Header Ads

Senarai Instrumen dan Teknik Pelaburan Tambah Pendapatan

"Jenis Pelaburan yang Boleh Digunakan"

Ramai yang berseloroh "bilalah duit akan beranak". Cakap cakap sebegini sekadar bergurau untuk memiliki wang secara lebih.

Instrumen Pelaburan Popular
Instrumen Pelaburan Popular

Ia sebenarnya bukanlah sekadar frasa kata kerana zaman sekarang duit memang boleh beranak dan memberikan pulangan jika betul caranya.


Pelaburan

Adalah satu cara untuk memperbanyakan nilai aset yang ada. Pelaburan dan sistem MLM atau skim cepat kaya sering disalahertikan.

Pelaburan yang betul memberikan pulangan yang seperti yang diinginkan jika betul kaedah dan tempat membuat pelaburan.

Senarai Platform Pelaburan Mendatangkan Keuntungan Dengan Mudah

Kali ini penulis akan senaraikan dan memberikan cadangan kepada yang berminat melabur. Instrumen-instrumen pelaburan yang boleh anda gunakan mengikut kesesuaian anda.

1. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

ASB diwujudkan untuk membantu bumiputera menguruskan dana mereka.



Dalam kata lain simpanan. Jika simpan sahaja di bank (walaupun ada juga faedah, namun sedikit) pulangannya tidaklah banyak. Apalagi jika disimpan di dalam peti besi atau bawah bantal.

ASB akan memberikan pulangan dalam dividen kepada penyimpan yang menyimpan dalam amanah ini.

Amanah saham bumiputera adalah dibawah seliaan kerajaan. Pihak kerajaan menerusi permodalan nasional (pnb) akan melantik mana-mana personel untuk gunakan wang anda dalam pelaburan tidak kira stok, sukuk, bon atau mana mana tempat.

Kelebihan ASB adalah modal anda (wang yang anda masukan) tidak akan hilang. Anda masukan RM10,000, nilai itu akan kekal dan akan diberikan secara tahunan.

 2. Unit Amanah (Unit Trust)

Unit trust sama sahaja konsepnya dengan ASB. Melainkan ia adalah seliaan swasta atau secara sendirian.



Contoh unit trust yang ada di Malaysia adalah Public Mutual, Kenanga dan beberapa bank yang menyediakan instrumen unit trust.

Unit trust menggunakan orang tengah (third party) dalam urusan pembelian stok, bon, sukuk atau apa-apa pelaburan.

Komisen dan fi akan diberikan kepada third party ini sebagai upah. Oleh itu, fi menggunakan unit trust lebih tinggi berbanding ASB.

Namun, dividen tahunannya cukup besar berbanding ASB. 

3. Tabung Haji

Secara jujurnya apa yang penulis fahami, Tabung Haji tidak begitu menjurus kepada instrumen pelaburan.



Lebih kepada simpanan seperti KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) namun memandangkan ia memiliki dividen ia masih boleh diberikan kelayakan dalam kategori instrumen pelaburan.

Jika ingin keuntungan yang tinggi, dividen dari simpanan Tabung Haji bukan pilihannya.

4. Wahed Invest



Wahed Invest adalah bersifat robot. Segala urusan pembelian, penjualan saham melalui sistem artificial intelligence (AI) dalam sistem.

Stashaway adalah alternatif untuk Wahed Invest.

Pelabur hanya depositkan modal (minima RM100) ke dalam akaun Wahed Invest.

Robot (atau sistem komputer) akan menguruskan segala urusan pelaburan. Memandangkan ia menggunakan robot maka finya cukup rendah.

Pulangan adalah dalam bentuk keuntungan sebagaimana kita bermain saham. Terdapat beberapa portfolio yang boleh dipilih dari yang rendah risiko kepada risiko agresif.

Guna kod " muhyus232 " untuk dapatkan bonus percuma 

5. Public Gold

Emas merupakan aset semulajadi yang menjadi sukatan kepada matawang dari zaman dahulu lagi.



Sumber bumi ini dijadikan asas dalam kekayaan sesebuah negara sebelum kedatangan sistem fiat sekarang.

Namun, pelaburan emas masih relevan sehingga kini. Nilainya sentiasa naik dan ada masa turun maka ia sesuai untuk pelaburan.

Public Gold menyediakan platform kepada pelabur emas untuk melabur. Buat belian emas fizikal dengan public gold dan pihak mereka akan laburkan untuk anda melalui modal belian emas oleh anda.

Pulangan keuntungan akan diberikan kepada anda dari pelaburan emas tersebut dalam pasaran.

6. Bursa (Stok)

Melabur melalui stok adalah memerlukan anda melakukan semuanya sendiri.



Dari pembukaan akaun Credit Default Swap (CDS) sehinggalah anda membuat kajian pemilihan stok (saham), masa untuk beli dan masa untuk ambil keuntungan dengan menjual.

Lebih bebas dan tidak terikat. Walaupun melabur sendiri namun setiap platform pelaburan seperti Melaka Securities, Rakuten, Hong Leong, RHB, Maybank, Mitrade dan banyak lagi memiliki agen atau wakil yang dipanggil remisier yang akan membantu anda dari pembukaan akaun cds sehinggalah 'coaching' (latihan).

Melaui cara ini anda boleh kawal selia portfolio dan bajet pelaburan sendiri.

 

  7. Kripto (Aset Digital)

Aset digital kripto adalah alternatif kepada duit fiat yang sedia ada.



Konsep sama juga untuk tukaran dagangan dan barangan. Ia masih lagi baharu memandangkan Bitcoin bermula pada tahun 2009.

Memandangkan ia masih baharu maka aset digital ini terbaik untuk pelaburan jangkamasa panjang apalagi dunia makin maju, permintaan atas coin dan token akan semakin meningkat.

Bermula dengan zaman gaming maya sehinggalah kehidupan metaverse nanti, kripto adalah 'matawang' pembelian maya.

Pilih Instrumen Pelaburan Bersesuaian Dengan Plan Anda

Dengan senarai ini harap dapat membantu anda menggunakan instrumen yang 'kena' dengan prinsip pelaburan anda.

Penulis bukanlah penasihat kewangan namun sekadar berkongsi dari pengalaman sendiri.

Lakukan kajian terperinci untuk setiap instrumen, jauhi sikap tamak dan lakukan pelaburan untuk jangka masa panjang.

Anda fikir anda tahu Senarai Instrumen dan Teknik Pelaburan Menguntungkan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum. 


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.