Header Ads

Keindahan Misteri Tasik Biru dan Tasik Hijau Di Bukit Ibam, Muadzam Shah Pahang

"Tasik Biru dan Hijau Bukit Ibam"

Kebiasaannya jika alam semulajadi yang cantik dipandang atau jarang dilihat adalah datangnya dari negara luar.


Tasik Biru Tasi Hijau Bukit Ibam Pahang
Tasik Biru Tasi Hijau Bukit Ibam Pahang
Bukan mahu beritahu Malaysia atau pelancongan domestik kita tidak menarik tetapi jika bercerita tentang benda-benda warna warni ini lebih tertumpu kepada negara luar.


Namun, itu semua kerana kita belum atau tidak menemui apa yang ada pada tarikan pelancong yang ada di negara luar dengan dalam negeri kita.

Air Bewarna Hijau Biasa Ditemui

Selalunya air kehijauan, itu biasa, pantai-pantai di Malaysia ada juga warna tersebut. Namun, pernahkah melihat tasik yang memiliki warna airnya biru.

Kali pertama mengetahui air bewarna biru memang agak biasa, kita sekarang bukan berbicara mengenai biru yang asalnya, namun biru yang lebih menjurus kepada biru yang agak luar biasa jika dibandingkan dengan kebiruan air yang pernah kita lihat.

Air Tasi Kebiruan 'Turquoise' Jarang Ditemui

Jika yang pernah membeli air limau 'lime' yang bewarna biru air balang tidak kira pasar tani, pasar malam atau tepi jalan maka anda boleh menggagak biru yang bagaimana yang cuba penulis sampaikan.


Tasik Biru Bukit Ibam Muadzam Pahang
Tasik Biru Bukit Ibam Muadzam Pahang
Ya! warna tersebut pada sebuah tasik. Warna biru 'turquoise' sebenarnya. 

Tidak perlu sebenarnya untuk menghabiskan wang ringgit mendapatkan gambar dengan latar belakang tasik dengan warna biru turquoise ini kerana di Malaysia pun ada.

Tasik Biru Bukit Ibam Unik Ada Di Malaysia

Terdapat satu tarikan yang boleh dikatakan agak baharu di pedalaman Pahang. Lebih kurang dalam 20km dari pekan Muadzam Shah, Pahang.


Biru Turquoise Air Tasik Bukit Ibam
Biru Turquoise Air Tasik Bukit Ibam 
Terdapat tasik 'turquoise' ini.

Dengan lebih tepat, Tasik Biru Bukit Ibam.

Jarak Perjalanan Ke Tasik Biru dan Tasik Hijau Bukit Ibam

Perjalanan dari bandar Muadzam jika dalam keadaan santai boleh memakan masa 30-40 minit, bergantung kepada gaya pemanduan anda.

Kepenatan mula dari perjalanan yang agak bosan dengan permandangan hutan dan bukit bukau sahaja mula hilang apabila aplikasi 'Waze' mula memberitahu kepada anda, anda telah sampai.


Berswafoto Sebagai Kenangan Di Tasik Biru
Berswafoto Sebagai Kenangan Di Tasik Biru
Kawasan parkirnya hanyalah di tepi jalan kecil menuju ke Jalan TM Bukit Sembilan. Usah risau akan bunyian mesin korekan kuari sememangnya ingin kawasan kuari.

Tasik Hijau Bukit Ibam Muadzam Shah

Tidak jauh daripada tasik biru Bukit Ibam ini, pengunjung memdapat pakej seterusnya iaitu pakej tasik bewarna hijau pula.


Tasik Hijau Bukit Ibam Muadzam Shah Pahang
Tasik Hijau Bukit Ibam Muadzam Shah Pahang
Bukan juga calang-calang warna hijaunya, warna yang tidak akan selalu akan ditemui jika melawati mana-mana tasik atau kolam apalagi lombong di Malaysia.

Dekat menaiki kereta agak dekat tidak sampai satu kilometer, namun berjalan kaki agak memenatkan.

Untuk sampai ke tasi hijau bukit Ibam ini, pengunjung boleh meneruskan perjalanan dengan menaiki atas lagi kepada tempat berhenti untuk melihat tasik biru tadi.

Memerlukan Hiking ke Destinasi Tasik Hijau

Sebagai panduan, untuk mendekati tasik hijau ia agak sukar sedikit berbanding untuk mendekati tasik biru bukit ibam muadzam tadi.

Orang ramai yang datang perlu melalui satu ladang kelapa sawit dan jika sayangkan kenderaan anda perlulah berjalan kaki.


Swafoto Di Tasik Hijau Bukit Ibam
Swafoto Di Tasik Hijau Bukit Ibam
Bagi yang sudah bersedia dengan pakaian 'hiking' dan 'trekking' bolehlah mencuba mendekati tasik hijau ini. Pasti akan berpuas hati.

Video Preview dan Review Tasik Biru dan Tasik Hijau Bukit Ibam, Pahang

Untuk lebih 'memahami' akan kedua-dua tasik cantik dan indah yang bukan selalu ditemui di Malaysia ini. Bolehlah menonton video di bawah, yang boleh memberikan informasi lebih.




Melalui video di atas boleh mengetahui cara untuk ke kedua-dua tasik ini, tempat menarik untuk bergambar dan kesukaran yang perlu dilalui.

Belum masih boleh dipastikan apakah yang menjadikan airnya begitu bewarna yang lain dari yang lain, adakah kapasiti kimia yang terdapat dalam airnya sehingga merubah pantulan 'wavelength' dari matahari menyebabkan kita melihat warna yang menarik.

Apa-apa pun apabila melihat sesuatu yang indah ucaplah 'Subahanallah'.

Sejarah Tasik Biru dan Tasi Hijau Bukit Ibam Muadzam Shah

Dari segi sejarah ada yang mengatakan lombong inilah membuatkan kawasan ini dinamakan IBAM, pernah ada cerita mengenai kisah 'I Bought A Mountain' di tahun sekitar 1940-an

Ada juga yang mengatakan IBAM berasal dari beberapa elemen kimia seperti 'Ion Bauxite Aluminium Magnesium'.

Bagaimana Air Tasik Biru Bukit Ibam Bewarna Biru Turquoise ?

Sebagai contoh di Croatia, terdapat juga tasi memiliki warna sebegini, bewarna 'turquoise' cerah yang dinamakan Tasik Biru Imotski. 

Dikatakan sainstis yang mengkaji kawasan ini mendapati penyebab airnya bewarna biru adalah kerana kehadiran sebatian calcium carbonate (CaCO3) yang memiliki warna seakan air 'lime' limau biru dalam air balang.

Kebanyakan 'Limestone' ada dilombong di Pahang.

CaCO3 biasanya hadir dari batu kapur, tidak hairan jika adanya batu kapur di kawasan ini. Kuari ini dahulunya adalah lombong bijih timah dan sumber mineral lain seperti bauksit maka dengan tercampurnya segala macam elemen terhasilah keindahan alam semulajadi.

Dilarang mandi manda atau menggunakan airnya, apalagi datang memancing, kerana tiada sebarang hidupan yang mampu bernafas di dalamnya.

Cara untuk ke Tasik Biru Bukit Ibam Muadzam Pahang

Gunakan aplikasi 'waze' atau gunakan info google maps di bawah, inshaAllah sampai. Pastikan minyak kereta mencukupi untuk sampai ke destinasi, Pekan Muadzam ada stesen minyak selain dari deretan kedai buah berangan.






Dari mana anda datang dari situ anda kembali. Untuk keluar ke 'dunia luar' kembali anda perlu keluar di mana jalan anda datang tadi. Kedua-dua simpang jalan adalah jalan mati, satu menuju ke puncak bukit TM Jalan Bukit Sembilang dan satu lagi menuju ke TUDM Bukit Ibam.

Apa apa pun dua tasik ini memang berbaloi untuk dilawati !

Anda fikir anda tahu Keindahan Tasik Biru dan Tasik Hijau Di Bukit Ibam, Muadzam Shah Pahang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.