Syarat Pemilihan Haiwan Ibadah Korban Sah Dalam Islam

"Pemilihan Haiwan Ibadah Korban"

Hari raya korban merupakan hari kebesaran kedua selepas hari raya aidilfitri.

Pemilihan Haiwan untuk Ibadah Korban
Pemilihan Haiwan untuk Ibadah Korban

Memperingati kisah antara Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, ibadah yang hukumnya sunat Muakkad ini dilakukan pada 10 Zulhijjah dan 3 hari tasyrij'.


Terdapat kriteria dan syarat dalam pemilihan haiwan yang ingin dikorbankan. Bukan boleh main sebat sahaja untuk mendapatkan haiwan untuk dikorbankan.

Jenis Haiwan Dalam Ibadah Korban

Perkara pertama adalah kenali haiwan yang biasa digunakan untuk ibadah korban. Antara haiwan ternakan yang biasa digunakan ketika musim korban adalah;

Lembu

Unta

Kerbau

Kambing

Biri Biri

Kibasy

Umur Matang Haiwan Untuk Ibadah Korban

Salah satu kriteria adalah pemilihan umur haiwan untuk disembelih. Pastikan haiwan yang ingin dikorbankan sudah cukup umur matangnya.

Umur matang haiwan yang sesuai untuk disembelih adalah sepert;

Unta - 5 tahun

Lembu - 2 tahun

Kerbau - 2 tahun

Kambing - 2 tahun

Biri-biri - 1 tahun (atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur 6 bulan)

Apabila umur sudah cukup untuk dikorbankan, lakukan juga beberapa pemeriksaan terhadap haiwan tersebut dari segi fizikal dan sifatnya.

Bukan semua haiwan ternakan yang layak untuk dijadikan haiwan untuk dikorbankan. Terdapat beberapa kriteria dan sifat yang membolehkan haiwan untuk disembelih.

Kecacatan atau kekurangan sifat pada haiwan yang ingin disembelih dianggap sebagai aib kepada haiwan tersebut. Terdapat beberapa aib pada haiwan yang ingin dikorban yang dibolehkan dan tidak dibolehkan untuk menjadi calon untuk dikorbankan ketika musim Hari Raya Korban.

Tidak Sah Korban Haiwan Aib Haiwan Cacat

Terdapat beberapa aib (kecacatan, kekurangan) yang tidak melayakkan haiwan tersebut untuk dikorbankan seperti;

- Tiada bertelinga atau yang terpotong telinganya walaupun sedikit

- Terpotong ekor atau lidahnya

- Haiwan yang kurus yang menjadi kurang dagingnya

- Berkudis walaupun sedikit kerana binasa dagingnya

- Buta kedua matanya

- Sangat tempang

- Sedang bunting

Namun, terdapat juga aib atau kekurangan pada haiwan tersebut yang sah untuk dikorbankan dengan aib seperti;

- Tidak bertanduk dari lahir

- Patah tanduknya (hua hua hua)

- Terbelah telinganya

- Berlubang telinganya tetapi tidak hilang dagingnya

- Tidak berekor sejak dilahirkan

- Tanggal sebahagian giginya

- Tidak mempunyai zakar

- Haiwan yang dikasi (kembiri)

Apabila sudah cukup umur/usia matanya dan apabila diperiksa ia tiada sebarang aib yang tidak sah untuk disembelih, maka ia adalah haiwan ternakan yang sesuai untuk dikorbankan.

Ketetapan Dalam Pemilihan Haiwan Terbaik untuk Ibadah Korban

Islam adalah agama disiplin dan gaya hidup yang sempurna, Islam bukanlah satu anutan atau kepercayaan semata-mata. Setiap ibadah dan perlakuan dalam Islam ada metod dan aturannya.

Ada hikmah dan pengajaran. Dalam pemilihan untuk dikorbankan, haiwan perlulah haiwan yang terbaik dan cukup syarat untuk dikorbankan bukan sekadar mendapatkan mana-mana haiwan untuk disembelih.

Anda fikir anda tahu Syarat Pemilihan Haiwan Korban yang Sah Dalam Islam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan