Header Ads

Malaysia Airlines MH 370 Air Crash Investigation : Teori Awal (preliminary report) Misteri Kehilangan Boeing 777-ER



KEROSAKAN TEKNIKAL & AIRWORTHINESS 

Merupakan saspek utama dalam majoriti nahas yang membabitkan pesawat terbang. Apa yang sudah berlaku kepada dua nahas yang membabitkan pesawat jenis Boeing 777 sebelum ini menjadi penyebab utama dari semua penyebab kecil yang membawa kepada nahas, iaitu kerosakan pada sistem auto-pilot dan sistem bahan api pesawat.

 Namun amat berbeza dengan pesawat malang MH 370, kes British Airways Flight 38 pada 2001 dan seterusnya Asiana Airlines Flight 214 pada 2013, MH 370 dikatakan 'hilang' ketika baru sahaja dalam keadaan mendaki dan sedang berada pada cruising altitude pada ketinggian 35,000 kaki (FL 350) sedangkan kedua-dua nahas sebelumnya berlaku ketika ingin mendarat di lapangan terbang. Namun, jika berlaku sebarang kerosakan teknikal, mengapa tiada 'distres call' kepada air traffic controller ? Pan pan pan mahupun mayday mayday mayday.

Kehausan pada fuselage pesawat juga boleh menyebabkan pesawat hancur serta merta tanpa sebarang warning hasil dari mampatan udara yang terjadi mungkin dari corrosion pada material fuselage atau sebarang rivet penyambung pada fuselage yang tidak berfungsi.

KEADAAN CUACA & METEREOLOGI

Faktor seterusnya yang menjadi elemen utama oleh para penyiasat aviasi dalam setiap nahas adalah, cuaca. Namun, dalam kes MH 370 mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia melalui Doppler radar, mengesahkan bahawa ketika kehilangan MH 370 keadaan cuaca adalah amat baik untuk perjalanan yang lancar ke Beijing. Bagi ahli metereologi, pakar aviasi, dan pakar navigasi udara, pada ketinggian 23,000 kaki sehingga 39,000 kaki terdapat suatu keadaan yang diberi nama, Clear Air Turbulence (CAT). Kekacauan 'air flow' (turbulence) biasanya terjadi apabila wujudnya awan kumulonimbus (awal pembentukkan), udara ketika ini sedang bergolak dan menghasilkan laluan arah udara yang tidak stabil dan menghasilkan kocakkan di udara yang disebut 'turbulence'.

 Meskipun begitu, sebagaimana yang pernah terjadi kepada pesawat malang Delta Airlines Flight 9570 pada 1972, penyebab kepada bencana ini adalah daripada CAT. Oleh itu tidak mustahil jika MH 370 ini dipukul CAT yang kuat sehingga menyebabkan ketahanan fuselage (badan pesawat) berkecai. Namun, jika berlaku sebarang malapetaka dari cuaca, mengapa tiada 'distres call' kepada air traffic controller ? Pan pan pan mahupun mayday mayday mayday. Adakah pesawat disintegrated (berkecai) dalam masa yang singkat ? Namun persekitaran tempat kehilangan MH 370 bukan lah tempat yang sesuai kepada keadaan CAT yang memerlukan satu lagi perangsangnya iaitu kawasan yang mempunyai jet stream yang hanya berlaku sekitar hemisfera selatan dan utara sahaja.




SABOTAJ

Merupakan satu lagi aspek yang menjurus kepada 'Human Behavior' dan faktor psikologi. Dalam kes MH 370, sabotaj berlaku kepada sistem komunikasi pesawat. Radar yang sentiasa mengikuti di mana sahaja pesawat ini bergerak gagal mengesan pesawat ini sehingga mengesahkannya sebagai 'hilang'. Seacara teorinya, radar akan mengesan penghantaran mesej dari transpnder seperti ketinggian (altitude), arah (heading) dan kelajuan (air speed). 

Halnya disini, transponder pada MH 370 berhenti berfungsi secara mengejut. Transponder merupakan salah satu insturmen pesawata yang bukan gyro (berubah mengikut keadaan semulajadi, seumpama artificial horizon) tapi menggunakan sistem elektrikal sepenuhnya. Melalui kejadian pada sebelumnya, transponder hanya akan berhenti (jika tiada sebarang kerosakkan teknikal) jika ia dimatikan atau berlaku kegagalan pada sistem elektrikal pesawat. Jika berlaku kegagalan dalam sistem elektrikal pesawat, transponder tidaka akan selamanya akan terpadam dan tidak berfungsi kerana terdapat sumber kuasa lain dalam pesawat yang diberi nama Auxilary Power Unit (APU) bagi menjana semula kuasa eletrik yang terputus termasuklah transponder. 


Jika berlaku kerosakan sitem eletrikal semestinya distres kecemasan akan dilaporkan oleh pengemudi pesawat kepada traffic controller dalam masa terdekat selepas APU dihidupkan. Adakah transponder tidak berfungsi kerana kegagalan sistem eletrikal, atau memang sengaja dimatikan ? Circuit breaker panel hanya berada di belakang pilot di dalam cockpit dan cockpit sentiasa terkunci dari dalam.


KONSPIRASI TEORI

17 hari sebelum kehilangan MH 370 dari pantauan radar, Richard Austin Quest telah memilih pesawat malang tersebut untuk muncul di dalam program Business Traveler yang diterbitkan oleh CNN. Mengapa CNN begiru berminta dengan MH 370 sedangkan masih terdapat 13 lagi fleet Malaysia Airlines Boeing 777-200ER yang masih boleh diberi tumpuan oleh rancangan terbabit. Dalam kes MH 370 ini, CNN begitu taksub untuk memberikan liputan berbanding liputan dari media antarabangsa yang lain. Sebagaimana yang pernah berlaku pada 2001 iaitu peristiwa 9/11 di washington, amerika syarikat.

 Dari peristiwa tersebut mereka telah menjadikan 'banteras pengganas' sebagai 'tiket' untuk mereka menyerang dan menawan iraq. Tidak mustahil bagi mereka dalam insiden ini (MH 370), mereka menggunakan CNN sebagai batang joran dan menggunakan 'umpan' iaitu penumpang yang mencurigakan dalam pesawat, seperti yang dilaporkan bahawa terdapat penumpang yang agak mencurigakan, dua yang tidak memiliki passport yang saha, seorang warga uyghur serta anak kapal itu sendiri . Plot yang dimainkan agak licik, dengan terjadinya insiden kehilangan MH 370, maka mereka mampu 'menyelinap' masuk ke dalam Malaysia, secara amnya, dan ke dalam rantau asia tenggara, secara khususnya, melalui bantuan Search and Rescue, bantuan pegawai penyiasat serta suntikan dari media mereka, CNN untuk mengapi-apikan lagi situasi tegang yang sedia wujud antara China dan Malaysia dalam menangani isu MH 370 ini.

KESIMPULAN AWAL

Sudah menghampiri sebulan (sehingga post ini ditulis), namun dalam dunia aviasi moden insiden MH 370 amat rumit untuk dirungkai persoalan yang wujud. Insiden-insiden yang lepas membabitkan pesawat moden, pesawat-pesawat ini masih dijumpai pada kawasan destinasi yang ingin dituju meskipun hanya meninggalkan serpihan-serpihan kecil.

Faktor yang selalunya dikaji oleh para pennyiasat insiden udara adalah seperti keadaan metereologi, masalah teknikal dan human faktor.

Namun beberapa persoalan yang menjadikan krisis ini adalah rumit adalah :

PERSOALAN SUKAR DIJAWAB

1. Bagaimana pesawat MH 370 yang mempunyai route berlainan boleh berada di persekitaran lautan hindi ?

2. Apakah RMAF (royal malaysian air force) sedang tido ketika pesawat melintasi ruang udara malaysia tanpa sebarang tindakan ?

3. Mengapa kapten zaharie di panggil bertugas sedangkan dia tidak bertugas ketika itu ?

4. Mengapa anak kapal serta penumpang tidak memberikan sebarang signal waima sebarang gangguan komunikasi, atau mungkin perampas adalah seramai penumpang ?

5. Mengapa tiada sebarang signal tango oleh kedua krew didalam kokpit ? sedangkan itu merupakan tugasan biasa bila berlakunya kecemasan

6. Jika di rampas adakah selama 16 jam perjalanan maksima MH 370 tanpa berhenti pada mana mana landasan terbang. Namun dimana ?

7. Untuk memberi makan begitu ramai penumpang tidakkah menjadi kemusykilan dengan jika bekalan makanan secara besar-besaran di transfer ke kawasan tertentu.

SARANAN, PERSEDIAN & CADANGAN

1. Pihak MAS serta sistem penerbangan lain perlu melabur meskipun dengan harga yang mahal dalam isu keselamatan sesebuah pesawat. Dikhabarkan dalam pesawat MH 370 sistem ACARS tidak dipasang 100%.

2. Pihak RMAF diberi tugas untuk menjaga kedaulatan ruang udara malaysia, namun pada jam 2:00 pagi dikhabarkan mereka mengantuk dan tertidur mungkin. Harus disediakan pantri yang mempunyai bancuhan kopi. serta jangan bersikap 'tak apa' jika terdapat pesawat kurang jelas identiti, mana tahu ada piring alien melintasi udara 

3. Memberikan media lebih banyak ruang untuk bertanya dan bukan hanya memberikan jawapan yang sedia ada di dalam teks semasa sidang media.

4. Pakar aviasi dan avionik memanjangkan durasi beacon flight data recorder dan cockpit voice recorder (black box).

5. Melatih krew penerbangan bukan sahaja juruterbang yang menggunakan kod tango atau isyarat rahsia yang hanya boleh dilakukan oleh orang perseorangan tertentu sahaja. Diletakkan bukan hanya pada cockpit tetapi tempat rahsia tertentu yang hanya diketahui petugas.

6. Selepas kejadian 9/11 semua pesawat dari ke amerika syarikat ditugaskan seorang 'air marshal' didalam pesawat dengan berpakaian pereman. Adakah ia tidak sesuai untuk semua negara ?

7. Kerjasama setiap sistem penerbangan dengan badan bukan kerajaan dan swasta yang sentiasa memantau route pesawat seperti perkongsian database dengan 'flight24.com' atau 'flightradar.com'.

8. Workload air traffic controller begitu besar, sehinggakan mereka dinobatkan sebagai pekerja paling stress di dunia (mungkin boleh dibawa bertanding ke marikh), oleh itu di setiap airport/landasan terbang diwujudkan kumpulan, team, yang hanya memantau squawk ident, call sign pesawat. Tugas mereka adalah untuk menjaga ACARS, sistem transponder serta mengenalpasti pesawat. ATC hanya fokus dalam usaha 'separation' pesawat serta landing dan take off pesawat.

9. Setiap airport mesti memiliki radar primer berbanding radar sekunder yang sering digunakan serta memiliki kelemahan berbanding radar primer yang digunakan tentera udara. Selain memiliki doppler radar. Jika ada yang tertido ketika shift malam, masih ada back up dari yang lain.

10. Rantau (benua masing-masing)  tertentu bekerjasama melatih kepakaran remote sensing bagi menggerakkan suatu force (team) setanding penguatkuasaan keselamatan dalam memantau dan melancarkan satelit pantauan pesawat tersendiri, hanya fokus kepada pantauan laluan atau route pesawat tidak kira pesawat awam mahupun tentera.

*ini merupekan inferen/pandangan awal penulis tiada bersangkutan dengan mana-mana agensi serta bidang kuasa aviasi serta pakar avionik.

anda fikir anda tahu Malaysia Airlines MH 370 Air Crash Investigation : Teori Awal (preliminary report) Misteri Kehilangan Boeing 777-ER ?

anda fikir sekali lagi...

assalamualaikum..


Tiada ulasan:

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.