Cara Bermula Jual Beli Saham Bursa Malaysia Pemula Dari Pengalaman

 "Main Saham Bursa Malaysia"

Setiap orang bermula sebagai pemula. Sejerung, sedinasaur dan sepaus mana otai dalam saham pasti bermula sebagai pemula.

Cara Bermula Dalam Saham Bursa Malaysia
Cara Bermula Dalam Saham Bursa Malaysia

Penulis sendiri seorang pemula.


Ini adalah pengalaman pemula dalam bidang saham stok. Saham ada pelbagai jenis namun kali ini penulis akan fokus kepada saham stok.

Saham yang didagangkan di Bursa Malaysia dimana terdapat aliran jual beli saham.

Beberapa perkara perlu pemula tahu dan bersedia sebelum menjinakkan diri dalam dunia saham stok di Malaysia.

1. Broker/Platform Jual Beli Saham

Dimanakah tempat kita boleh membeli dan menjual saham ? Ini adalah soalan pertama seorang pemula.

Pasti kita akan tertanya-tanya pada awalnya, dimana kita boleh lakukan transaksi untuk jual beli saham.

Memang terdapat platform oleh broker secara aplikasi untuk jual beli saham.

Broker (yang  akan menguruskan jual beli anda) adalah orang tengah dalam transaksi saham. Sekarang interaksi broker dan pelanggan (anda) menggunakan aplikasi dan platform jual beli saham.

Banyak sebenarnya platform broker saham yang anda. Secara terus dengan broker (bersemuka) atau menggunakan aplikasi.

Kebanyakan bank ada 'platform' atau 'aplikasi' jual beli saham bursa.

Antara Contoh Broker/Platform saham yang ada di Malaysia adalah:

1. Affin Hwang Investment Bank Berhad

2. Alliance Investment Bank Berhad

3. BIMB Securities Sdn Bhd

4. Hong Leong Investment Bank

5. Kenanga Investment Bank Berhad

6. Malacca Securities Sdn Bhd

7. Maybank Investment Bank Berhad

8. Public Investment Bank Berhad

9. RHB Investment Bank Berhad

Ini adalah sebahagian broker (platform jual beli saham) yang ada. Masing masing ada kelebihan dan kekurangan.Buat kajian sendiri dan pilihlah mengikut kesesuaian anda.

Bagi penulis, pilih broker yang murah fi atau yurannya dan senang digunakan aplikasinya. Penulis menggunakan Malacca Securities Sdn Bhd, sebagai contoh.

2. Pemilihan Remisier

Sebagai pemula, mencari seseorang untuk berpaut adalah menjadi keperluan. Jika anda seorang yang berdikari dan boleh uruskan sendiri bahagian ini boleh diabaikan.

Remisier berperanan menjadi pembekal (dealer) antara broker dan anda.Seumpama mentor dan jika anda memilih remisier yang terbaik nasib anda akan baik,

Anda akan disediakan dengan;

1. Panduan asas jual beli

2. Cara Buka Akaun CDS

3. Dimasukan ke dalam kumpulan sokongan media sosial seperti Telegram

4. Perjumpaan (biasanya maya atau atas talian) setiap minggu.

Mujurlah penulis menemui remiser yang lengkap seperti diatas sebagai rujukan.

3. Buka Akaun CDS

Perkara pertama dalam bermain saham, dengan adanya akaun CDS. Diumpamakan sebagai kunci untuk membuka pintu bermain saham.

Ia lebih kepada pendaftaran seseorang dengan Bursa Malaysia untuk butiran diri disimpan sebagai data.

Ketika penulis mula membuka akaun CDS ini dengan remisier penulis hanya fi (yuran) RM10 diperlukan.

Akaun CDS dibuka melalui atas talian (online). Jika anda ada remisier boleh rujuk remisier anda.

4. Fi dan Caj Dalam Saham

Bab ini agak penting bagi pemain saham yang secara runcit iaitu mereka yang bermain jual beli saham dalam harga yang kecil.

Kecil yang penulis maksudkan apabila modal sekitar RM2000 dan ke bawah.

Caj akan dikenakan dalam jual beli saham di Malaysia adalah caj dan fi 'brokerage' iaitu orang tengah yang uruskan jual beli.

Setiap broker atau platform memiliki fi dan caj tertentu, caj yang dikenakan tidak sama, berbeza di antara broker saham.

Contohnya, MPlus dan RHB mungkin berlainan harga caj brokerage mereka.Boleh buat kajian sendiri dengan caj brokerage setiap broker yang ada.

Buat pilihan terbaik.

5. Saringan Kajian Stok Saham (Screener)

Bagi pemula dan yang masih belum mahir dalam saham. Screener cukup penting.

Screener adalah satu media di antara pemain saham dan kajian mengenai stok atau saham tersebut.

Screener berfungsi untuk membantu pelabur melihat dari sudut Technical Analysis dan Fundamental Analysis sesuatu saham atau stok yang sedang dalam rancangan untuk di masukkan dalam portfolio anda.

Beberapa screener yang penulis gunakan adalah seperti;

1. Ringgit Lab

2. Isaham

3. KLSE Info

Terdapat banyak lagi sebenarnya media screener, namun ini sebahagian. "Screener" yang sentiasa membantu penulis adalah kumpulan Telegram.

6. Pemilihan Modal

Dalam modal penulis sekadar memberikan pengalaman sendiri. Bergantung kepada jumlah wang yang sanggup anda hilang ketika jual beli saham boleh dijadikan modal.

Secara peribadi dan bukan sebagai nasihat kewangan kepada anda penulis cadangkan mulakan dengan berdagang (trade) secara 'paper trade' dahulu.

Apabila sudah yakin dengan strategi anda, modal sekitar RM1500 dan ke atas merupakan cadangan penulis. Fi broker dan fi clearance yang agak mahal, sewajarnya gunakan nilai ini sebagai aras modal minima.

Ini adalah pengalaman penulis, penulis tidak menyuruh atau memberikan nilai di atas sebagai wajib untuk anda. Bergantung kepada diri sendiri, mahu bermula dan rasai pengalaman pertama 'trading' saham, RM500 pun sudah cukup.

7. Mulakan Jual Beli Saham

Apalagi, bolehlah bermula transaksi dan jual beli saham stok Bursa Malaysia.

Jangan terlalu tamak dan terlalu gopoh, cuba dahulu satu stok, lihat hasilnya.

"High Risk High Return" dan sebaliknya.

Jangan takut untuk mulakan berdagang saham, dari pengalaman anda akan mampu berdikari dalam saham.

Malahan lebih terbaik dari penulis yang baharu sahaja berjinak dalam saham.

Penafian Nasihat Kewangan

Ini adalah kongsian pengalaman sendiri penulis dan bukanlah nasihat kewangan. Jadikan sebagai panduan secara am, dan jangan tiru bulat bulat.

Penulis kongsikan pengalaman ini sebagai satu jalan bagi yang pertama kali ini menceburi jual beli saham di stok Bursa Malaysia.

Anda fikir anda tahu Panduan Pengalaman Bermain Saham Stok Bursa Malaysia Bagi Pemula ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan