Menyimpan Sambil Melabur Secara Pasif Dengan Keuntungan Besar Di Wahed Invest

Sering mendengar mengenai pelaburan tidak kira iklan atau dari percakapan orang. Namun, bila kita kosong informasi mengenai pelaburan mungkin agak sukar dihadam.

Pelaburan Robot Wahed Invest
Pelaburan Robot Wahed Invest

Tiada siapa yang dapat bantu secara berdepan, ada seminar pun harganya seperti harga peluru berpandu Rusia.


Pasti ada yang mencari satu instrumen atau platform untuk melabur tanpa memikirkan naik turun pasaran.

Instrumen Pelaburan Tidak Perlu Sentiasa Dijaga

Kita hanya masukkan/deposit wang modal dan ia akan 'beranak' sendiri.

Memang ada, cara dan kaedah ini diberi nama pelaburan melalui robot.

Sistem atau robot dengan tetapan algorithm akan melaburkan wang anda kepada anda.Salah satu instrumen robot pelaburan yang dipercayai dan ramai orang gunakan untuk melabur secara pasif adalah Wahed Invest.

Cukup mudah untuk digunakan dengan hanya meletakan modal secara sekaligus (one time) atau berkala (mingguan/bulanan).

Modalnya juga tidak begitu besar untuk bermula. Dengan minima modal pelaburan hanya RM100 anda sudah boleh membuat pelaburan secara pasif.

Seumpama simpan wang anda di dalam Wahed Invest dan tunggu pulangan.

Apakah bezanya simpan wang di Wahed Invest dan Bank atau ASB/Tabung Haji ?

Wahed invest secara jujurnya adalah tempat untuk melabur seperti biasa. Sistem algorithm akan selerakkan wang anda ke dalam pelbagai unit.

Termasuklah Bursa Malaysia, Nasdaq, yang mana melaburkan dalam syarikat yang memiliki stok. Selain itu, dana wang anda akan dilaburkan juga ke dalam sukuk, bon, dan emas.

Dari keseluruhan modal anda itu juga terdapat sedikit portion sebagai simpanan.

Jadi, Bank dan ASB/Tabung Haji hanya memberikan dividen secara tahunan, manakala Wahed Invest merupakan pelaburan sebenar dengan pulangan keuntungan pelaburan yang lebih besar.

Bergantung kepada pasaran saham dan pasaran ekonomi semasa.

Risiko Tinggi Pulangan Besar

Dalam bahasa inggerisnya, High Risk High Return. Apabila kita melabur dalam pasaran yang sentiasa naik turun pasti ada risikonya.



Wahed Invest tidak menjanjikan keuntungan yang besar secara drastik dan cepat. Ada masanya jika ekonomi dan pasaran saham jatuh maka kerugian pasti ada.

Walaupun rugi selagi kita tidak mengeluarkan dana dalam Wahed Invest, anda masih tidak rugi.

Jangkamasa 5 tahun dan 20 tahun pasti anda akan tersenyum lebar bila melihatkan keuntungan dan pulangan dari Wahed Invest.



Jika anda ingin kaya cepat seperti skim cepat kaya, Wahed Invest bukan untuk anda.

Cara Menggunakan Wahed Invest

Wahed Invest menggunakan aplikasi yang cukup ramah (friendly) dan mudah digunakan.Dua kaedah setakat ini boleh digunakan, melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih (telefon pintar).



Aplikasinya juga tidak begitu sukar, buka sahaja selepas daftar masuk anda akan ditemukan dengan papan pemuka (dashboard) nilai simpanan anda dan keuntungan.

Menunya juga ringkas dan mudah untuk dilayari jika ingin memasukan wang dan mengeluarkan wang.

Pemilihan Jenis Portfolio Pelaburan Mengikut Kesesuaian Pengguna

Banyak pilihan yang boleh dibuat oleh pengguna Wahed Invest, terdapat beberapa portfolio yang boleh dipilih bergantung kepada modal, risiko dan pulangan.



Dari portfolio bersifat biasa-biasa sehinggalah kepada agresif yang lebih berisiko namun pulangan keuntungan tinggi. Antara jenis portfolio yang ditawarkan setakat ini adalah;

Money Market Fund

Local REIT

Emerging Market Stocks

China Stocks

US Stocks 

Gold

Very Aggressive

Aggressive

Moderatley Aggresive

Moderate

Moderately Conservative

Very Conservative

Setiap portfolio ini mengikut kesesuaian peribadi cara pelaburan anda. Jika anda ragu ragu apakah portfolio yang kena atau sesuai dengan anda aplikasi Wahed Invest akan mencadangkan kepada anda apabila anda selesai membuat kaji selidik yang diberikan ketika pendaftaran.


Bagaimana Dapatkan Instrumen Wahed Invest

Boleh muat turun di appstore dan playstore telefon bimbit anda.

Kesimpulan yang penulis boleh berikan adalah, instrumen pelaburan Wahed Invest ini adalah satu tempat anda menyimpan wang, dan wang tersebut akan digunakan oleh komputer (robot) untuk membuat pelaburan.



Ia terbaik untuk jangkamasa panjang, sesuai untuk tabungan dan kegunaan ketika pencen nanti. Penulis juga menggunakan aplikasi ini hampir setahun dan akan depositkan wang setiap bulan secara berkala.

Dengan menggunakan kod ini,

muhyus232

Ketika memulakan pendaftaran dengan Wahed Invest, anda akan memiliki secara PERCUMA deposit RM20 dalam akaun anda.

Anda fikir anda tahu Menyimpan Sambil Melabur Secara Pasif Dengan Keuntungan Besar Di Wahed Invest ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan