Nasi Kukus Daging Kambing Bakar Di Nasi Kukus Sotong Besar Shah Alam

 "Nasi Kukus Daging Kambing Bakar"

Dengan rasa manis yang berjus, ditambah pula bau asap hasil sos lada hitam yang melekat pada dagingnya.

Nasi Kukus Kambing Bakar Sotong Besar
Nasi Kukus Kambing Bakar Sotong Besar

Jika anda seorang penggemar menu kambing bakar, melalui gambaran di atas pasti akan mengembalikan memori anda ketika menikmatinya.


Sudah banyak sebenarnya hidangan kambing bakar yang penulis cuba sepanjang hidup di muka bumi ini.

Masih ingat, kali pertama di sekitar Setia Alam dan kali terakhir di sekitar Kemuning, Shah Alam.

Daging Kambing Perapan Frozen Semakin Popular

Makan kambing bakar sahaja terlalu retorik dan tipikal, kerana sekarang sudah banyak sejuk beku (frozen) kambing perap yang dijual di pasaran.

Kambing Bakar Dengan Nasi Di Shah Alam

Kali ini penulis ingin memberikan ulasan (review) mengenai satu set hidangan dalam kategori kambing bakar iaitu;

"Nasi Kambing Bakar Sotong Besar"

Agak pelik namanya bukan, ada nama sotong besar.Jangan pelik kerana ia lebih kepada nama kedai ini yang menyediakan menu utamanya sotong besar.

Kali ini penulis akan bercerita mengenai nasi kambing bakarnya yang selalu bermain dilidah dan minda.

Menu hidangan ini dalam set, mudah untuk memesan, sebut sahaja, 

"set nasi kambing bakar satu!". Tidak perlu fikir untuk makan apa.

Apa yang Ada Dalam Hidangan Ini ?

Mula mula kita lihat apa yang ada dalam set hidangan ini. Antara bahan bahan kecil yang ada dalam satu hidangan adalah;

Set Nasi Kukus Kambing bakar
Set Nasi Kukus Kambing bakar


1. Daging kambing bakar (diperap lada hitam)

2. Hirisan kobis halus (seperti kertas selepas di'shredder')

3. Limau nipis (untuk diperah)

4. Nasi kukus

5. Kuah Gulai

Rasa Hidangan Set Nasi Kambing Bakar

Daging kambing bakar (diperap lada hitam)

Kambing Bakar Black Pepper
Kambing Bakar Black Pepper


Penulis anggarkan bahagian (portion) yang dihidangkan di atas pinggan ini adalah dalam gram. Mungkin sekitar 200-300 gram kerana berbeza bilangan kepingan setiap kali datang.

Dari segi rasa, sebagaimana penulis jelaskan apa yang menarik tentang daging kambing bakar secara am ada pada hidangan ini.

Manis dari lemak daging kambing bercampur pula dengan air jus perapan lada hitam, rasanya lain macam.Ok, manis.

Seluruh daging kambingnya dibanjiri kuah dan sukar untuk menemui 'portion' kering.

Tekstur daging kambing tidak begitu liat namun tidak begitu lembut. Sedang sedang sahaja. Masih mampu terlekat di celahan gigi pada skal 3.

Daging ini nipis dan seumpama sudah dicarik, pandai mereka melempiaskan tekstur liat daging supaya mudah di makan.

Hirisan kobis halus 

Terbaik hirisannya, sehalus kertas yang telah di'shredder'kan bukan seperti kobis ayam penyet kedai jawa. Pandangan penulis terhadap kobis mula positif apabila kobis diperlakukan sebegini.

Tiada lagi prejudis terhadap kobis sehingga ditinggalkan ke dalam tong sampah. Ranggup dan tawar. Kombinasi terbaik untuk membalut hirisan daging kambing yang berjus

Namun, kobis tetap kobis

Hirisan Bawang Mentah

Bawang jangan dilupa, bahan yang akan memberikan sensasi pedas 'berangin' dan mungkin menghilangkan bau hamis daging kambing.

Dengan menggantikan dengan baunya. Sukar untuk bukan peminat bawang untuk asingkannya memandangkan warna hirisan bawang dan kobis dalam hidangan ini sama.

Limau nipis (untuk diperah)

Bagi yang tidak berjiwa 'Kelantan' seperti penulis, boleh 'alter' rasa manis pada daging kambing bakar ini dengan menggunakan limau nipis yang diberikan ini.

Limau nipis bukan limau kasturi. Masam pada limau memberikan variasi untuk dikunyah dalam mulut.

[Markah : 4.5/5.0]

Nasi Putih Kukus

Nasi Kukus
Nasi Kukus


Tiada yang istimewa untuk nasi putihnya. Sebagaimana nasi putih yang ditanak di rumah dengan menggunakan jari sebagai ukuran.

Nasinya disini sama sahaja, berasal dari bekas besi kecil yang dimasak dengan wap air iaitu nasi kukus. Oleh itu tiada sebarang keistimewaan selain dari sukar untuk menemui nasi hangit dan berkerak kerana ia nasi kukus.

Tiada sebarang perasa untuk nasinya, seperti ala-ala nasi ayam atau nasi tomato.

[Markah : 3.0/5.0]

Kuah Gulai

Kuah Gulai
Kuah Gulai

Kuah gulainya memang terbaik, tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Rasa kari dan kuah gulai ala ala kawah dapat dirasai.

Tuangkan ke atas nasi kukus dan gaul rata, memang kena dengan rasa daging kambing bakar yang manis dan masin rasanya.

[Markah : 4.0/5.0]

Boleh dikatakan walaupun sotong besar adalah 'signature' untuk kedai ini, penulis boleh katakan sepatutnya nasi kukus kambing bakar ini sepatutnya menjadi menu utama untuk restoran ini.

Secara keseluruhan penilaian yang boleh penulis berikan adalah sedap dengan [Markah 4.7/5.0] 

Jika ada kawan, famili dan sesiapa yang inginkan penulis mencadangkan nasi kambing bakar, disinilah jawapan penulis untuk sekitar Shah Alam.

Harga Hidangan Nasi Kambing Bakar

Harga Daging Kambing Bakar : RM14.50

Harga Nasi Kukus Kambing Bakar : RM16.50

Dari segi harga masih berpatutan memandangkan bayaran pemilik kedai untuk dekorasi dan kemudahan yang ada pada kedai.

Mungkin agak mahal jika dibandingkan dengan 'portion' nasi kambing, namun, oleh kerana ia adalah haiwan ternakan bernama kambing, harga pasaran hidangan ini tidak jauh dengan harga di tempat lain.

Harga dan rasa pula, bagi penulis, berbaloi kerana sehingga kini bila bercerita mengenai hidangan ini, terus kembali kenangan mengunyahnya. 

Kurang dari RM20 per hidangan masih boleh diterima untuk hidangan ini.

[Markah : 3.0/5.0]

Lokasi Kedai Makan Nasi Kukus Sotong Besar

Bagi yang ingin mencuba nasi kambing bakar ini boleh rujuk alamat dan lokasi yang penulis terakan dibawah;


Restoran nasi kukus sotong besar dibuka pada jam 11:30 a.m hingga 10:30 p.m


Anda fikir anda tahu Nasi Kukus Daging Kambing Bakar Di Nasi Kukus Sotong Besar Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan