Header Ads

Pengalaman Aktiviti 'Trekking' di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang


"Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang"

Sijangkang, mungkin ada yang tahu dan tidak tahu dimanakah sijangkang. Sijangkang adalah salah satu mukim yang terdapat di Telok Panglima Garang Kuala Langat Selangor.


Trekking Paya Bakau Sijangkang
Trekking Paya Bakau Sijangkang
Sebuah 'pekan koboi' jika dilihat persekitaran dari Jalan Klang-Banting. Namun, pekan koboi dalam erti kata yang agak maju.

Kiri kanan, pelbagai kedai boleh dilihat, bermacam-macam meskipun tidaklah berapa jauh dari pekan Telok panglima Garang. Cakap sahaja mahu makan apa, steamboat dan grill ? Mee kari, Mee Jawa atau makanan panas ala-ala Thai semua ada.




Sijangkang didiami oleh majoritinya melayu. Pembukaan kawasan sijangkang asalnya adalah dibuka oleh melayu Indonesia. Kesan dari sinilah banyak kedai runcit dan kedai makan yang bercirikan jawa dan aceh. Mereka sudah tidak dikalsifikasikan sebagai pendatang malahan mungkin boleh dipanggil penduduk tempatan.

Nama Asal Sijangkang

Sijangkang asal namanya adalah dari sepohon pokok. Pokok yang tumbuh bersaing dengan pokok bakau, pokok nipah dan pokok api-api dan Nireh yang hidup subur disekitar sungai.



Pokok Sijangkang
Pokok Sijangkang
Pokok sijangkang yang tumbuh melata sekitar Sungai Langat yang membawa arus menuju ke Selat Melaka menjadi punca kawasan yang bercirikan perkampungan melayu ini mendapat nama.

Jika dilihat melalui google maps atau 'aerial view' sebuah drone cukup tersusun kampung yang wujud di dalam kawasan sijangkang, petak-petak yang cukup indah. Hasil dari perubahan dari kebun kelapa sawit kepada penempatan manusia.

Kawasan Strategik untuk Rekreasi

Dengan gabungan pokok sijangkang, pokok bakau, pokok nipah dan beberapa pokok saingan paya bakau yang lain dan tumbuh pula sekitar sungai telah membentuk satu lembah yang cukup indah untuk aktiviti rekreasi.


Nipah dan Bakau Dalam Paya
Nipah dan Bakau Dalam Paya
Dari keindahan gabungan alam semulajadi ini maka sekitar tahun 2014, satu inisiatif dari warga tempatan untuk mewujudkan satu taman rekreasi yang dikenali sebagai Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang.

Penulis yang tinggal hanya beberapa kilometer dari kawasan ini turut ingin mencuba pengalaman 'jungle trekking' dalam taman paya bakau. Semuanya bermula dari isteri penulis yang sedang mencari kawasan menarik melalui google maps dan dia mencadangkan untuk melihat sendiri taman rekreasi ini.

Pengunjung akan dialukan dengan satu pintu gerbang yang agak tinggi yang diperbuat dari kayu asli. 


Selamat Datang Ke Taman Rekreasi Bakau
Selamat Datang Ke Taman Rekreasi Bakau
"Selamat Datang Ke Taman Rekreasi"

Sebelum pengunjung menemui pintu gerbang ini, pengunjung akan bertemu dengan kawasan seperti sebuah perkampungan pendekar zaman dahulu dengan pondok dan gerai minuman, namun, pondok dan teduhan yang ada adalah antara aktiviti yang terdapat di taman rekreasi ini.


Woman vs Wild Bakau
Woman vs Wild Bakau
Boleh dikatakan menjadi kawasan berkumpul sebelum masuk menikmati keindahan paya bakau.
Kehijauan Menyelubungi Diri
Kehijauan Menyelubungi Diri
Taman rekreasi ini mengelaskan kawasan rekreasi dengan aktiviti-aktiviti tertentu. Aktiviti utama semestinyalah untuk jungle trekking ke dalam hutan paya bakau/nipah. Aktiviti yang mesti alami ini penulis lakukan bersama isteri dengan pakaian yang tidak berapa sedia memandangkan lain kali boleh datang lagi, jadi redah ajelah.


Air Paya Pasang
Air Paya Pasang
Penulis dan isteri terus memasuki pintu gerbang tadi. Titian yang dibuat dari susunan kayu beroti sebesar lengan penulis dijadikan tapak laluan 'trail' untuk memasuki ke hutan paya bakau ini. Cukup indah suasananya yang dipayungi pohon semulajadi, redup dan nilai ISO yang rendah untuk fotografi. Bagi mereka yang ingin 'outdoor' untuk perkahwinan atau sebarang 'shooting' cukup menarik.


Sesuai untuk Ambil Gambar
Taman rekreasi yang pernah dikunjungi oleh brader rock kita, Ramli Sarip ini pernah dijadikan kawasan penggambaran cerita.

Laluan 'Trail' Paya Bakau

Pengunjung akan melalui 'trail' laluan ini sejauh 800 meter untuk sampai ke destinasi terakhir sebelum patah balik.


Panorama Paya yang Indah
Panorama Paya yang Indah
Bermakna, 1.6km untuk menyudahkan aktiviti riadah ini. 800 meter yang dilalui tidaklah terasa sangat jauhnya, kerana pengunjung dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan yang hidup subur di kawasan paya.


Kehijauan Kiri Kanan Titian
Kehijauan Kiri Kanan Titian
Trek Trekking yang Panjang
Usah risau jika tidak kenal akan nama pokok yang tumbuh meliar kerana terdapat papan tanda nama untuk setiap pokok yang berada disekitar.


Mencari Beburung
Tempat Rehat Disediakan

Bagi memudahkan pengunjung merancang perjalanan dalam menghabiskan baki-baki meter yang akan dilalui. Sepanjang 'trail' diletakkan penanda sejauh mana anda sudah melepasi 'trail' dari laluan masuk tadi.


Hentian Api Api
Hentian Api Api
Usah khuatir jika stamina anda kurang untuk menghabiskan 800 meter perjalanan, kerana terdapat tempat berhenti rehat yang disediakan dengan nama pokok yang terdapat di sekitar. Semuanya begitu semulajadi, 99% buatan manusia adalah bersumberkan alam smulajadi termasuk tempat rehat setiap 100-200 meter.


Hentian Sumbangan
Bagi penulis, terdapat satu tempat rehat menarik, dan cantik permandangannya iaitu tempat rehat jeluju.


Hentian Jeluju
Apabila sudah berada di tengah-tengah perjalanan dengan dilitupi pelbagai pohonan paya, cukup menarik untuk bergambar dan jadikan kenangan. Seolah-olah anda berada dalam rancangan bear grills, man vs wild.


Hentian Pakis
Hentian Pakis
Selain pokok dan tumbuhan air, terdapat juga hidupan lain yang mendiami kawasan paya seperti siput dan ketam dan ikan tembakul. Jika berpeluang dan kena dengan masa, mungkin anda akan dapat melihat air yang bergerak dari celah-celah akar pokok kerana air mula pasang.

Mungkin akan rasa agak pening sedikit jika melihat air bergerak terlalu lama.

Destinasi Terakhir

Bagi 700 meter pertama pengunjung hanya dapat melihat tumbuhan dan hidupan paya bakau. Bagi 100 meter terakhir, akan kelihatan nun jauh di sana kawasan berair yang agak luas, bukan laut tetapi sungai Langat. Di sebelah seberang sana adalah Pulau Carey.


Sisi Sungai Langat

Pandangan Depan Destinasi Akhir

Muara dan Kuala Sungai
Sungai ini adalah destinasi terakhir bagi aktiviti trekking ini. Disediakan tiga tempat duduk atau tempat rehat yang mampu memuatkan satu keluarga termasuk anak jiran, saiznya. Sangat indah untuk kenangan bergambar tumbuhan menghijau, redup dan nyaman serta udara sejuk dari air yang mengalir ke Selat Melaka 800 meter berjalan tidak terasa.


Selfie Dulu
Kawasan ini masih dalam rancangan untuk penambahan pangkin dan jeti. Menurut abang yang menjaga kawasan ini, akan diwujudkan kawasan memancing khas untuk kaki pancing. Ikan pastinya ada memandangkan ia adalah sungai yang agak luas dan dalam.


Bangku Muat Dua Orang
Bersantai di bawah redupan pohonan bakau di atas pangkin cukup seronok apalagi datang dengan keluarga.


Tangkap Kenangan Trekking
Aktiviti Lain

Bagi yang meminati sukan lasak menunggang ATV (All Terrain Vehicle) boleh mencuba untuk menunggang ATV yang stesennya di bahagian hadapan taman rekreasi.

Aktiviti memanah juga ada disediakan. Bagi yang datang untuk 'team building', terdapat kawasan riadah sukan telah disediakan dengan pakej permainan sekali.

Informasi Pengunjung

Untuk sampai ke Taman Rekreasi tidak begitu susah. Sudah terdapat di dalam aplikasi Waze dan Google Maps.


Add caption
Namun, bagi yang juga suka menggunakan aplikasi berkenaan, dapatkan lokasi 'Petron Sijangkang' dan terus sahaja melalui Jalan batu 8, taman rekreasi ini memang berada pada penghujung jalan ini.


Waze Lokasi Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang
Waze Lokasi Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang
Semakin hampir dengan lokasi, keadaan jalan agak tidak elok dan sebagai 'landmark' terdapat tanah perkuburan islam di sebelah kiri anda. Kunci air bewarna biru sebagai mercu tanda ke taman rekreasi ini.

Waktu operasi Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang adalah setiap hari. Mula dibuka pada 8 pagi hingga 7 petang.

Harga masuk untuk aktiviti trekking sehingga sungai Langat melalui trail titian adalah 
RM 2 untuk dewasa
RM 1 untuk kanak-kanak


Harga Masuk Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang
Harga Masuk Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang
Harga Menunggang ATV
RM 30/jam untuk menunggang tanpa guide
RM 50/jam untuk menunggang dengan guide

Kedai makan juga disediakan termasuk gerai minuman untuk kudapan.





Pastikan memakai pakaian rekreasi yang sesuai memandangkan paya yang terdapat pelbagai bahaya walaupun dijaga. Serangan nyamuk adalah biasa, bagi mereka yang alah dengan gigitan nyamuk sebolehnya tidak melakukannya tetapi jika semangat anda yang kental, sediakan 'repellant' untuk nyamuk.

Handrail atau pemegang titian hanya dengan tali dan bukan keseluruhan titian yang memiliki handrail atau pemegang. Setiap tempat rehat dilengkapi ciri keselamatan.

Anda fikir anda tahu Pengalaman Aktiviti 'Trekking' di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.