Menu Western Food Di Ady's Smokin Taste Jenjarom Banting Selangor

Ady's Smokin Taste Jenjarom

Terlalu tipikal menyebut 'western food' walaupun dari pemerhatian penulis dalam drama, siri atau filem hollywood hidangan mereka tiadalah sama dengan makanan barat disini.

Ady's Smokin Taste Western Food Banting
Ady's Smokin Taste Western Food Banting

Mungkin terlalu dibaratkan, mungkin sudah tiba masanya ia menjadi makanan tempatan.


Selalu sahaja makan sambal belacan, budu, ulam dan nasi bergulai dan berkuah. Ada masanya juga deria rasa mula mencari kelainan.

Ditambah pula baharu mendapat bonus, keuntungan atau gaji bolehlah mula membelanja diri dan keluarga makanan yang berdigit dua harganya.

Kedai Western Food Telok Panglima Garang

Disekitar Telok Panglima Garang Banting ini terdapat beberapa kedai makan yang temanya adalah makanan 'deep fry' dan 'grill'.

Chicken chop dan lamb grill merupakan dua lambang kepada 'western food'. Kedatangan sosej, burger dan fries menambahkan lagi ke'mat saleh'an kedai dengan tema makanan sebegini.

Tidak perlu menumis, tidak perlu santan dan kerisik. Goreng dan panggang. Walaupun mudah cara penyediaan namun harganya harga makanan segera.

Kedai Makan Ady's Smokin Taste Banting


Ady's Smokin Taste. Memang kena dengan namanya. Berasap tidak lari dengan panggangan apabila kedai ini menyediakan 'asap' kepada pelanggan dengan membuat panggangan dihadapan pelanggan.

Menu Western Food Disediakan

Ada ketikanya yang makan di dalam kedai turut menikmatinya.Beberapa menu yang disediakan disini seperti;

Chicken chop



Chicken Grill



Lamb Grill

Meatball

Burger

Cheezy Nachos



Boleh rujukan gambar yang penulis sediakan untuk menu yang disediakan di kedai ini.Makanan versi lauk sahaja ini menjadi tipikal kedai makan yang menyediakan hidangan 'western food'.

Western Food Dengan Nasi atau Pasta

Namun, dikedai ini juga disediakan pelengkap kekenyangan untuk mereka yang inginkan rasa penuh di perut.


Hidangan lauk panggang dan goreng ini ditambah dengan nasi atau pasta. 

Banyak pilihan menu yang disediakan, ini adalah antara mengapa penulis agak gemar datang ke sini selain dari jaraknya dari kediaman yang tidak jauh.


Senarai Menu Makanan Beserta Harga

Dari segi jenis pilihan menu makanan yang ada cukup banyak juga sehinggakan boleh lama juga untuk menelaah apakah yang mahu dicuba.







Dari segi harganya ia masih harga marhaein bukan bangsawan atau jejak harga kayangan.

Agak menarik apabila disediakan menu untuk kanak kanak kerana sememangnya citarasa kanak kanak terhadap western food masih belum menjadi keutamaan deria rasa kanak kanak. Kids Menu diwujudkan.

Pilihan Ruang Makan



Terdapat dua ruangan makan yang disediakan disini. Diluar dan di dalam kedai. Penulis mengesyorkan untuk mendapatkan ruang makan di bahagian luar yang lebih terbuka luas berbanding bahagian dalam kedai yang agak seperti keadaan lif di sebuah flat pprt.

Bagi yang kurang selesa terperuk pastinya akan memilih bahagian luar yang lebih berangin dan agak bebas jika tiada ribut dan hujan berlangsung.

Hiasan, Dekorasi dan Suasana Kafe

Bagi yang sukakan suasana redup malap seperti penggambaran filem dan drama arahan Rashid Sibir mungkin makan di dalam kedai lebih menjadi pilihan.

Lampu-lampu dengan mentol kecil menjadi sumber cahaya. 

Meja dan kerusi yang agak hipster dengan corak dan binaan dari habuk atau racikan dari kayu yang digam dan diselek sepertimana kelas kemahiran hidup ketika zaman persekolahan dahulu.



Pelanggan hanya mampu bersandar di dinding jika ingin melegakan pinggang, namun pastikan anda tidak bersandar di deretan gambar-gambar pelanggan yang menjadi hiasan pada dinding.



Cermin dengan ukiran sprocket besar dan kata-kata hikmah yang boleh ditemui di kedai 2Co juga menjadi dekorasi pada ruangan dinding kedai. Semua ini pelanggan tidak akan rasai jika anda makan di bahagian luar.

Layanan Staf Kafe

Dari segi layanan pula masih baik setakat beberapa kali penulis berkunjung. Setakat ini masih dilayan oleh seorang adik manis yang menjadi pelayan.

Melalui pemerhatian, memang seorang sahaja pelayan. Agak peramah dan berkali kali juga meminta maaf jika makanan agak terlambat.

Tempoh Penerimaan Pesanan Makanan

Dari segi penghantaran makanan ke meja, dari pengalaman penulis berjaya menerima hidangan sekitar 20 minit hingga 45 minit.

Purata Harga Makanan

Dari segi harganya pula, makanan utama bermula sekitar RM10 dan makanan sampingan bermula sekitar RM5.90.

RM20 merupakan hidangan paling mahal untuk satu hidangan disini. Harga ini adalah berpandukan senarai menu dan harga yang diberikan kepada pelanggan.

Lokasi Kedai Makan

Bagi yang ingin mencuba makanan panggang dan goreng di Ady's Smokin Taste Jenjarom boleh rujuk alamat di bawah dan Google Maps yang disediakan.

Anda fikir anda tahu Menu Western Food Di Ady's Smokin Taste Jenjarom Banting Selangor ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum

Catat Ulasan

0 Ulasan