Header Ads

Nasi Butter Chicken Chop dan Lamb Chop Ady's Smokin Taste Jenjarom Banting

 "Nasi Butter Western Food"

Ada masanya deria rasa lidah seorang melayu inginkan rasa lain yang memasuki deria lidah.

Nasi Mentega Lamb Grill Chicken Chop
Nasi Mentega Lamb Grill Chicken Chop

Jika biasa dengan nasi yang pelbagai perisa seperti nasi campur dan nasi goreng, ada kalanya inginkan nasi dalam versi makanan barat.


Apa kata kali ini manjakan sedikit deria rasa dengan nasi mentega dengan masakan ayam dan kambing versi barat.

Dua menu yang penulis dan isteri penulis cuba kali ini adalah;

Nasi Butter Lamb Grill



Nasi Butter Chicken Chop



Ady's Smokin Taste yang terletak di Telok Panglima Garang dalam kawasan Jenjarom adalah antara kedai makan yang menyediakan makanan barat (western food).

Chicken Chop dan Lamb Chop

Western food kebiasaanya yang terdapat dalam menu adalah chicken chop dan lamb grill, yang merupakan dua hidangan yang begitu lazim di pesan di restoran makanan ala barat.

Datang dengan tanpa sebarang niat apakah menu hidangan yang diinginkan, penulis cuba membuat selakan demi selakan untuk memilih menu apakah untuk dicuba kali ini.

Bermula dengan 'trademark' makanan barat yang penulis ceritakan awalnya tadi iaitu chicken chop dan lamb grill.

Apabila membuat belekan seterusnya penulis dan isteri memilih untuk mencuba dua hidangan ini dengan nasi.

Memandangkan nasi adalah karbohidrat yang mampu memberikan kekenyangan yang agak lama sebelum menjamah hidangan sarapan pagi nanti.

Makanan Tiba Di Depan Mata

Setelah lebih kurang 45 minit selepas dipesan, maka penulis dan isteri dihidangkan dengan dua hidangan tadi. Dengan ucapan maaf dari pelayan mungkin memberikan sedikit ketenangan kepada kami kerana datang paling awal dapat paling lambat.

Hidangan Nasi Dengan Mentega

Dalam hidangan ini semestinyalah nasi menjadi fokus utama. Nasi yang dimasak bersama mentega.



Bagi hidangan ini nasinya bewarna putih susu dengan terdapat beberapa hirisan sosej yang digaul sekali.

Lebih kepada arah tuju nasi goreng rasanya dengan bezanya ia memiliki tekstur lemak.

Berlaukan Chicken Chop dan Lamb Grill

Lauknya pula adalah chicken chop dan lamb grill. Dua menu utama yang telah dipadankan dengan nasi butter.



Chicken chop digoreng dan lamb grill disediakan melalui proses panggangan di bahagian luar kedai makan Ady's Smokin Grill.



karakter chicken chop yang digoreng semestinya rasa ranggup dari gorengan yang bersalut tepung. Dengan isi yang lembut dan mudah dicerai ketika di dalam mulut.

Lamb grill pula senang putus apabila dipotong dengan pisau yang disediakan walaupun ada kalanya ia agak kenyal apabila terkena bahagian urat dan lemak.

Tekstur dan Rasa Hidangan Dipesan

Dari segi tekstur dan rasa, penulis lebih memihak kepada kambingnya. Ayamnya biasa sahaja, ayam bersalut tepung dan bergoreng.

Jika dibiarkan sahaja nasi mentega dan ayam dan kambing mungkin panjang juga leher untuk menelannya.

Dihadirkan sos lada hitam untuk kedua-dua hidangan ini. Dalam dua hidangan ini kuah memainkan peranan yang cukup penting.

Bagi chicken chop, kuah lada hitamnya tidak begitu kuat rasa dan aromanya. Berlainan pula dengan kuah yang dihidangkan pada lamb grill yang lebih memiliki kekuatan sos lada hitam.

Jika dibuat perbandingan, kuah dalam chicken chop agak hambar dan sedikit memuakkan manakala sos dan kuah pada lamb grill menyebabkan kita mahu menghirup sehingga titisan terakhir.

Serat dan Sayuran Dalam Hidangan

Bagi menyeimbangkan portion dan zat di dalam satu pinggan hidangan salad dengan mayonis ala ala coleslaw diletakkan mungkin dalam dua sudu besar di atas pinggan.



Ranggup dan masam mayonis sesuai dicirikan untuknya, sekadar pelengkap hidangan.

Pilihan Menu Minuman

Bagi hidangan sebegini penulis lebih menggemari untuk minum air yang tidak bercampur dengan susu atau dengan pelbagai perisa.



Risau akan datang rasa muak penulis dan isteri sekadar memesan air teh o ais dan lemon ais yang hadir dalam bekas plastik air kelapa gerai di tepi jalan.

Portion Hidangan Dalam Menu

Dari segi portion hidangan, memandangkan hadirnya karbohidrat seperti nasi ia memberikan kekenyangan.

Rasanya tidaklah begitu membuatkan penulis menyeru orang ramai menggunakan mikrofon untuk mencubanya, namun bagi yang tiba-tiba terasa ingin makan 'western food' boleh mencubanya.

Harga Hidangan yang Perlu Dibayar

Harga dua hidangan ini adalah RM36.50 termasuk air yang dipesan. Dengan harga sebegini mungkin dua dinner plate KFC berjaya kami makan.

Namun, penulis tidak akan begitu berkira memandangkan ia adalah makanan sekali sekala.

Anda fikir anda tahu Nasi Butter Chicken Chop dan Lamb Chop Ady's Smokin Taste Jenjarom Banting ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.