Bagaimana Pesawat Airbus Dilahirkan ?



Mungkin ada di kalangan kita, walaupun amat sedikit di malaysia ni, tertanya-tanya bagaimanakah sesebuah kapal terbang atau pesawat terbang mula muncul. Dari sekeping kerajang aluminium sehinggalah mampu membawa beratus-ratus penumpang dalam satu perjalanan.Marilah kita sama-sama telusuri detik-detik yang bersejarah bagi setiap burung besi ini dari awal pembuatannya.Kapal terbang bukan terbentuk dalam keadaan sebuah dalam sesebuah kilang pengeluarannya di seluruh dunia. 

Terdapat pelbagai syarikat/vendor yang bekerjasama dengan pengeluar seperti Airbus dan Boeing.Ada vendor yang membuat sistem avionik,bahagian sayap,rudder,fiuslaj dan pelbagai komponen kecil.

Setiap pengeluar bahagian kecil-kecil ini akan membawa setiap komponen pesawat seperti sayap,stabilator,rudder mahupun kelengkapan avionik ke kilang pemasangan menggunakan barge, kereta api pengangkut,atau pesawat yang telah diubahsuai untuk mengangkut setiap komponen untuk dipasang menjadi sebuah pesawat.Di pusat pemasangan pesawat ini, para pekerja aviasi bukan sahaja menjadikan tugasan memasang pesawat sebagai tugasan ruji tetapi disitu juga terdapat jabatan-jabatan yang ditugaskan untuk menguji setiap komponen pesawat yang sampai sebelum di pasang ala-ala robot transformer dalam kotak mainan hasbro.




Selain dari ujian pada tahap kekuatan strength of material setiap komponen, ujian selesai pemasangan juga dilakukan, demi keselamatan penumpang di masa hadapan supaya rancangan air crash investigation tidak lagi menjadi tontonan ramai kerana tiada lagi kemalangan udara.

Dari berketul-ketul komponen dibawa ke gudang pemasangan, diuji ketahanan dan pelbagai ujian aerodinamik,dicantum serta diuji pula dalam wind tunnel sebelum diuji oleh pakar penerbangan dalam test flight maka anda kini boleh sarapan pagi di sydney,makan tengahhari di south korea serta minum petang di karachi jika anda sememangnya mampu berbuat demikian.

Untuk kali ini kita bermula dengan pengeluar pesawat yang mempunyai huruf A di depan iaitu :

AIRBUS


Airbus industrie bukan sahaja mempunyai gudang pemasangan di perancis, malah disegenap dunia terdapat fasiliti untuk memasang pesawat terbang termasuklah di sekitar eropah, di china dan akan datang dikhabarkan mempunyai fasiliti di USA juga. 

Secara lahiriahnya kini, fasiliti pemasangan pesawat airbus yang masyhur adalah di Toulouse,France dan Hamburg,Germany.A320 merupakan pesawat airbus yang begitu popular didunia,bagi warga malaysia yang ingin mengetahu bentuk airbus a320 ini, air asia memiliki banyak fleet ini yang dihiasi dengan pelbagai livery (corak pada badan pesawat) menarik.

Toulouse merupakan nadi kepada pengeluaran pesawat airbus, disini bukan sahaja A320 tetapi pesawat airbus yang popular seperti A330,A340 dan A350 yang terkini juga dilahirkan disini.OOps! tidak lupa juga makhluk ciptaan manusia paling seksi,A380! Di Hamburg pula airbus fokuskan fasiliti disitu untuk mengeluarkan pesawat yang lebih adik-adik kepada A320 seperti A318,A319 dan A321. China pula akan meneruskan pengeluaran type A320 yang popular ini ditemani oleh fasiliti yang akan dibuka di Alabama,USA untuk pengeluaran model A320.


TRACKING NEW BORN :

Bagi penggemar pesawat yang ingin merasai kelahiran baru dalam keluarga Airbus meskipun tidak berada secara langsung di fasiliti pemasangan airbus, anda semua boleh mengikuti setiap perkembangan pesawat tersebut menggunakan khidmat flightradar24. Bagi planespotter tegar dan full time semestinya mereka akan merasai sendiri suasana tersebut namum bagi yang part time dan hanya memiliki wang ala kadar cukupnya, memadailah dengan menggunakan apps flightradar24 sahaja. 




Setiap pesawat mempunyai nama tersendiri atau lebih dikenali sebagai callsign. Bagi pesawat airbus nama/callsign bagi pesawat tersebut adalah AIB. Pihak Airbus akan menggunakan nama tersebut untuk tujuan ujian penerbangan mahupun menghantar kepada syarikat penerbangan.

Antara airport yang boleh anda jejaki adalah TLS-Toulouse, XFW-Hamburg, dan TSN-Tianjin.






anda fikir anda tahu Bagaimana Pesawat Airbus DIlahirkan ?

anda fikir sekali lagi...

assalamualaikum...

Catat Ulasan

0 Ulasan