Header Ads

Tips Penjimatan Petrol di Kala Kenaikan Harga Minyak

1. Pam petrol di awal pagi
Diketahui bahawa petrol a.k.a gasoline mempunyai takat didih yang rendah, senang cerita ia mudah menjadi wap berbanding cecair lain.Proses cecair menjadi wap sering dibantu ambient temperature (suhu sekitar).Jadi logiklah jika kita mengisi seawal pagi yang mana suhu sekitar dalam suhu minimum.waktu 4 a.m dikatakan suhu minimum di kawasan tropika, jadi bangun awal dan pergilah mengisi minyak


2. Isikan minyak ketika tangki masih separuh penuh
Logiknya adalah juga berkaitan sifat petrol itu sendiri iaitu petrol mudah evaporates (menjadi wap).Meskipun didalam tangki kebolehan petrol meruap tetap ada.Kita petrol masih ada didalam tangki, maka ruang kosong dalam tangki adalah sedikit jika dibandingkan dengan hampir E (empty).Setiap tangki kereta/motosikal pada lapisan bumbungnya dilapisi sejenis lapisan pemisah antara petroleum dan atmosfera (luar).Maka semakin kecil ruang antara lapisan petrol yang sedia ada dengan bumbung tangki, lagi lambat petrol nak meruap.





3. Jangan tekan kuat-kuat nozzle (kepala pam) ketika mengisi minyak
Lagi berkaitan petrol menjadi wap.Semakin laju anda mengepam, semakin mudah untuk petrol meruwap.Untuk pengetahuan, pam petrol mempunyai tiga tahap kelajuan, perlahan, sederhana dan laju.Jangan tergesa-gesa mengepam minyak.Pelan-pelan dan enjut sikit-sikit






4. Jangan gunakan pendingin hawa ketika cuaca sejuk
Ini sudah ramai tahu kan pasang air-cond, rugi minyak tapi kenapa? Untuk mengepam cecair air cond memerlukan tenaga, cecair air cond menyerap haba dan menjadikan sistem panas.Kepanasan mempercepatkan lagi proses pemeruwapan petrol.10% petrol anda jimat jika anda mengikuti langkah ini


5. Jangan melebihi rpm 2 
rpm 1 (0-60km/j), rpm 2 (60-80km/j).Oleh itu jangan melebihi 80-90km/j jika ingin menjimatkan petrol anda kerana melebihi kelajuan tersebut enjin akan minta lebih petrol dari biasa


anda fikir anda tahu Tips Penjimatan Petrol di Kala Kenaikan Harga Minyak ? anda fikir sekali lagi...


assalamualaikum..

4 ulasan:

  1. bagus tips ini .. selama ini uncle pakai isi je !

    BalasPadam
  2. meter keto aku 200 takkan nak bawak 60 je? haha

    BalasPadam
  3. hmm..this is interesting..thankyou for sharing..:P

    BalasPadam

I'm only responsible for what I post NOT for what you understand

Dikuasakan oleh Blogger.