalah ikan. Ikan-ikan laut di sini yang dijual bukan sebagaimana yang ada di semenanjung, ya, mungkin ada, tapi sepanjang penulis menjajah kawasan makanan laut tiada seperti di Sabah.

Ikan warna warni, secara tidak rasminya penulis menggelarkan ikan seumpama warna pelangi ini sebagai 'ikan paddle pop'.


Rainbow Fish
Rainbow Fish
Lihat sahaja warnanya, ada kuning, ada hijau, ada biru apalagi merah. Jika pertama kali melihat ikan-ikan seumpama warna pelangi ini pasti akan tersenyum sendirian kerana kagum dengan apa dilihat.


Ikan Unik Sabah
Ikan Unik Sabah
Kebanyakan kedai yang menjual memiliki ikan-ikan ini. Kadang-kadang untuk dipilih sebagai hidangan agak sayang. Kalau diberi peluang iaitu jika ikan-ikan ini masih hidup penulis mungkin sudah masukkan dalam aquarium di rumah.


Ikan Warna Warni Menarik
Ikan Warna Warni Menarik
Dari warna dan bentuk yang unik ini apakah rasanya jika dimasak. Itu yang bermain di fikiran penulis. Adakah rasanya seumpama menariknya dari 'first impression' yang dilihat.

Memang ikan warna warni ini terdapat di semua gerai yang menjual ikan.

Udang Kara (Lobster) Dengan Saiz Besar

Secara jujurnya, datang ke Waterfront Seafood Night Market untuk 'survey' makanan laut yang dikategorikan orang ada-ada sahaja yang boleh memakannya.


Udang Kara Sabah
Udang Kara Sabah
Iaitu udang kara (lobster). Mengikut pandangan biasa seorang marhaen, jika bilangan sesuatu item itu banyak harganya akan murah.

Dengan hipotesis sebegitu, makan udang kara mula dijadikan target untuk dicuba.


Lobster Besar
Lobster Besar
Memang banyak, bukan sahaja banyak saiznya juga mampu membeliakkan mata. Dengan warna dan corak yang memang cantik, saiznya memang besar-besar.


Saiz Besar Lobster
Saiz Besar Lobster
Majoriti gerai menjual makanan laut ada hasil laut ini, itu tandanya, hipotesis penulis tentang kuantiti udang kara di Sabah memang banyak.

Jika harganya menyamai harga senapang raifel AKM atau M416 masih boleh puas hati kerana memang segara dari ladang 'lobster'nya.


Udang Segar Dan Pelbagai Jenis

Udang ketak (sado) atau udang lipan pernah penulis temui namun disini bukan sahaja sado tetapi bersaiz obesiti. Dengan corak pada badannya yang memang 'friendly' dengan sensor kamera menggambarkan betapa bewarna-warni cukup berbeza dengan udang lipan yang biasa penulis temui.


Udang Lipan dan Sotong
Udang Lipan dan Sotong
Jika yang biasa udang ketak sesuai untuk digoreng celup tepung sahaja, untuk yang ini boleh dijadikan lauk pauk untuk hidangan nasi.


Pelbagai Pilihan Udang
Pelbagai Pilihan Udang
Udang biasa, lagilah banyak. Pencinta udang pasti rambang mata untuk mendapatkan mana satu longgokan yang akan dipilih.


Pelbagai Jenis Saiz Udang
Pelbagai Jenis Saiz Udang
Sotong ? Pilih sahaja, memang saiznya jarang sekali untuk ditemui.

Ketam Bersaiz Gergasi

Ketam tidak dilupakan memang antara makanan laut biasa dan popular untuk penggemar 'seafood'. Memang saiznya cukup berbeza dengan tempat lain, cukup nutrien dan zat mungkin. 

Puas untuk diketuk atau dikopek untuk mendapatkan isinya yang segar.

Pilih, Timbang, Beli Makanan Laut 

Sudah puas menjelajah setiap gerai-gerai yang ada. Maka tibalah masanya untuk membeli seafood yang menjadi idaman.


Beli Mengikut Timbang
Beli Mengikut Timbang
Sesudah pilih, timbang, setuju dan bayar maka usah risau jika anda tidak pandai menyediakan masak taucu atau tiga rasa kerana terdapat restoran/kedai makan bersebelahan dengan gerai-gerai menjual hasil laut ini.

Masak Seafood On The Spot

Serahkan sahaja makanan laut hasil belian anda, dan tunggu sahaja makanan anda di masak dengan pilihan menu yang anda inginkan.

Bagi mereka yang masih pening-pening rambang mata sehingga gagal membuat pilihan makanan laut, boleh datang 'walk-in' ke restoran untuk mendapatkan makanan yang disenaraikan dalam senarai menu.

Parrot Fish Masak Tiga Rasa (Masam Manis Masin)

Oleh kerana sudah jatuh cinta dengan seekor ikan warna hijau-biru, musim raya namanya 'turquoise' maka penulis memilih ikan 'parrot fish' yang memiliki warna tersebut sebagai hidangan.

Teruja untuk mengetahui rasanya, apakah rasanya 'sesedap' mata memandang, atau sekadar layak di dalam aquaria KLCC sebagai pameran.


Parrot Fish Tiga Rasa
Parrot Fish Tiga Rasa
Bagi penulis, indah rupa dari rasa sebenarnya. Penulis mula rindu akan ikan konvensional lain untuk masakan tiga rasa iaitu ikan siakap , kerapu atau jenahak.

Isi ikan ini tawar rasanya, mungkin 'kemanisan' sudah keluar ke bahagian sisik yang mencantikkan ikan burung kakak tua ini.

Walaupun di masak tiga rasa, isinya tetap hambar seumpama kumpulan Joras atau Taman yang tidak 'deliver' ketika melawak.

Menu Makanan Laut Lain

Selain 'parrot fish', ikan kerapu bersaiz sederhana dijadikan masak stim. Ini memang terbaik, dengan rasa kuahnya apalagi isinya yang masih segar. 


Ikan Kerapu Masak Stim
Ikan Kerapu Masak Stim
Melihatkannya sahaja sudah tidak sabar untuk dicuba. Memang untuk mengekalkan rasa isi ikan pilihan masak stim memang sesuai. Mengidam ingin makan makanan laut di Sabah tercapai


Sotong Celup Tepung
Sotong Celup Tepung
Sotong goreng tepung semestinya ada, makanan yang segar dari bot bersebelahan memang lain rasanya berbanding yang sudah lama yang tekstur isinya menyamai selipar jepun bersaiz 10 yang selalu hilang di surau atau masjid.


Udang Goreng Butter
Udang Goreng Butter
Bercerita tentang celup tepung, udang-udang segar berjaya diperlakukan sama seperti sotong, cukup manis isinya apalagi masih memiliki jus dari isinya. Dengan 'butter' lebih menarik.

Dengan perkataan 'butter' sudah menambahkan seri makanan laut ini walaupun hanya dengan cara gorengan sahaja.


Ketam Goreng Butter
Ketam Goreng Butter
Contohnya, ketam goreng dengan mentega yang berjaya disiapkan oleh tukang masak. Biasanya penulis jarang makan dengan nasi atau apa-apa. Meratahnya memang puas hati sehingga meleleh jus sehingga ke siku.

Alang-alang menyedut ketam biar sampai ke siku.

Datang Nikmati Makanan Laut Segar Di WaterFront Seafood Night Market

Datang ke Waterfront Seafood Night Market menikmati makanan lautnya yang masih segar memang antara itinerary dan tentatif yang perlu ada jika ke Kota Kinabalu.

Datang pilih sahaja makanan laut anda, terus serahkan kepada restoran sekitar untuk mengekalkan kesegarannya sehingga terus ke dalam perut anda.

Informasi Pengunjung

Cukup mudah untuk sampai, waze dan google maps mampu memberikan maklumat ke destinasi tanpa sebarang kesesatan berlaku. Betul-betul di tepi laut.

Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu,
401, Jalan Tun Fuad Stephen, 
Pusat Bandar Kota Kinabalu, 
88000 Kota Kinabalu, Sabah




Waktu Operasi

Bermula jam 4 pagi sehingga 11 malam setiap hari

Harga Makanan Laut

Bergantung kepada keadaan semasa, permintaan dan faktor cuaca. Digalakkan buatlah carian untuk gerai-gerai makanan laut tertentu, survey untuk kepuasan

Parkir

Agak terhad, di nasihatkan datang awal jika anda 'urgent'. Parkir di tepian jalan. Terdapat kawasan parkir berbayar mengikut jam

Anda fikir anda tahu Makanan Laut Unik Di Waterfront Seafood Night Market Kota Kinabalu ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.